Subscribe Twitter

Wednesday, September 14, 2011

24th Day. Memory remains.

Assalamualaikum..

hai..:)

bermula sudah sesi 2011/2012 dan bermula sudah perjalanan sebagai pelajar tahun akhir di sini insyaAllah..

Dah 24 hari Nia tinggalkan kami...yang sangat menyayangi dia,puteri syurga..

Rindunya tak perlu nak diceritakan, menusuk..pahit.

Bermula Isnin tu jugak lah Mak dah mula tinggal sorang2 kat rumah. Kosong. Tanpa teman seperti selalu, Nia yang menemani. Hanya ditemani dengan titisan air mata rindu untuk si kecil yang disayangi.

Semua risau dengan keadaan Mak, apatah lagi kami, kami sorokkan kesedihan kami kerana kami nak Mak kuat untuk hadapi hari yang mendatang tanpa Nia. Berat. Pahit. untuk ditelan. Tapi itu dah tertulis di luh mahfuz.Itu qada' dan qadar yang kami kena redha seikhlasnya untuk mendapat ganjaran dariNya insyaAllah.

Sebenarnya semua orang pun masih tak stabil lagi. Semua pun masih merindui gelak tawa dia. 

Mak memang paling terkesan sebab dia berada di sisi Nia lebih kurang 24 jam selama 2 tahun 7 bulan dan 2 hari ini. 

Allah Akbar...Nia, Ummi rindu sangat kat Nia...Allah Akbar, kalau lah diceritakan satu persatu memang tak kan pernah reda...

Ummi kena biasakan diri Ummi yang dah tak ada orang nak bebel sekali,marah marah manja kat Ummi bila Mak telefon, dah tak ada orang yang nak bagi Ummi warm hug bila Ummi balik Johor nanti, dah tak ada yang nak naik bila Ummi tanya siapa nak naik belakang Ummi (piggy back) sambil Ummi bawak jalan jalan, dah tak ada dah model kesayangan Ummi, dah tak ada dah orang nak marah Ummi bila ditinggal Mak, dah tak ada dah orang yang nak...Allah Akbar..

Ummi kena kuat, Ummi kena biasakan diri..

Waktu sebelum dia rebah di hospital tu, bermula bulan puasa..Waktu tu memang buat sample kuih raya untuk distribute. Banyak banyak kuih raya, dia suka Kuih Suji, tapi dia tak nak yang ada cherry, dia nak without cherry. 

One morning, dia kejut aku..

she said

"Ummi, anyun(bangun) wat uih uji(kuih suji)!"

sambil nangis nangis dia bersungguh..

aku bangun, buatkan 1 adunan khas untuk dia without cherry punya..:) it's because i love you syg..

one morning lagi, dia suruh buat begedel..dia sangat suka begedel..tapi disebabkan memang dah ada begedel yang dah siap dlm fridge, memang tinggal goreng je, so dia dah siap2 makan dah pagi tu. but still, dia tetap panggil ummi...

"Ummi...Ummi!" 

macam Mak tiri dia panggil..hehe tapi ummi syg adik..garang mana pun adik, Ummi tetap syg adik..

then, I replied, 

"Nak apa dik?"

Dia tengah tengok TV, dia cakap..

"Sini arh.."

Dia suruh teman tengok TV :)

and she asked to sleep with me, berbantalkan lengan and I hugged her..tak sangka itu kali terakhir Nia mintak untuk tidur di lengan Ummi...

Kat hospital, hari rabu tu, dia masih ceria macam biasa lagi..Siap request telur masak kicap and ikan lagi..and mee bandung..tapi dia makan tak banyak pun..buat lepas rindu mungkin, rupanya itu kali terakhir Ummi masakkan untuk adik..Siap boleh bergaduh lagi dengan abang dia..and mengajuk apa abang dia cakap..:) how sweet you are syg...how could I forget you..

but!

Ummi tahu adik kat sana mesti sangat bahagia and senang tanpa rasa kesakitan dunia dan hanya menikmati keindahan dan kemewahan alam di sana...Ummi sayang Nia sanagt2..Nia tetap no 1 dalam hati Ummi..tak ada siapa boleh ganti anak saudara Ummi sorang ini yang Ummi jaga daripada kecik lebih dari anak sendiri...

I love you sayang. Kasih sayang kita takkan pernah putus. We all missed you. and thanks for those yang concern pada Nia and also to us. we appreciate your kindness. :)

3 comment(s):

R LEeN said...

:'(
sungguh! aku sgt2 rindukan Nia....
kalau nk ceritakan semua...x akan abis....

~roslinda~ said...

Rindu itu kemanisan jiwa yang kadang kala merasakan paritnya bbekas di dalam jiwa. Wlu skuat mana cuba mlarikan rasa yang hadir, pasti akan menjelma dan datang tika kseorangan ~ mmg,klu nk diceritakan,xkan reda smpai bila2...kita kena biasakan diri..Allah Akbar...rindu itu mmg perit. pahit. tp itu yang kita kena terima, qadha dan qadarnya..

Anonymous said...

Salam

Insyaallah, masa dapat mengubati...

Sabarlah...