Subscribe Twitter
Showing posts with label Canon 40D. Show all posts
Showing posts with label Canon 40D. Show all posts

Thursday, January 6, 2011

All in 1ne



Assalamualaikum!

Hey hey hey.

Saya akan membebel secara random.:P

Tak pernah lagi update gambar kahwin abang secara detail dan sekelompok gambar kan?Kau rasa kenapa?Sebab malas nak edit.Kedua, photoshop asyik guna yang trial je.Bila nak maju.Hahahaha

Lepas tu, nampak tak photographer tu. Serius diaorang kena tipu. Bayar 1.7K. Tapi hasil satu pun tara. Punya la berlagak dia waktu kat sana. Aku tengah ambik gambar ni,sabar lah sikit kan. Dia boleh beriya suruh aku tepi. Rasa nak bagi je pang10 kat dia.Sumpah aku terus down dengan attitude dia.*wahh attitude kau*Annoying gila. At the end kau hampeh!Blah lah kau~Tapi abang aku tak dapat balik duit tu, so dia rampas 2 or 3 lens photographer tu. Hambek kau. Padan muka. 

Hari tu lupa nak cerita, aku drive all the way from Johor to Penang bertemankan Aza and Leha. Terror tak?Sumpah penat!Hahaha Tapi sejak bawak sendiri tu, aku dah berattitude. Drive kat highway pun 90-110km/j je. Tak lebih. Sampai sekarang. Fuyooh. Mesti terharu kalau Mak baca ni, sebab Mak kata anak dia ni suka bawak laju laju.Heh.:)

Malam new year tu kitaorang pergi Pulau. Sebab nak beli pendrive kat PC Fair. 16GB=RM69. Tak mampu lagi nak beli external. Harap maklum. Tujuan untuk simpan gambar dari DSLR. Fuhhh. Dah penuh memory pendrive tu untuk gambar sahaja.Benci hokkay~

Tema untuk hari tu ialah kita buat buat taw je. Seperti biasa, wellllll Hani kan, of course lah sesat manjang. :)

p/s: Nanti LI, nak suruh mereka panggil *****. Ladies sikit. Hahahahaha :P

p/s: Orang yang buat salah je rasa takut. Nampak sangat kau buat salah kan?


Friday, December 24, 2010

Iklan.




p/s: Prosperity Burger anyone? :P 

Akan update tentang gambar Melaka. Eh tak payah la. haha

Result dah keluar, tak dapat DL, tapi alhamdulillah meningkat dari sebelum2 nya. Alhamdulillah. :)

Friday, November 26, 2010

Perbezaan Lelaki dan Perempuan part 1 (mungkin).:)


Hah pasal gambar ini, Leha kata aku curi-curi ambil gambar dari flight.

Aku cakap, eh dia mana ada cakap sila matikan DSLR anda. Dia cakap handphone, pemain MP3 je. Hahaha 

Okay fine,memang gambar curi banyak gila atas flight.Haha Nasib baik korang duduk jauh dengan aku, kalau tak, aku ajak camwhoring sekali dengan aku.:)

Jom kita cerita tentang beza Lelaki dan Perempuan.

Kita fokus kepada satu sifat dan perwatakan mereka sahaja dulu. Next part will be continued.

1. Kematangan

Lelaki lebih realistik daripada perempuan umumnya waktu buat sesuatu keputusan. Tapi tak bermakna mereka dah cukup matang ye. Kalau pada si baran, entah mana hilang realistiknya dicampak bersama-sama ayunan tangannya.

Kalau sang syaitan sudah menguasai diri, si matang juga boleh berubah menjadi sang haiwan. Pernah dengar tentang si suami kelar si isteri yang hamil?Pernah juga dengar si anak menetak si emak?Pernah dengar tentang si abang merogol si adik?

Sebenarnya kematangan seseorang bukan terletak pada jantina, tapi pada personaliti seseorang. Bukan juga pada usianya. 

Ada yang lebih muda, tapi lagaknya seperti sudah matang benar. 

Ada yang berusia, tapi tak matang-matang juga. 

Merasakan diri sendiri sudah cukup tua untuk buat keputusan sendiri, diri sendiri sudah boleh berdiri di kaki sendiri tanpa mengaharapkan bantuan satu pun manusia, perlu dihormati selayaknya dan juga mungkin besar kepala. Kalau sifat yang ini masih ada lagi dalam lubuk hati si empunya diri, selayaknya kau masih belum matang.

Muhasabah diri. Kaji diri. Eksperimen diri. Cerminkan diri.

Jangan cari kesalahan yang lain. Terima kelebihan dan keburukan manusia lain sebagaimana mereka menerima anda seadanya. Think think think.

Matang itu yang bagaimana? Rasanya tak payah dijelaskan bagaimana, kalau anda kenali dia, anda sendiri akan tahu yang dia itu matang yang bagaimana.

Konklusinya, sesiapa juga boleh menjadi matang dengan kehendaknya. Saja mahu bermain dengan api. Tapi, si matang juga boleh berubah menjadi sang haiwan jika dipenuhi dengan amarah. Maka, jangan penuhi diri dengan kematangan diri saja. Topup juga sedikit sebanyak iman dalam diri kita supaya tidak mudah tersasar dari jalan kita insyaAllah.:)

Sebenarnya aku paling suka(kot?) orang yang matang. Yes, suka. Suka tengok orang yang matang ni. Rasa macam diaorang sangat berdedikasi. Matang ada dua, sama ada dari muka mahupun perangai. Dari segi muka pun suka jugak~~~Lalalalala :P

Teori aku dulu waktu kecil, orang yang pakai spec ni, mukanya agak matang. Yeah mungkin juga. Then, disebabkan waktu kecil aku tak pakai spec, aku berangan nak pasangan yang tak pakai spec jugak~Hahaha Gila comel kan berangan?T-T

p/s: Jom date bersama teman teman lama. :)


Tuesday, October 12, 2010

First Try with Manual Setting,totally fun~do comment pls guys :)

Loneliness brought you nowhere, be happy :)

hani photography

hani photography

Aza ambik,boleh lah boleh lah tak blur :P

hani photography
boleh lah :)
Assalamualaikum :)

Semalam saya dan My GF is Noor Azah pergi ke Taman Rekreasi berdekatan. Maka terciptalah semua gambar ini.

Ada 3 orang budak tu seronok pulak layan kita orang. Bukan kita orang yang layan dia orang. Hahaha Banyak betul celoteh dia. 

"Bye bye kakak"

"Bye bye.."

"Eh kakak tu tak nak bawak balik sekali ke?"*tak sure ni bapak dia or sapa haha*

"Kakak,kakak datang lagi tak esok?"

"Erm,insyaAllah..:)"

"Tapi dengan syarat adik bawak pakcik/sepupu laki yang belum kahwin and ada kerjaya okay?"

Okay part last tu semestinya tipu.Dalam hati je tu. haha

Diaorang pun lambai-lambai,dah nak balik kan. Laki tu pun lambai sekali. Aku dah,erk apakah bapak dia ni lambai sekali?Bini ada kat sebelah tu. Bukan bapak dia kot.Hahaha~

p/s: Jom jom jom siapa nak ikut lagi~

do comment, to improve my skill :)

more pictures on my photoblog

Friday, October 8, 2010

Gila tak de idea nak update blog. Mana hilang skill bebel?Mana hilang?

Ouh, look at this. Nak nak nak :)

:)

sUka daging black paper itu. Heee

sotong tu rasa mcm pelik.eh ke tak?


here we are, the auto city guys!

cincin saya saya saya!Beli sendiri eh, tak macho arh mintak2!

Cincin aku and Aza..couple ring :) eh bukan buy 1 free 1 ea. Sepak nak?Haha
 Tiada bebelan. Skill sudah hilang. Kena cari balik. Oh ya!

Place: Seoul Garden
Time: 8pm
sila belanja,anyone? :) Jom jom jom sekarang jugak! hOhoho Peace~

Friday, July 16, 2010

Cara nak tangkap gambar yang bagus+sesi bebelan :P

Kalau photographer yang hebat yang professional mesti tahu cara nak tangkap gambar yang bagus kan? 

Pernah ada seorang rakan blog buat cadangan kat aku untuk buat entry tentang gambar. Seriously aku surrender tang yang ni. 

Aku tak tahu nak letak kedudukan aku kat level mana. Beginner kah aku? Intermediate jauh sekali. 

Aku jauh sekali layak untuk buat post entry yang macam tu. Aku buat post ni supaya mungkin ada yang nak bagitahu tips-tips diaorang kan?Anyone?:) Sharing is caring.

Ada yang kata "Alah no wonder lah gambar dia cantik, guna kamera beribu riban."

Tapi the fact is.. Tak kira lah kamera jenis apa yang digunakan, kamera DSLR ke, kamera Handphone ke, kamera compact ke, tu semua tak jadi sebab untuk gambar tu awesome pun. 

The truth is the people behind the scene.

Kenapa ada je yang shoot guna kamera handphone, tapi hasil dia memang superb? And ada juga yang shoot guna DSLR, tapi hasil dia on average.*aku mungkin salah sorang s0b3*

Cuba kau bagi pinjam DSLR kau pada orang yang berkata-kata seperti di atas, boleh tak dia 'gambar' dia sendiri. Let's see. :)

Aku memang suka tengok blog orang yang shoot-shoot ni. Awesome. Aku sokong mereka. Aku rasa kalau kerja apa yang paling cool dalam dunia, aku akan pilih photographer. Aku tengok orang yang shoot dengan bersungguh ni semuanya cool-cool bak Ice cream Mat Kool je.:P

Tapi bak kata Aizull Marcello, shoot kena lah guna hati. :)

Kalau orang guna hati, pakai tekan 'click' pun dah boleh 'menjadi' gambar diaorang. Aku memang tabik pada mereka.

Back to the topic, come on guys. Share what you know.^^


 Bercadang nak tukat header pada yang ni. :)


 *************

Back on the main objective of this post was been made, aku cuma nak bagitahu tujuan asal aku join blog. Aku join blog ni atas pengaruh Aisyah

Dia kata blog best, itu ini. At first point, okay I try. 

Then aku tulis je lah apa yang aku rasa. Sampai satu tahap, aku nak delete blog ni dah dulu. 

Waktu baru join ni waktu 1st year,2008. Tak payah la gedik nak baca apa aku tulis waktu tu, gila geli aku baca. Hahaha Biasalah, budak naive lagi waktu tu, baru 18 tahun.*alasan untuk ketidakmatangan*

Then, aku mula biasa untuk tulis blog. Tulisan aku pun makin matang *sila muntah baca ayat yang ni* Haha 

Ouh ya, aku tak suka anonymous ya. Aku tak suka orang yang tak nak mengaku apa yang dia tulis. Kalau kau berani sangat, apa kata berdepan kan. Jangan berlindung di sebalik title Anonymous. Geli jek . 

Lepas aku beli DSLR Februari lepas, aku bercadang pulak buat lagi satu blog.
 
Ceritera kita nama blog diberi. Baru je diwujudkan hampir sebulan blog tu tapi alhamdulillah banyak yang dah mengikut*ayat klasik untuk follower*. 

Bila aku pergi blog orang, bukan tujuan aku untuk suruh anda klik nuffnang di kedua-dua blog ye, aku cuma harap anda dapat lihat and mungkin support apa yang aku buat. Tu je. Tak lebih Tak kurang. 

Oh btw, aku bukan buat blog untuk duit.  Kau tengok je lah baru cash out nuffnang RM100 sejak join setahun yang lepas. Haha Aku menulis untuk kepuasan sendiri. Sekian. :)

Aku suka blog yang penulisannya 'hidup' and gambar yang superb. :) Oh, btw tolong jangan cakap U follow me, I follow you. :) Follow memfollow ni kena betul pada caranya. 

Ada je blog yang follower bertimbun tapi isi penulisan dia boring. Tapi ada je blog yang follower ciput tapi isi penulisan dia memang betul-betul tembus masuk dalam hati pembaca. You choose!

p/s: Mak cakap Dania asyik nyanyi lagu Ummi je. Dia rindu Maksu dia dah..Heee Siapa lagi rindu,baik mengaku cepat. :P

Tuesday, May 11, 2010

pengantin cilik~cara untuk lupakan seseorang ;)


Assalamualaikum!

Selamat beramal~eh,tiba-tiba.

Baju Dania untuk 26Jun ni nanti, waktu Abang aku kahwin. Comel?Eh-eh,tengok lah siapa mak cik dia kan3?;p

Cara untuk lupakan sesorang?Siapa?Entah. Ada kawan aku tanya pendapat aku tadi.

Aku bagitahu dia, kadang-kadang manusia ni ada dua cara untuk lupakan seseorang.

Pertama, cari pengganti untuk lupakan seseorang tu. Pengganti tu tak semestinya berada di level yang sama dengan si 'seseorang' tu tadi. It could be someone that you are most comfortable with and easy to talk to. It could be your mother, your best-friend, or it might be your girl/boy friend. Depends lah kan. 

Kalau kau rasa selesa sangat dengan orang tu, dan kau rasa bila kau spend time with that people, kau mesti dapat lupakan seseorang tu, oke,just go ahead! We need to move on. Come on, there's someone that must be wating for you.;)  

Life is like a piece glass of memory, so fill it with people worth remembering. Do you get that?;) Bak kata orang tua, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. So, jangan terlalu mengharap bintang akan datang jika kau tiada kemampuan untuk menggapainya.*ehem3*

Kedua, spend time kau dengan aktiviti yang kau suka, dengan orang yang happening, jangan lah cari orang yang akan bawa kau semakin 'down'. Bahaya oke. Kalau aku, aku maybe prefer untuk pergi pantai untuk lepaskan apa yang aku rasa.

Or maybe menjerit atau mandi hujan kat rooftop. Nikmati pemandangan alam ciptaan Tuhan juga satu nikmat. Try lah. ;)

Bohong kalau aku kata aku tak pernah nak lupakan seseorang. Tapi cara aku mungkin lain sikit. Aku punya methodology agak kejam sikit, tapi berkesan. Haha. Aku akan cipta satu cerita negatif dalam minda aku tentang orang tu and then lama-lama aku akan start benci dia, and so on. Sedangkan dia tak da buat dosa apa-apa pun . ;) 

Bukan benci yang maksudnya benci sebenci-bencinya. Bukan. Benci yang bermaksud sudah lupakan dia kot. Haha Aku sendiri tak pasti sebab ada jugak stalk page dia even tak add *eh kantoi,jangan bagitahu dia!* ;p

Alah benda dah lepas tu sudahlah. Buat apa kita nak kenang-kenang, makan dalam je nanti. Bagi aku, let gone be bygone. Biar je lah sejarah tu berlalu. Buat apa nak kenang-kenang. It wont be changed. 

Men tend to obsess about their first love and women will let go all in their current love. Kan? Biasalah tu. Mungkin sebab lelaki ada satu kelebihan untuk mengingati yang terdahulu. Tapi kenapa kalau perempuan nak ingat yang terdahulu, dia nak marah? Be fair and lovely. Jangan pentingkan diri sangat. Eh, aku tak ada pengalaman, saja ulas je taw~;)


Sekian! Uhuk2~batuk tak baik lagi ;)

nyte!do visit again;)


Tuesday, March 23, 2010

~you got me by colbie caillat~

sorry,I cant hear u, I k-kinda busy~lalalalala

orang cakap,jangan luahkan kalau kita marah..maksud aku,kalau rasa marah,then mencarut2 bagai..itu umpama pokok yang akarnya tidak kukuh~

maka,jangan marah2 lah ye.jangan layan orang yg suka cari masalah tu.so,senyum jeeee ^^

menyampah jeee lalalala~

so,senyum aje lah kkkkkkkk~

;)

masalah mmg haram kalau difikirkan,so jgn fikir!;)

have a nice day friend!



Sunday, March 21, 2010

sakura2~^^

siapa laki tu?

entah.tak kenal.hahaha ;D

tadi pagi pergi USM induk,teman aza..ada program KRU katanya,gotong royong..ikut je lah..sambil tu,bawak my syg~

punya lah bangun pagi,5 lebih da bangun..sejuk2...^^ last2 bertolak pukul 7++ pagi..ish2..

dah habis gotong royong,*ecey2*

haha

dah tolong2 memasukkan undegradable material macam plastik, kutip daun2, and etc

baru aku keluarkan my syg~malas je nak keluarkan awal2..ecey2 haha

"ambik gambar 1"

"ambik gambar kami bleh"

penat aku dengar ayat tu je berulang2 kali~*-*

entah sape entah laki tu,USM FC?dia cakap suh ambik,aku malas~haha then,kawan2 dia suh gak..haishh...fine,saya dah ambik..tag lah diri sendiri..haha 

pergi tu nak ambik gambar landscape sbnrnye~h0h tapi,mcm tak tercapai...
byk lg gambar,tp nanti lah!

overalll~penat tunggu bas..pakcik tu lambat..org nak balik cepat,dia lambat lak..huu

bunga sakura kat USM~^^

wahhh,minggu ni mati.

macam2 benda.presentation,test,assignments.

okies2.nak g study semiconductor!*ye2 jek,alah,iyekan saje ;p*

buhbye!

p/s: nanti2 saya melawat blog anda ye!thanx 4 drop by n followin~^^


Saturday, March 20, 2010

let pictures speak?





let pictures sepak speak hah?

wellll~seperti yang anda dah tahu kan..

okies.post sebelum ni,iaitu link ini

saya sgt memerlukan komen,nasihat,atau apa2 lah di post yang itu dan yang ini~

ahhh~tak kisah lah post mana pun..just spill it out~

cuba teka apa dalam otak aku sekarang?^^

k-kinda busy~

k-kinda busy~

have a nice day!hope u enjoy!share your thoughts here~




Wednesday, March 17, 2010

photoblog wannabe?comment pls ..^^






I need your comment

to improve my skill

^^

tQ...

yang pr0 itu,sila lah tunjuk ajar saya~


h0w's that pictures?

0k ke tak?


saya perlukan komen setiap orang sama ada tahu tentang photography atau tidak~

semua dialu2kan ye~;)

masing2 ada pendapat sendiri kan

p/s:org tua gedix,saya terharu anda bercerita tntng kecomelan kebaikan hati sy di blog anda.haha ;p