Subscribe Twitter

Sunday, December 28, 2008

~tragedi 28 disember~

hari ini aku terjaga dari tidur. Aku lihat jam di tangan,ah baru jam 8.30 pagi. Lebih baik aku sambung tidurku semula,tiada guna bangun awal di waktu cuti begini. Study?jauh sekali. Sarapan?ah,setakat biskut cecah milo tak rugi apa-apa kalau terlepas sarapan hari ini.


Jam 10 pagi, aku bangun. Mencapai tuala,baju dan perkakas mandiku,terus ke bilik mandi. Seperti biasa waktu cuti begini, hanya aku seorang di bilik air bercanda bersama air yang dicurah-curah. Selepas mandi, aku buka laptop ku sekadar menunggu jarum jam tiba di angka 11 pagi. Yahoo messenger aku buka sebagai peghibur, kakakku juga ada di situ. Dia menghantar instant message kepada ku dan 'call' aku dan aku buka webcam ku. Berbual dengannya,awish dan mak. Aku beritahu mak, aku ingin keluar ke butterworth sebentar lagi menaiki motor. Tiada perbualan yg konkrit,yang biasa-biasa sahaja.


Jam 11 pagi,aku sms kawanku..

"weh,da bngun ke blom??"
"aku ngntuk lg la..tido lg leh x..?"
"haish..lau tido ag,nk g kul bape nanti.."
"ok2..aku dah bangun dah nih.."
"0k..nanti da nk siap,sms aku..aku nk siap2 gak"

Kemudian, aza beri instant message nya kepada aku..

"weh,aku nak mandi ni..kalau nak ambil helmet,bilik aku xade org,ambil jek.."
"ok2.."
"jln baek2 taw..papai"
"baek syg..buhbye"

Jam 12.20 lebih kurang, bilik pintu diketuk. Pasti Leha. Aku buka dan bersiap untuk pergi. Kami turun ke parkir motor. Aku start motor seperti biasa. Panaskan motor setelah 4 hari motor tak digunakan. Dengan bismillah..kami memulakan perjalanan kami. Berjalan seperti biasa,melepasi kafe lembaran,melepasi bulatan, melepasi bonggol dan sampai di satu selekoh..aku rasakan sesuatu..motor tidak dapat dikawal lagi.aku beristighfar dalam hati.Leha panggil aku,,"hani..hani.." Aku bawak motor perlahan tadi,tidak seperti selalu. Seperti ada perasaan tidak enak di dalam hati.


Leha tergolek di jalan raya,aku terhempap motorku. Dan ada seorang saksi kejadian, pensyarah fakulti kejuruteraan awam. Seorang lelaki. Aku tidak tahu nak buat apa lagi ketika itu..aku alihkan motor ke tepi jalan dengan bantuan dia. Tayar meletup. Minyak hitam melimpah keluar dari tangkinya. Kaki perit disinggah anasir jahat,luka. Apa harus aku buat di tengah jalan raya dan cuaca yang tidak berapa terik itu?Meraung?Buat bodoh?hahaha 'Call' kak min!ahh itu salah satu jalan..Pensyarah itu berkata.."ada apa-apa yang boleh saya tolong?mungkin bawa salah seorang ke bengkel berdekatan?" Ahh..apalah salahnya terima pertolongan yang dihulur,apatah lagi di kala aku kesusahan begitu..Aku menaiki keretanya pergi ke Taman Pekaka,mencari bengkel yang kemungkinan buka atau tidak pada hari ahad begini.Alhamdulillah,kedua-dua bengkel di situ buka.Ambil nombor telefon yang diberikan. Ah,bengkel cina lebih dipercayai.

Aku kembali ke tempat kejadian. Min dan mira dah sampai. Terima kasih juga aku ucapkan pada kamu. Pensyarah itu kembali ke destinasi asalnya. Terima kasih encik. Min tolong bawa motorku ke blok.Mira bawa aku dan leha menaiki motornya bertiga ke blok. Terima kasih banyak. Sesudah sampai, kami ke kafe. Mengisi perut yang sememangnya sakit. Nasi dijamah tanpa perasaan. Tidak tahu mahu mengadu pada siapa. Aku lihat jam pemberian ibu bapaku sempena hari jadi semasa di tingkatan lima pecah.Kecewa.

Pulang ke bilik. Pasti Aza tertanya-tanya mengapa cepat sangat kembali.


noor azah: npe?
~roslinda ~: sje jek
noor azah: cptny blk?
~roslinda ~: erk?haha
noor azah: npe?
~roslinda ~:
noor azah: pe da jd?
~roslinda ~:
noor azah: accident ke?
~roslinda ~:

Pintu bilik dibuka luas. Aku dan Leha di bilik hanya tergelak.

"weh..kenapa nih?"

Aku menceritakan semuanya kepadanya.

"haish..itulah..aku dah kata dah bawak baek2..degil..patutla aku rasa x sedap hati je hari ni..kan aku dah suruh naek bas je.."

Aku dan Leha tergelak lagi.

Apa-apa pun terjadi..Terima kasih sahabatku di atas semua pertolonganmu dan juga bebelan mu.Aku amat menghargainya.sem 1-kena tahan pak guard. sem 2-tayar motor meletup.
semua itu aku akan ingat sampai bila-bila.=)

4 comment(s):

Anonymous said...

ya allah..
hani2..cmne ley xcdnt nih???
ape jd dgn tayar itu smpi bley pecah??
kamu nih mmg la xsenonoh~~
hani ok ke x??
ada calar balar??
luka??
perlukan pbedahan??
I boleh tlg jahitkan.hua3~~

~roslinda~ said...

h0h0
nk wat cmner...
tayar tuh nk meletup..
slh ku gak ker??
huhu
erm..luka skit je..
pdhal b4 balek usm,,slh duduk kt m0t0,,da jatuh..da ad calar..
huhu

Lea Isnawi said...

huhu bahayanya...
gerun lak bace sal xcident2 ni...
laen kali bawak motO lek lok
berani ek kamu bawak moto pegi bandar
kite setakat kat kg boleh la...
hehehe

~roslinda~ said...

hehe
ade lesen,,bwk ajer la...
sbnrnye lg suke bwk kete
tp kt sini pkai m0t0 jek..
xdela berani mner p0n..
nk hidup..
hehe
btw,,thanx..=)