Subscribe Twitter

Monday, December 29, 2008

~sehari selepas kejadian~

Bangun lewat. Lagi-lagi di waktu cuti begini. Rutin seharianku bermula. Bersiap-siap ke bilik mandi. Tapi, aku rasa tak kena. Seluruh badanku sakit-sakit, seperti dilanggar semalam. Tidurku semalam juga tak lena. Lebam di anggota badan kiri menghadkan keselesaan tidurku. Rimas. Ingin aku menjerit. Aku lihat, banyak kesan hijau kebiruan di badan. Sakitnya apabila disentuh, usah dicerita. Tuhan sahaja tahu.

Esok kelas akan bermula seperti biasa. Dan kelas akan berakhir pada jam 6 petang,sangat padat jadual. Huhh. Cuma berharap keadaan aku ini akan beransur pulih. Aku harus lebih kuat.

0 comment(s):