Subscribe Twitter

Sunday, June 1, 2014

Full story

Assalamualaikum..

Lamanya tak menulis..

Dah bertahun rupanya tak menulis. Alhamdulillah ada kesempatan untuk menulis lagi.

Banyak yang dah berlaku dalam sepanjang masa tak menulis ni. Entah ada, entah tidak yang sudi nak datang blog ni. :)

Takpelah, untuk diri sendiri je. Kekeke

Cerita satu demi satu dulu ye..

3 September dapat kerja di JB, Assistant QA Engineer. Dah nama pun assistant,  ye tak penting lah kerja nya kan?hehe Gaji sangat sedikit, tak mampu untuk menanggung kos di JB. Sempat kerja tak sampai dua bulan pun..

24 December 2012 tarikh mula bekerja kat tempat sekarang..Batu Pahat je, dekat dengan rumah, tiap tiap minggu pun boleh balik. Hehe Position technical engineer. Alhamdulillah masih bertahan sehingga kini, tapi best friend, Leha dah pun pindah kerja ke Kluang. Doakan saja saya mampu bertahan, kena belajar berdikari macam kat Penang dulu. Hehe

14Jun 2013, alhamdulillah mampu jejakkan diri di tanah suci. Dapat menjadi tetamu Allah. Syukur sangat. Rindunya....







Alhamdulillah silalah jamu mata. Hehe InsyaAllah moga dapat bertemu lagi, ada rezeki jadi tetamu Allah lagi. Kami terus land di Makkah dan terus pergi buat umrah..Dugaan pertama, bag ayah hilang. Entah macam mana boleh salah hantar, alhamdulillah lepas hari ketiga baru dapat.

Perasaan pertama tengok Kaabah, subhanallah indahnya...subhanallah. Tak terkata, hanya air mata je keluar. :') kerdilnya hambaMu ini ya Allah..janganlah Kau jadikan ini kali pertama dan terakhir ku ya Allah..

Kami pergi berlima sekeluarga. InsyaAllah soon akan pergi lagi beramai2. Amin..


Oct 2013-Kami sekeluarga pergi Jakarta, melawat saudara di sana. Alahmdulillah, mengeratkan silaturrahim. :)

2014

Bertambah ahli baru dalam keluarga, sorang puteri lahir di dunia..



120414
Alhamdulillah selesai satu step..InsyaAllah moga dipermudahkan urusan untuknya..

















Terima kasih tak terhingga pada semua yang terlibat, sponsor choc, sponsor pelamin, sponsor kuih, sponsor mekap, sponsor tenaga dan semuanya. Terima kasih banyak banyak. Tak terbalas semuanya, sungguh. Terima kasih Mak, Ayah, Kak Lin, Abg Hafiz, Kak Niza, Abg Hanif, Kak Hanun, Epa dan semuanya..Untuk En. Tunang, terima kasih jugak..

Dah macam-macam yang terjadi dalam bertahun tak update blog ni.

Hehe

InsyaAllah, doakan yang baik baik sahaja ya.

Rindu puteri syurga, Nia.

I love you.

I miss you.

End.

Monday, October 15, 2012

USM 46th Convocation Ceremony

Assalamualaikum. Ada lagi ke yang datang blog ni? *sunyi* Nampak macam wanita bekerjaya yang busy sangat kan bila tak update blog?Haha

Kekok pulak bila dah lama tak menulis. Huh~

Alhamdulillah dengan izin Allah, setelah empat tahun berhempas pulas, akhirnya segulung ijazah kepujian di dalam genggaman. Ini lah harga yang kita kena bayar untuk dapatkan segulung sijil yang tertera nama sendiri kan. Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Polimer di genggaman. Cuma kerja je tak berapa digenggam lagi. Haha

Alhamdulillah juga, untuk sokongan keluarga yang sentiasa ada di sisi, kawan-kawan terutamanya yang selalu susah senang bersama di bumi asing Penang, lecturer2, guru2 yang pernah mendidik dan juga semua. Dan juga terima kasih untuk bunga2~Yeayyy






Untuk adik-adik di luar sana *bajet sangat* :p, belajar lah betul-betul. Tak payah fikir benda lain sangat. Umur pun muda lagi, jangan rosakkan fikiran muda tu dengan perkara sia-sia. Jangan sampai kita sesali waktu muda kita bila kita dah tua nanti.

Tapi, jangan sesekali jugak lupa pada bekalan kita untuk hari akhirat. Kejar akhiratmu, maka dunia akan mengejarmu seiring. Ada pertemuan, ada perpisahan. Ada kehidupan, pasti ada kematian. Entah bila, di mana, bagaimana, tidak pula kita ketahui. Betapa banyak nya dosa diri ini, adakah diri ini bersedia untuk menghadapi kematian? Ya Allah, matikanlah kami dalam Islam dan jika ku harus mati, pertemukan aku denganMu.

Sekarang punya objektif, mencari kerja yang diri sendiri selesa dengan environment kerja even 20 years more, or even dah beranak-pinak. Wish me the best of luck! KPLI takda bukak ke ?Heh~

Doakan yang baik2 saja untuk kita. Jika ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi insyaAllah.

Don't hold onto someone too long, cause the person that might be hurt is you. Only you.

Saturday, August 11, 2012

22 Ramadhan. Rindu yang tak terungkap.







22 Ramadhan.

Genap setahun pemergian ahli syurga yang dirindui.

Tebalnya rasa rindu yang bersarang.

Moga kami kuat untuk menempuhi hari esok dan mendatang.

Moga kami kuat juga untuk mengejar dan bertemunya di pintu syurga.

Amin.

Alfatihah untuk DANIA EMELDA AQASHA. <3 p="p">

ummi sayang adik. ummi rindu adik. 

Saturday, June 9, 2012

Menghitung detik waktu


Assalamualaikum! Hee

Alhamdulillah Nia, Ummi dah submit Final Draft Thesis Ummi. Lepas ni Ummi tinggal satu je paper, Mould and Die Design on 14th of June. The one and only paper in this very final exam. Ayat serabai. Heh. Lepas setel tu, kena buat mock up presentation dengan SV before dia pergi oversea. On 27th kot insyaAllah baru viva, present thesis. Fuhh berdebarnya. Ngeri tahu bila difikirkan. Rasa nak nangis walaupun belum ada dalam bilik tu lagi. Haha And then, tinggal submit Final Thesis je. Dan berakhirlah semua episod dalam 4 tahun pengajian. Lebih kurang 3 minggu je lagi. Alhamdulillah di atas kurniaanMu ya Allah.

Nia, adik adik Nia semua dah besar Nia.. Nia pun tahu kan?Ummi tahu Nia mesti ada datang melawat. Tapi Nia ada datang melawat Ummi tak kat Penang ni? Sampai hati Nia tak datang mimpi Ummi. Ummi cuma nak peluk dan cium adik je. Please datang mimpi Ummi dik..:')


Tengok ni Nia, adik yang Nia paling sayang. Suka sangat Nia bila Safiyya balik dulu. Lompat lompat gembira dia sambil kata, "Yeay yeay ayya balik!". Ummi tahu Nia pun mesti rindu kat Ayya kan. Sebab tu Nia datang mimpi Ummi Hanun, sebab Nia nak jenguk Ayya. Ummi pun rindu Nia. :)


 Hasif pun dah nak setahun dah Nia. Dan Ramadhan pun hampir menjelma. Dan menandakan, Nia dah pergi tinggalkan Ummi dah hampir setahun. 22 Ramadhan akan tetap Ummi ingat sampai bila-bila. Ramadhan yang sangat menyayat hati. 

Ingat lagi Nia peluk Ummi. Waktu merajuk dengan Mak, nak Ummi je. Tangan Nia sejuk sangat waktu tu. Alamak, Ummi bercadang nak bercerita dengan gembira sebenarnya. Tapi nampaknya air mata Ummi dah tewas sebab Ummi sangat rindukan adik..:')

Heeee. Ummi rindu kat adik. Tak pernah kisah kalau ada orang nak kata adik anak Ummi. Siapa tak mahu puteri syurga?  

Ummi cuma hambaNya yang lemah, lalai, cepat lupa. Banyak berbuat dosa.

 Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, berkatilah kehidupanku dunia akhirat, redhailah kehidupanku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Jauhkan kami dari azab api Neraka dan masukkanlah kami sekeluarga ke dalam syurgaMu dan pertemukan kami dengan puteri syurga yang sangat kami rindui. Amin!

Doakan Ummi kuat mengejar! Love you. 


Thursday, May 10, 2012

Merinduimu


Assalamualaikum sahabat. Itu pun jika masih ada yang sudi bertandang ke sini.

Alhamdulillah urusan final year project sudah 60% selesai. Sample preparation pun sudah. Cuma menunggu masa untuk testing, testing NMR, DSC dan degradation test. Dan menunggu masa jugak untuk segala jenis form punya proses dan tunggu liquid nitrogen berjaya ditempah. Fuhh. Dan dah juga berjaya hantar first draft thesis. Alhamdulillah. Allah ease everything. Rasa beban berat dah terlepas sangat. Sangat.

Lepas ni, tinggal run NMR, DSC and tunggu result degradation test. And then, final draft thesis. Then, viva and then final thesis. Tarra. Dah habis belajar, lengkap sudah 4 tahun pengajian Ijazah Kejuruteraan Polimer tak lama lagi insyaAllah. Moga Allah permudahkan semuanya.

Tajuk final year project?Heh The development of degradable PEG based hydrogel scaffold in soft tissue engineering applications. :) MashaAllah bohonglah kiranya tak stress sebab penangan fyp tu. Rasa dah tumpah dah air mata ni. Ambil masa yang lama untuk dapat betul betul apa yang kita nak. Journal sana. Journal sini. Dengan tekanan nya lagi. Rasa macam dah nak give up. Thanks to friends and families. We have each other, remember? So it doesn't matter at all if someone going in and out from my life.

Kesibukan tu lah kadang kadang buat aku terlupa sekejap pasal kekosongan dalam hati aku. Tapi kadang kadang menjengah jugak rasa tu. Bila dah menjengah, hanya air mata peneman sunyi mata. Dan hanya zikir dan alfatihah pengubat rindu.


Rindu pada senyumannya. Rindu pada her warm hug. Redha itu tidak semudah ungkapan-Hami Asraff. Rindu itu tidak bermaksud tidak redha. Rindu itu fitrah. Semua orang akan rasa rindu bila berjauhan dengan orang yang disayangi. Apalah salahnya untuk aku merindu si ahli syurga?


Jujur aku katakan, untuk pertama kali, bila dapat tahu, dah diconfirmkan penyakitnya. Bertubi tubi messages masuk, berdayu dayu panggilan telefon daripada kawan kawan, saudara mara, untuk update apa yang diberitahu doktor. Kami berkumpul di depan wad. Di satu sudut yang ada ruang menunggu di Hospital Sultan Ismail. Setiap ahli keluarga melayan emosi, keep berdoa. Hanya air mata dan tangisan mendahului panggilan telefon.

Waktu tu, kami tak perlukan sesiapa untuk tenangkan kami. Untuk give us warm advice. Dalam otak kami ligat berfikir macam macam. Tapi hati kami menolak jauh jauh andaian itu semua. Kami sedapkan hati masing masing, doktor kata ada 60-80% kan untuk sembuh?Di zaman teknologi, tiada yang mustahil dengan berkat doa dan izin Allah. 

We just need each other badly. We keep supporting each other. We keep smiling to her, we want her to know that we loved her. Kami tak nak dia merasa tak selesa dengan apa yang dia sedang, dan akan alami. 

Waktu awal awal masuk wad, Nia dah kena makan prednisolone untuk stage pertama chemotherapy. Ubatnya bukan calang calang, dan juga bukan sedikit amaunnya. Waktu itu, subhanallah, apalah kanak kanak umur 2 tahun tahu tentang ubat? Yang mereka tahu, pasti ubat itu tak sedap. And they refused to eat it. 

Sebelum masuk wad HSI, dia pernah masuk wad hospital muar sebab suspected as H1N1, and then it's only jangkitan kuman di paru paru. So pengalaman nak bagi dia makan ubat tu, memang tersangat lah susah. Kena bergaduh dulu, pujuk pujuk, and at the last, about 30 minutes baru dia nak makan. Tapi lepas tu dia batuk batuk kan sebab ubat tu tak sedap. So, for sure akan muntah. 

Waktu kat HSI, macam tu jugaklah jadi. Disebabkan betapa payahnya dia untuk makan ubat, terpaksa masukkan tiub daripada mulut, kuar dekat hidung. So that bila masukkan ubat, tak payah susah susah. Ya Allah, nak masukkan tiub itu pun dah satu penyeksaan. Sayunye tengok. Kali pertama masukkan, dia nangis nangis lepas tu entah macam mana benda tu boleh terkeluar. Kali kedua, bila aku pujuk pujuk, dia rupanya dalam diam tarik benda tu keluar. And lepas tu, dia janji nak makan ubat. 

And now how I imagined, rasa tiub tu sangat tak selesa walaupun tiny tube. And before dia pergi, dia dah tak berdaya sangat, sampai dia relakan suction tube untuk bantu dia bernafas tu. Ya Allah, let me continue this. 


Puasa bakal menjelang. Ramadhan tahun lepas memang sangat terkesan di hati. 22 ramadhan yang lepas. Sewaktu orang bergembira untuk menyambut hari kemenangan. Inilah bajunya. Inilah baju yang Ummi belikan untuk Nia dengan guna duit elaun praktikal untuk raya. Memang kalau ada duit lebih, Ummi akan belikan untuk Nia baju. Sebab Ummi suka, Nia dah macam anak Ummi sendiri. Tapi Nia sikit pun tak nak cuba baju ni. Kalau lah Nia cuba sekali pun jadilah. Nia kata "Tak nak! Acuk ayik!(masuk balik)" Masuk balik dalam almari katanya. Allah Akbar. Tak sempat nak tengok dia cuba pun, letak kat badan pun dia tak nak. :'(

And Ummi pernah terbayang, waktu kali terakhir kita berpisah. Ummi cium dahi adik dua kali. Ibu kata kat Ummi, jangan ada air mata. Ummi cepat cepat lap air mata Ummi dengan hujung lengan baju kurung. Ummi cium Nia buat kali terakhir. Lama. Harap kita dapat berjumpa lagi, di syurgaNya insyaAllah. Waktu nak hantar adik pergi, hujan tiba tiba turun lebat dik dekat rumah. Tapi rupa rupanya hujan tu menangisi pemergian adik. Bila 1 batu lagi ke rumah baru adik, hujan tak da. Tak hujan pun. Kering. Hujan pun menangisi pemergian ahli syurga. Allah Akbar.

Hee, rindunya bila Adik tiba tiba datang daripada ruang tamu, masuk bilik, terus duduk di riba. "Ummi, nak upin". Ummi rindu sangat dekat adik. Datanglah mimpi Ummi sayang. Biar terubat rindu Ummi pada adik. Terngiang ngiang kat telinga Ummi. "Ummi nak cucu (susu)". Ummi jawab, boleh, nak cium dulu. Adik pun menyerah pipi. 

Tapi tu semua bayangan je. Semua tu kenangan yang Ummi tak kan lupa. Kenangan terindah. Sambut Ummi di pintu syurga  ye dik. Tunggu Ibu, Mak, Wan, Abang, Ude, Umi Hanun, Angah, Umi Niza, dengan adik2 adik, Ayya dengan Acip. 

Ada yang menangis membaca fragile heart. Bukan daya aku. Tapi inilah luahan hati aku. Inilah diary aku sejak dulu. Cuma merindui ahli syurga. Tolong beri keizinan.

Sorry, I can't continue this. :'(

Aku bersyukur ya Allah. Aku bersyukur diberi peluang untuk bersama ahli syurgaMu. Moga kami dapat berjumpa di sana insyaAllah. Much love. Dan berilah setiap dari kami kekuatan. Kuatkan rasa cinta kami kepdaMu supaya kami lebih kuat mengharungi hari mendatang. Kami sayang dia juga keranaMu ya Allah.




Friday, February 24, 2012

Fragile heart


 


 Assalamualaikum.

Minggu ni terkesan sangat, Al-Fatihah untuk adik Faris, rakan seperjuangan Nia. Faris pun dah kembali kepadaNya, menjadi kawan Nia di sana. Kisah adik Faris memang ramai yang dah share, yang membuatkan minggu ni rasa sedih, sayu, pilu sangat. Terbayang bayang detik waktu Nia di ICU dulu, begitulah rencanaya, satu persatu doctor bagitahu fungsi organnya gagal. Dan sampai satu saat, doctor seolah menunngu untuk kami bercakap, saya dah bersedia untuk segala kemungkinan, You try your best! 

Tiap saat abah Faris update status, saat tu jugak satu persatu kenangan tu bermain depan mata, macam wayang gambar bila diulang tayang. Dan air mata begitu murah sekali. Nia oh Nia, Ummi rindukan adik sangat sangat. Eh adik ke kakak? Kakak lah kan sayang, Kak Nia kan dah ada dua orang adik sepupu.

Allah Akbar, give me strength to continue this.

Tapi, satu je yang aku nak sampaikan. Masih ramai lagi di luar sana yang masih menderita penyakit kanser, kanser darah, kanser ovari, kanser otak dan sebagainya. Kali pertama aku melangkah masuk ke wad 8C di Hospital Sultan Ismail, Johor Baru memang benar benar menginsafkan kami sekeluarga. Di situlah bermula titik permulaan untuk segalanya. Sedih dan duka kami bermula di situ, tempat yang lagi dikenang. Bila doctor panggil untuk bagitahu penyakit Nia, semua orang dah mula gusar, dan apa yang kami risaukan pada hari itu dah pun berlaku bulan Ogos yang lalu. Mak memilih untuk duduk di luar, Kak Lyn, Abang Anep dan Abang Apis yang pergi jumpa doctor. Ummi teman Nia dalam wad. Ummi main main dengan Nia, tapi dengan bertemankan air mata sayu. Dalam kepala Ummi, Allah Akbar, apakah nasibnya ya Allah?



Dan bila semua orang datang ke katil Nia, dengan menangis, aku dah boleh agak keputusan yang doctor beri. Allah Akbar. Waktu ni, Ummi selsema, tapi Ummi nak jumpa Nia. And Ummi kena pakai face mask, so that Nia tak dijangkiti. Nia comel sangat. Ummi rindu Nia. Kek tu Ummi bagi kat surau untuk tahlil Nia. Ummi dah tak dapat bagi Nia makan kek yang Ummi buat lagi. Tapi Ummi boleh bagi sedekah dekat orang atas nama Nia sayang. Gambar kedua, waktu majlis cukur jambul Ayya & Hasif, Nia mintak pakai tudung. Allah Akbar, Nia sweet girl. Tak da dah orang yang selalu manja manja dengan Ummi lagi. 

Tadi Ummi tengok video Nia. Rindu sangat rasanya kat adik. Tapi adik tak pernah datang dalam mimpi Ummi. Kenapa dik? Mana lah tegar Ummi nak lupa adik, adiklah model kesayangan Ummi. Adik lah adik Ummi, adiklah anak Ummi.

Saya mohon sangat untuk yang prihatin, tetaplah berdoa untuk anak anak kecil yang lain. Sangat banyak orang yang sakit kat luar sana. Doakanlah Allah kurangkan kesakitan yang mereka alami, doakanlah Allah sembuhkan penyakit mereka dan doakanlah mereka kuat dan tabah menempuhnya. Anak sekecil itu pun sudah diuji dengan ujian yang sangat besar. Kita?Ujian kecil juga pun dah buat kita mengeluh. Berdoalah untuk mereka, siapa tahu ada antara doa kita dimakbulkan Allah.

Nia ada semangat juang yang tinggi. Dulu kalau kena pergi JB, kena ASPA atau chemotherapy, dalam kereta Nia mesti cakap, "Mak ada, Ummi ada, Wan ada..tak atit(sakit) pun", "Nanti dah aik, oyeh utak ni" (nanti dah baik, boleh bukak ni, CVL. Tapi rupanya bukaknya CVL itu bila dia dah tak ada lagi dah kat dunia ni.

Minggu ni memang betul betul terkesan sangat. Pantang silap sikit, air mata jatuh. Baca ayat sikit, air mata jatuh. Tengok gambar sikit, air mata jatuh. Rindunya kat Nia. 

Hearts are truly only healed when the love of Allah is greater than any other love.


Marilah sama sama kejar cinta Allah. Mudah mudahan Allah beri kami sekeluarga ganjaran di atas bersabar. Kan kalau kita nak bagi hadiah, kita bagi benda yang sangat kita sayang?

Allah itu Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Moga kita semua tabah dan cekal hadapi semua ini. Moga Allah pertemukan kami sekeluarga dengan Nia di syurga, insyaAllah. Amin amin amin ya Rabb. Dan ya Allah, kuatkanlah kami. Oh Allah, please guide my way. Oh Allah, please ease my way. Oh Allah, please make u strong. Oh Allah, please lead me to Jannah.

p/s: I've signed up as MAKNA volunteer. Be the one, to go extra mile.


Terima kasih ku padamu Tuhanku. Tak mungkin dapat terlukis oleh kata kata. Hanya Dirimu yang tahu besar rasa cinta ku padaMu. Anugerah Mu tak pernah berhenti. Selalu datang kepadaku. Tuhan Semesta Alam. Dan satu janjiku. Takkan berpaling dariMu. -Rossa

Saturday, February 18, 2012

A Process of learning


Assalamualaikum

Salam pembuka bicara, untuk yang membaca blog ni. Jika masih ada. Sudah 5 bulan menghilang, mencari dasar yang hilang. Dan dalam pencarian tu, banyak penemuan yang aku dah jumpa. Rupanya, dasar itu tidak kukuh. Mungkin, sebab itu aku ambil masa yang sangat lama untuk kembali. Dan jika masih ada yang kisah. :)

Banyak sangat aku belajar dalam tempoh lima bulan. Dunia ini sekejap, itu pasti. Mati itu pasti. Itu dah dijanjikan bukan? Macam yang dah tertera dalam firmanNya.

 
Allah berfirman: "Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati dan dari bumi itu (pula) kamu akan dibangkitkan." Surah Al-A'raf ayat 25.

Kita tak kan boleh jadi manusia sempurna. Ya. Tapi kita boleh jadi yang terbaik bukan? Allah sendiri tak suka orang yang berlebihan. Allah sendiri suruh kita bersederhana dalam apa apa perkara. Kalau kita sedih, janganlah berlebihan bersedih. Kalau kita gembira, janganlah berlebihan gembira. Bersederhanalah dalam tiap perkara, insyaAllah mudah mudahan jalan itu lebih tampak luas dan mudah untuk kita. Allah itu tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Dia menguji sebab dia rindu rintihan hambaNya, jadi mengapa bersedih?Allah pilih kau daripada berjuta hambanya untuk diuji, dan kau bakal dapar ganjaran setimpal dari bersabar dengan ujianNya,insyaAllah.

Kita kerjakan kewajipan kita. Fill up mana yang patut. Masih ada sinar dalam hidup kita. Allah kan ada bersama sama kita?:)

Itu dulu kot untuk perkongsian hari ini. Oh yap, sekarang dah masuk final semester. Akhirnya, hampir terlaksana empat tahun menuntut di USM ni. Satu je lagi tapak. Tapi sebelum menapak, masih ada final year project yang perlu diselesaikan. Wish me luck. Alhamdulillah untuk result baru baru ini, dapat jugak kumpul dua sijil dekan. :)

Selamat malam!Assalamualaikum~

p/s:There is one fact, that we must know, that Allah see us, what we comment, what we post, what we watch, what we think and so on, without adding us in facebook or following us in twitter. Remember that. #Muhasabahdiri

Sunday, December 4, 2011

Salam penuh rindu!


Assalamualaikum...

dah 100 hari lebih dah Nia pergi tinggalkan kita...

Mak and Kak Lin pun dah kuatkan diri bila dijemput ke HSI untuk majlis yasinan untuk Nia and kawan2 dia yang dah jadi ahli syurga...

Kami sekeluarga nak ucapkan byk2 terima kasih that ever concern on our beloved princess, Dania Emelda Aqasha that was chosen to be under guidance of Nabi Ibrahim a.s on 22th of August 2011, Alfatihah.

Doakan rakan sperjuangan Nia yang lain diberikan nikmat kesihatan, dikurangkan kesakitan yang mereka alami. Doa kalian sangat mereka dan juga kami keluarganya hargai.

Di kala kita bergembira, jangan lupakan anak anak kecil yang sedang berjuang untuk terus hidup. Kita sedang bergembira dengan nikmat kesihatan, nikmat kemewahan dan sebagainya. Tapi mereka? Sedang bercekang mata untuk memastikan semuanya perfect untuk anak anak mereka supaya mereka tidak rasa sedikit kurang pun walaupun mereka sakit.

Kami tahu bagaimana peritnya rasa, bagaimana sayunya hati bila berurusan dengan anak anak kecil ini. Kalau rakan sebayanya menjadikan air vitagen, cheese sebagai favorite mereka, tapi kami terpaksa menerangkan berkali2 dan menjauhkan dari mereka itu semua yang mungkin akan affect perubatan yang dia sedang alami. I mean chemotherapy. Itu yang doctor inform, kami cuba terapkan. Kami tak belajar biology untuk terangkan itu semua. Tapi tujuan kami untuk menyembuhkan dia.

Pergi shopping complex, kami ambil jalan yang jauh, pusing2, semata2 untuk mengelakkan anak anak itu nampak apa yang mereka mahu tapi dilarang doktor. Ada mak cik yang mengsuakan kuih raya yang ada cheese, si anak kecil itu hampir menjamahnya, tapi aku ambil semula tanpa belas dan kasihan. Kerna aku sayang pada dia. Kalau sedikit cheese itu yang boleh membuatkan sakitnya lebih, aku tak sanggup. Kau kena tegar untuk handle mereka sebab niat kau cuma satu. Kau nak sembuhkan dia.

Walau apa pun, Nia memang ahli syurga. Semua tu sebenarnya dia dah tunjuk sikit demi sikit sebelum dia pergi. Kami redha dengan pemergiannya, kerna kami percaya tiada balasan selain syurga untuk hambaNya yang bersabar saat diambil kekasihnya di dunia. 

Ummi sayang sangat kat Nia. Ummi rindu sangat kat Nia.

Puas sebab semalam Ummi dapat mimpi Nia, finally.

Moga kita jumpa lagi di syurga, insyaAllah sayang. Doakan Ummi kuat untuk mengejar. 

Nia tak de depan mata, tapi Nia sentiasa dekat dalam hati Ummi. I love you Nia.Always. :')

p/s: Jangan pernah berhenti doa untuk anak2 kecil ini. Mereka rakan seperjuangan Nia. Doakan mereka. Doa kalian sangat sangat bererti...

Wednesday, November 2, 2011

Been a while already.

Assalamualaikum sahabat. =)

Lama menghilang. Masih cuba untuk adapt dengan kehilangan.

Kenapa? Siapa Nia? Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sayangnya Ummi kat Nia... Lebih dari segalanya cuma bukan Ummi yang melahirkan Nia. Tu je bezanya. Kasih sayang Ummi tak payah lah nak dibanding-bandingkan. Tak ada galang gantinya.

Dah 73 hari dia pergi. Tinggalkan kami.

Kesibukan as final year student sedikit sebanyak buat aku lupa tentang kehilangan seketika. 

Doakan saja kami mampu harungi hari hari mendatang.=)

Doakan Ummi mampu survive for this final season ya Nia~

Lots of love,

Ummi.

P/s: terima kasih pada yang still datang blog ni even lama x berupdate and x pergi blog2 anda. blog ni penuh dengan kisah kami. still need lots of time to adapt. TQ.:)


Thursday, September 22, 2011

Nia





Assalamualaikum...

Hari ini, sudah 32 waktu Maghrib kami lalui tanpa dia di sisi bermakna sudah hampir 32 hari dia pergi meninggalkan kami.

Dan hari ini, saya akan cerita kisah duka pagi raya kami, selepas mungkin anda di luar sana yang sang sangat gembira dan ceria menyambut hari raya dan update di blog.:)

Pagi raya kami tiada yang istimewa. Sungguh.

Mak masak jugak lontong untuk anak-anak yang pulang. Kalau ikutkan hati, Mak kata memang dah tiada hati.

Sesudah subuh, Ummi dengan Ibu dah pergi menziarah kubur Nia, berjuraian air mata kami. Allah, rindunya. Astaghfirullah.

Singgah sekejap di rumah Nenek untuk mohon maaf.

Selesai semuanya, semua orang berkumpul di ruang tamu untuk bermaaf-maafan.

Tiba giliran Ummi.

Hanya air mata yang mengiringi. Tiada kata yang mampu dituturkan bila Ummi bersalaman dengan Mak melainkan pelukan yang menenangkan diri masing masing. Ummi dakap badan Mak. Lama. Hanya air mata mampu dihamburkan tanpa sepatah kata. Sayu. Hiba. Mak cakap lagi, kita kena kuat. Tiba giliran Ummi lagi untuk bermaafan dengan Ibu. Perkara yang sama berlaku. Hanya pelukan yang menenagkan diri masing-masing. Allah Akbar. Kalau tahun  tahun lepas, mesti Ummi tengah sibuk ambil gambar dengan Nia di pagi raya. Tapi itu dulu, kini Nia dah pergi berjumpa Pencipta terlebih dahulu..

Situasi sama bila rakan taulan, saudara mara datang menziarah di hari raya. Hanya tangisan yang 'memukadimahkan' daripada perbicaraan. Itulah hari raya kami pada tahun ini. Tidak beraya sebenarnya, hanya ke rumah nenek saja. Dan selebihnya duduk di rumah dan menzirah kubur Nia. Tidak akan luput di ingatan kenangan manis kita bersama.

Itu saja hari raya kami sekeluarga. :)

Minggu lepas Ummi balik Johor sebab tak ada kelas je manjang, and Mak asyik nangis je Nia...Ibu suruh Ummi balik, at least ada orang teman Mak...Tapi kan Nia, Ummi kat dapur solat pun, Mak nangis..

Nia, waktu dalam perjalanan Ummi dari Penang ke Johor...Ummi nangis semahu-mahunya..Ummi ingat adik, adik selalu dalam kotak fikiran Ummi..

Nia, Nia tahu tak.. Ummi baru tahu rupanya Ummi memang suka dengan baby perempuan, sebab baby girl ni boleh pakai macam princess, boleh cantik cantik .:)

Nia, Nia tahu tak, Ummi jaga Nia kalah anak Ummi sendiri. Sejak Nia lahir lagi. Sebenarnya Ummi memang suka baby. Baby mana je lah yang Ummi tak pernah pegang, baby umur sehari pun Ummi pegang. So, Ummi memang tak kekok dah jaga Nia. Ummi basuh kencing berak Nia waktu tu. Semua orang cakap dah macam anak Ummi pulak Ummi buat. Lepas tu, Nia dah besar sikit, bila Mak dah besar sikit je mesti Ummi ikut and bawak Nia sekali. Mak cakap, Ibu dia kan ada, buat apa lah bawak dia. Tapi Ummi bawak jugak adik, adik kan anak Ummi?:)

Tiap kali Ummi pergi jusco or kedai baju depan Tabung Haji, mesti Ummi pergi tempat budak perempuan and bila ada je baju gown yang cantik untuk adik , Ummi wajib belikan untuk adik. Ummi tak kisah biarlah Ummi dah lama tak beli baju untuk diri sendiri, tapi Ummi puas bila belikan baju adik and Ummi rasa tak sabar nak balik and suruh adik pakai.Sebenarnya tak kira lah baju ke apa, tiap kali balik at least Ummi mesti rasa nak give something kat adik.:)





Waktu Nia didiagnosed leukemia, Ummi selalu balik hujung minggu. Ummi nak bagi sokongan moral dekat adik, dekat Mak,Ibu dengan yang lain. Nia jalani rawatan kemo di HSI, JB. Tiap kali dijadualkan untuk kemo, mesti ulang alik ke JB. Waktu Ummi balik tiap minggu, Nia selalu ada dengan Ummi bila Ummi datang. Ada sekali tu, Nia duduk dengan Ummi je, sampaikan Wan, Mak, Angah pun Nia hiraukan.Bila Ummi balik je, mesti Nia yang sambut Ummi di muka pintu. Ummi duduk je, Nia terus duduk di pangkuan Ummi.Allah Akbar..

Waktu tu, Nia nak pergi jumpa Abang sebab Abang tak boleh masuk dalam wad, kena tunggu luar wad. Adik diri atas tiang tu, Adik nak Ummi yang tolak Adik..Ada satu waktu tu, Nia tengah jalan jalan dekat luar wad dengan Ibu, Ummi dengan Mak pun sampai, Nia peluk Ummi...Allah Akbar. Nia memang selalu peluk Ummi bila Ummi baru balik dari Penang..Warm hug tu Ummi dah tak dapat lagi..

@imammudahizbur @roslindaha Allahuakbar. katakan lah tidak akn sekali2 di timpa musibah kecuali apa yg Allah tulis untuk kita.. sabar redho syukur dgn ujian,untuk memujuk diri menerima takdir.. banyak2 isthifar, solat hjt untuk diri sendiri.ibnu jauzi R.A kata makam yg tinggi di kalangan hamba adalah mereka yg bersyukur atas ujian.. bukan sekadar terima dan sabar.insyaallah Ada kemulian dan sesuatu yg besar sedang menanti kita di hadapan..sekurang2 kita sudah ada pembela di sana sedang menanti untuk membawa kita ke syurga insyaallah
Ini petikan dari nasihat yang Ummi minta dari Imam Muda Hizbur di twitter...

Alhamdulillah, Ummi jadli lebih kuat dengar...

Sebenarnya Ummi nak ceritakan tentang ketidakpuashatian kami terhadap Hospital daerah kami yang dikatakan pakar itu. Banyak komplikasi yang berlaku, seolah mereka bermain dengan nyawa manusia. Sangat kesal dengan hospital tersebut. Bukan tidak menerima qadha dan qadar tapi ini sekadar meluahkan apa yang terbuku.
Wallahualam. Kalau nak diceritakan, memang tak akan habis kenangan bersama dia. :)