Subscribe Twitter

Wednesday, December 31, 2008

~buhbye 2008~

Apa yang terjadi pada 2008?Macam-macam.Terjalin hubungan. Terputus hubungan. Terpisah sementara daripada sahabat. Dugaan yang pelbagai. Keluar matrix, masuk pula ke universiti, berjumpa macam-macam jenis orang, jauh dari family. Banyak la sangat. Dan untuk hujung 2008 ini, ada sedikit kegembiraan. Apakah dia? Biar aku sahaja yang tahu kerana aku juga tak pasti kerana hati ini belum puas bergurau senda..haha. Tak ada sebab yang konkrit untuk berharap dan tak ada sebab yang konkrit juga untuk kecewa tak sudah.

Apa yang diharapkan semoga tahun baru,,tidak kiralah tahun masihi mahupun hijrah ini dapat membuka lembaran baru dalam hidup aku dan keluarga. Moga kami sentiasa tabah menghadapi dugaanMu Ya Allah. Moga aku menjadi pelajar yang berjaya di dunia dan akhirat,insyaAllah.

Apa yang berlalu, kita tinggalkan sebagai pengalaman lepas. Banyak lagi dugaan yang harus ditempuhi di hari mendatang. Berilah ketabahan kepadaku. Jika ada umur yang panjang,mungkin kita dapat bertemu lagi pada tahun seterusnya. wassalam~

0 comment(s):