Subscribe Twitter
Showing posts with label bel0ved niece n nephew. Show all posts
Showing posts with label bel0ved niece n nephew. Show all posts

Thursday, September 22, 2011

Nia





Assalamualaikum...

Hari ini, sudah 32 waktu Maghrib kami lalui tanpa dia di sisi bermakna sudah hampir 32 hari dia pergi meninggalkan kami.

Dan hari ini, saya akan cerita kisah duka pagi raya kami, selepas mungkin anda di luar sana yang sang sangat gembira dan ceria menyambut hari raya dan update di blog.:)

Pagi raya kami tiada yang istimewa. Sungguh.

Mak masak jugak lontong untuk anak-anak yang pulang. Kalau ikutkan hati, Mak kata memang dah tiada hati.

Sesudah subuh, Ummi dengan Ibu dah pergi menziarah kubur Nia, berjuraian air mata kami. Allah, rindunya. Astaghfirullah.

Singgah sekejap di rumah Nenek untuk mohon maaf.

Selesai semuanya, semua orang berkumpul di ruang tamu untuk bermaaf-maafan.

Tiba giliran Ummi.

Hanya air mata yang mengiringi. Tiada kata yang mampu dituturkan bila Ummi bersalaman dengan Mak melainkan pelukan yang menenangkan diri masing masing. Ummi dakap badan Mak. Lama. Hanya air mata mampu dihamburkan tanpa sepatah kata. Sayu. Hiba. Mak cakap lagi, kita kena kuat. Tiba giliran Ummi lagi untuk bermaafan dengan Ibu. Perkara yang sama berlaku. Hanya pelukan yang menenagkan diri masing-masing. Allah Akbar. Kalau tahun  tahun lepas, mesti Ummi tengah sibuk ambil gambar dengan Nia di pagi raya. Tapi itu dulu, kini Nia dah pergi berjumpa Pencipta terlebih dahulu..

Situasi sama bila rakan taulan, saudara mara datang menziarah di hari raya. Hanya tangisan yang 'memukadimahkan' daripada perbicaraan. Itulah hari raya kami pada tahun ini. Tidak beraya sebenarnya, hanya ke rumah nenek saja. Dan selebihnya duduk di rumah dan menzirah kubur Nia. Tidak akan luput di ingatan kenangan manis kita bersama.

Itu saja hari raya kami sekeluarga. :)

Minggu lepas Ummi balik Johor sebab tak ada kelas je manjang, and Mak asyik nangis je Nia...Ibu suruh Ummi balik, at least ada orang teman Mak...Tapi kan Nia, Ummi kat dapur solat pun, Mak nangis..

Nia, waktu dalam perjalanan Ummi dari Penang ke Johor...Ummi nangis semahu-mahunya..Ummi ingat adik, adik selalu dalam kotak fikiran Ummi..

Nia, Nia tahu tak.. Ummi baru tahu rupanya Ummi memang suka dengan baby perempuan, sebab baby girl ni boleh pakai macam princess, boleh cantik cantik .:)

Nia, Nia tahu tak, Ummi jaga Nia kalah anak Ummi sendiri. Sejak Nia lahir lagi. Sebenarnya Ummi memang suka baby. Baby mana je lah yang Ummi tak pernah pegang, baby umur sehari pun Ummi pegang. So, Ummi memang tak kekok dah jaga Nia. Ummi basuh kencing berak Nia waktu tu. Semua orang cakap dah macam anak Ummi pulak Ummi buat. Lepas tu, Nia dah besar sikit, bila Mak dah besar sikit je mesti Ummi ikut and bawak Nia sekali. Mak cakap, Ibu dia kan ada, buat apa lah bawak dia. Tapi Ummi bawak jugak adik, adik kan anak Ummi?:)

Tiap kali Ummi pergi jusco or kedai baju depan Tabung Haji, mesti Ummi pergi tempat budak perempuan and bila ada je baju gown yang cantik untuk adik , Ummi wajib belikan untuk adik. Ummi tak kisah biarlah Ummi dah lama tak beli baju untuk diri sendiri, tapi Ummi puas bila belikan baju adik and Ummi rasa tak sabar nak balik and suruh adik pakai.Sebenarnya tak kira lah baju ke apa, tiap kali balik at least Ummi mesti rasa nak give something kat adik.:)





Waktu Nia didiagnosed leukemia, Ummi selalu balik hujung minggu. Ummi nak bagi sokongan moral dekat adik, dekat Mak,Ibu dengan yang lain. Nia jalani rawatan kemo di HSI, JB. Tiap kali dijadualkan untuk kemo, mesti ulang alik ke JB. Waktu Ummi balik tiap minggu, Nia selalu ada dengan Ummi bila Ummi datang. Ada sekali tu, Nia duduk dengan Ummi je, sampaikan Wan, Mak, Angah pun Nia hiraukan.Bila Ummi balik je, mesti Nia yang sambut Ummi di muka pintu. Ummi duduk je, Nia terus duduk di pangkuan Ummi.Allah Akbar..

Waktu tu, Nia nak pergi jumpa Abang sebab Abang tak boleh masuk dalam wad, kena tunggu luar wad. Adik diri atas tiang tu, Adik nak Ummi yang tolak Adik..Ada satu waktu tu, Nia tengah jalan jalan dekat luar wad dengan Ibu, Ummi dengan Mak pun sampai, Nia peluk Ummi...Allah Akbar. Nia memang selalu peluk Ummi bila Ummi baru balik dari Penang..Warm hug tu Ummi dah tak dapat lagi..

@imammudahizbur @roslindaha Allahuakbar. katakan lah tidak akn sekali2 di timpa musibah kecuali apa yg Allah tulis untuk kita.. sabar redho syukur dgn ujian,untuk memujuk diri menerima takdir.. banyak2 isthifar, solat hjt untuk diri sendiri.ibnu jauzi R.A kata makam yg tinggi di kalangan hamba adalah mereka yg bersyukur atas ujian.. bukan sekadar terima dan sabar.insyaallah Ada kemulian dan sesuatu yg besar sedang menanti kita di hadapan..sekurang2 kita sudah ada pembela di sana sedang menanti untuk membawa kita ke syurga insyaallah
Ini petikan dari nasihat yang Ummi minta dari Imam Muda Hizbur di twitter...

Alhamdulillah, Ummi jadli lebih kuat dengar...

Sebenarnya Ummi nak ceritakan tentang ketidakpuashatian kami terhadap Hospital daerah kami yang dikatakan pakar itu. Banyak komplikasi yang berlaku, seolah mereka bermain dengan nyawa manusia. Sangat kesal dengan hospital tersebut. Bukan tidak menerima qadha dan qadar tapi ini sekadar meluahkan apa yang terbuku.
Wallahualam. Kalau nak diceritakan, memang tak akan habis kenangan bersama dia. :)

Wednesday, September 21, 2011

luahan hati mak...[part 1]

nia....mak halalkan segala yg mak jaga nia..mak halalkan susu... mak halalkan makn minum nia mak suap..mak halalkan segalanya...mak dh redha...itulah ungkapan akhir yg mak dpt luahkan pd nia bila doc benarkan mak masuk pd 22 ramadhan kira-kira jam 2.45 ptg..Ya Allah mak tak tahu apa mak nak buat..seram ..sejuk..menggigil bdn mak bila mak tgk keadaan nia..hancur luluh hati mak..tp apa nk buat..mak terima ketentuan Tuhan...  

Ibu dh baring atas katil sambil memeluk nia...mak usap2 muka nia...umi pegang kaki nia...yg lain mak tak tahu..yg mak dngar hanya tangisan...mak tak ada kekuatan..ank2 leleki mak semua keje...

p/s: ditulis mak sendiri...namun,belum sempat sambung, dia dah teresak.Allah Akbar.

Genap 30 kali maghrib tanpanya di sisi kami. Rindunya Allah saja yang tahu. Subhanallah. Maha Suci Allah. Kau berilah kami kekuatan ya Allah...




Wednesday, September 14, 2011

24th Day. Memory remains.

Assalamualaikum..

hai..:)

bermula sudah sesi 2011/2012 dan bermula sudah perjalanan sebagai pelajar tahun akhir di sini insyaAllah..

Dah 24 hari Nia tinggalkan kami...yang sangat menyayangi dia,puteri syurga..

Rindunya tak perlu nak diceritakan, menusuk..pahit.

Bermula Isnin tu jugak lah Mak dah mula tinggal sorang2 kat rumah. Kosong. Tanpa teman seperti selalu, Nia yang menemani. Hanya ditemani dengan titisan air mata rindu untuk si kecil yang disayangi.

Semua risau dengan keadaan Mak, apatah lagi kami, kami sorokkan kesedihan kami kerana kami nak Mak kuat untuk hadapi hari yang mendatang tanpa Nia. Berat. Pahit. untuk ditelan. Tapi itu dah tertulis di luh mahfuz.Itu qada' dan qadar yang kami kena redha seikhlasnya untuk mendapat ganjaran dariNya insyaAllah.

Sebenarnya semua orang pun masih tak stabil lagi. Semua pun masih merindui gelak tawa dia. 

Mak memang paling terkesan sebab dia berada di sisi Nia lebih kurang 24 jam selama 2 tahun 7 bulan dan 2 hari ini. 

Allah Akbar...Nia, Ummi rindu sangat kat Nia...Allah Akbar, kalau lah diceritakan satu persatu memang tak kan pernah reda...

Ummi kena biasakan diri Ummi yang dah tak ada orang nak bebel sekali,marah marah manja kat Ummi bila Mak telefon, dah tak ada orang yang nak bagi Ummi warm hug bila Ummi balik Johor nanti, dah tak ada yang nak naik bila Ummi tanya siapa nak naik belakang Ummi (piggy back) sambil Ummi bawak jalan jalan, dah tak ada dah model kesayangan Ummi, dah tak ada dah orang nak marah Ummi bila ditinggal Mak, dah tak ada dah orang yang nak...Allah Akbar..

Ummi kena kuat, Ummi kena biasakan diri..

Waktu sebelum dia rebah di hospital tu, bermula bulan puasa..Waktu tu memang buat sample kuih raya untuk distribute. Banyak banyak kuih raya, dia suka Kuih Suji, tapi dia tak nak yang ada cherry, dia nak without cherry. 

One morning, dia kejut aku..

she said

"Ummi, anyun(bangun) wat uih uji(kuih suji)!"

sambil nangis nangis dia bersungguh..

aku bangun, buatkan 1 adunan khas untuk dia without cherry punya..:) it's because i love you syg..

one morning lagi, dia suruh buat begedel..dia sangat suka begedel..tapi disebabkan memang dah ada begedel yang dah siap dlm fridge, memang tinggal goreng je, so dia dah siap2 makan dah pagi tu. but still, dia tetap panggil ummi...

"Ummi...Ummi!" 

macam Mak tiri dia panggil..hehe tapi ummi syg adik..garang mana pun adik, Ummi tetap syg adik..

then, I replied, 

"Nak apa dik?"

Dia tengah tengok TV, dia cakap..

"Sini arh.."

Dia suruh teman tengok TV :)

and she asked to sleep with me, berbantalkan lengan and I hugged her..tak sangka itu kali terakhir Nia mintak untuk tidur di lengan Ummi...

Kat hospital, hari rabu tu, dia masih ceria macam biasa lagi..Siap request telur masak kicap and ikan lagi..and mee bandung..tapi dia makan tak banyak pun..buat lepas rindu mungkin, rupanya itu kali terakhir Ummi masakkan untuk adik..Siap boleh bergaduh lagi dengan abang dia..and mengajuk apa abang dia cakap..:) how sweet you are syg...how could I forget you..

but!

Ummi tahu adik kat sana mesti sangat bahagia and senang tanpa rasa kesakitan dunia dan hanya menikmati keindahan dan kemewahan alam di sana...Ummi sayang Nia sanagt2..Nia tetap no 1 dalam hati Ummi..tak ada siapa boleh ganti anak saudara Ummi sorang ini yang Ummi jaga daripada kecik lebih dari anak sendiri...

I love you sayang. Kasih sayang kita takkan pernah putus. We all missed you. and thanks for those yang concern pada Nia and also to us. we appreciate your kindness. :)

Tuesday, August 23, 2011

Nia dah kembali kepadaNya











Keletah dia tak pernah pudar sampai lah minggu minggu terakhir



 Jumaat-Isnin

Salam. Nia dah kembali kepada yang Maha Kuasa.Dia dah pergi tinggalkan Ummi,Ibu,Mak,Wan, Abang,Uda,Angah, Umi Hanun, Umi Niza, Aya dgn Hasif semalam,22 Ogos.Jam 7 dia selamat dikebumikan.
Selepas kemo yang 2nd last, dia mula cirit birit. Waktu tu tengah kemo dekat hsi,JB. Masuklah hospital sana.Esoknya Nia dah dapat balik sebab Nia dah mula sihat.

Tapi lepas balik Muar, Sabtu & Ahad tu cirit birit Nia makin teruk. Nia asyik mengadu sakit perut. Sampaikan Nia sendiri yang mintak untuk masuk wad.

Ahad tu Nia masuk hospital. Tapi tak ada perubahan sampai lah hari Khamis, Nia makin lemah. Mak mintak untuk transfer HSI,jb. Pakar kata kena check dulu. Bila check, Nia x stabil. BP Nia rendah, so tak boleh nak transfer. Takut apa2 jadi tengah jalan.

Tapi hari tu Nia masih sedar. Tapi hari tu Nia dah mula tak bercakap. Dengan Ummi pun Nia tak nak. Esok paginya Nia kena sawan kejang whole body. Nia kena masukkan 8-10 jenis ubat sekali gus and Nia kena dibantu oleh alat pernafasan..Buat ct scan, ada yang tak normal mungkin sebab sawan atau jangkitan kuman..

And doctor bagi Nia ubat tidur sebab tak nak Nia sedar & bukak alat pernafasan tu..Hari demi hari BP Nia masih bergantung pada ubat, nafas Nia makin lama makin kencang hari terakhir tu.. Tapi Ummi sempat nyanyikan Nia semua lagu yang Ummi pernah ajar Nia waktu Nia baby lagi..

Mata Nia bengkak,ada titisan air mata yang mengalir..Malam terakhir tu, Nia batuk2..Ummi pegang tangan Nia,Nia bagi respon.. Ummi ingat Nia dah nak sedar, Ummi happy sangat2..Mungkin Nia teringin nak tengok kami untuk kali terakhir..


Esoknya doktor kata jantung Nia lemah, paru2 Nia pun berair, sebab tu nafas Nia kencang..Nia semakin kritikal & bila2 masa je boleh pergi...

Lepas tu, jantung Nia dah berhenti berdegup..lepas doc buat cpr & tekan dada Nia, jantung Nia berfungsi balik tapi tak sampai 15 minit..Lepas tu berhenti balik..Jantung Nia berfungsi lagi & doc bagi kami peluang bertemu Nia sebelum dia pergi. Ombak dada dia kencang, beruntung dia tak punya dosa & menjadi penghuni syurga.

Perlahan lahan dia pergi selepas Mak & Ibu bisikkan mereka halalkan semua untuk Nia & mohon Nia maafkan mereka..Keluar darah bayu dari hidung, buih2 daripada mulutmu syg...Allah Akbar..

Nia dimandikan di rumah, mesti dia teringin mandi di rumah. Ummi & Mak pangku Nia waktu dimandikan..Ibu jirus air pada badan Nia. Ummi puas dik. Sejak daripada lahir lagi Ummi dah mandikan Nia, sampailah untuk kali terakhir Ummi dapat mandikan Nia.

Muka Nia bersih,putih, comel sangat waktu dkafankan..Nia memang anak Ummi..Nia anugerah paling indah untuk Ummi..Ummi tak kan lebihkan sayang Ummi pada siapa pun kecuali untuk Nia..

Nia, tunggu & doakan kami ye sayang.. Tunggu kami di pintu syurga..Kami akan tingkatkan amalan untuk bertemu dengan puteri syurga yang Allah pinjamkan kepada kami 2 tahun 7 bulan ini..Puteri syurga Ummi comel sangat...Ummi syg Nia sgt2..Love you syg.. Ummi tak menyesal sebab Ummi dah tunaikan semua permintaan Nia..Ummi redha dengan pemergian Nia syg...Doakan Ummi,Mak, Ibu,Wan,Abg, Uda,Angah,Aya,Hasif ye syg..

Sunday, June 12, 2011

Baby.Baby.Baby.


Buah hati yang baru lahir tahun ni.
Hasif baru lahir semalam, 10 jun!

Fiyya baru lahir 27 Mac!

Wah, nampaknya Moksu dia kerja nanti banyak kanak2 yang senyum gembira. Beli baju pun kena beli untuk semua empat2. Takpe2. I rela. XD

4 orang dah semuanya buah hati saya, anda bagaimana?:)

Monday, March 28, 2011

my new baby!:)

Assalamualaikum!
Presenting our new member!

Anak abang yang hari tu kahwin,aku jadi photographer. ceceh nak cakap jugak.haha

Girl,3kg on 27 March 2011 at 11.57pm.

Dah 4 orang lahir on 27th.Maksu dia,Angah dia,Abang Awis dengan dia.:)

Bulan 6 lagi sorang!Yeayyyyyy! 

Tak sabar nak jumpa dia!

Bertambah tambah anak Ummi!


Thursday, May 13, 2010

status saya apakah?merajuk!huh


Assalamualaikum!

Sampai hati. Huu. Dah berapa orang entah yang cakap  tulis

"Comel anak akak"

"Itu anak awak ke?"

dan lagi dan lagi.

Grrrrrr.

Heeee. Tak marah lah, sayang lagi ada!

Haha

Perhatian yeeee, saya ingin mengumumkan...;p saya baru nak genap 20 tahun ini. Eh-eh,tapi belum lagi ye. So,saya masih 19!;D 

Eh lupa pulak,bukan itu niat asal. Saya belum berkahwin ye. Huu Kejam lah anda semua panggil kanak-kanak seperti saya kakak~hEPPP,biasa dia. Haha Yang pelik tuh, yang panggil kakak tu, umur semua lagi tua kot. Ish2,nak jugak merasa muda ye?Heeee Itu my niece l0r,anak kakak saya dan dia dan abangnya memang panggil saya Ummi sejak dulu lagi ye. Harap maklum.;)

One more thing, baru wujudkan satu lagi blog.

My photoblog.

Ini link nya... klik sini please

Support me!!

;)

So, banyak gambar akan diupload di sana sahaja lepas ni.Heeee

Eh-eh,lagi satu link..Klik jugak untuk tanya soalan ;p

siapa tanya soalan yang tak sopan akan dapat hadiah sepak laju-laju ye..kalau betul-betul beran,jangan sembunyi tangan.;)

kecuali soalan berbentuk "itu anak awak ke?" *-* T-T






Sunday, April 4, 2010

biLA rinDu..

wahhhh

maaf,banyak membebel sebelum ni.

bila rindu...

anak-anak saudaraku sudah besar lah~huu

umi ♥darwisy+dania

tak tahu kan betapa sayangnya umi ini terhadapmu.haha pergi jusco,tengok baju budak-budak pun, asyik fikir nak belikan dania je..baru aku sedar dia dah besar, baju yang aku beli waktu birthday dia hari tu,dah paras lutut rupanya.ouh,dania da beso arh..nak aiskrim x?huu~aza cakap aku dah macam ada anak dah~hu

lemah sikit tang kanak-kanak inih~pak long ada cakap dulu,nanti anak-anak hani senang.sebab suka jaga budak-budak.*senyum2* ;D haha 

so,siapa nak jadi anak aku?meh3..haha jodoh,ajal,maut tu semua dah ditentukan Allah s.w.t..kalau dah ditakdirkan tiada lagi esok untukku,maafkan semua kekhilafanku. andai esok ku sudah berpunya,jom lah datang majlisku.hahaha~;p

p/s: saya sayang mereka sangat-sangat.♥them!;)
 
happy becoming birthday Mak!!!Mak ayah lah orang yang paling berharga dalam hidup kite~


Wednesday, March 17, 2010

kenapa mesti saya?kenapa?kenapa?


pic credited to sape?haha entah,tak tahu sapa..akak yang mms~

malam td ke jaya jusco.tengok alice in the wonderland~tp bukan 3D ye..jauh sangat nak ke pulau semata tuk 3D~cehhh

heh

betul2..

kalau nak kegembiraan,ajak lah aku time nak g jalan2~haha

tiap kali keluar je,macam2 berlaku

yang akan jadi bahan gelak 1 kereta time balik

heshhhhh

*-*

sesat tu memang dah asam garam lah kan

touch n go tak boleh nak touch lah

tak jumpa pantai batu feringgi

mcm2 lagi lah~haha

n baru je tadi~kena sepit dengan lif

hahahah sadis bet0l

censored jusco tu lah salah~patutnya dia kena lah dapat detect kalau2 ada kes orang nak terjah je masuk lif seperti yang aku buat tu~haha

ini tak..haha

tersepit aku~adeh

masuk je lif

semua gelak senyap2~haha ramai gile 0keh.cina ada,1 malaysia lah senang cerita..

semua senyap2 je gelak.dan aku pun gelak sama.haha gile malu!!!!!!arghhh~ dan mamat melayu tu boleh pulak buat lawak..haha dia kata nasib baik dia tekan tu,dia dah selamatkan ak~haha ye2..terima kasih sang penyelamat!!

tanpa anda,saya sudah mati tersepit~haha

leha suruh cari si penyelamat itu~dia suruh publish kat blog~p/s: saya sedang mencari penyelamat saya di lif,sila follow blog saya dan add facebook saya!haha b0o0ongek

s0,kalau korang rasa bosan je jalan2..tak de gelak2 ke apa,ajak lah aku~pasti menceriakan~haha busuk~*-*

p/s: ouh tQ lah pada yang concern aku main hujan~huuu d0nt w0rry lah~takk sakit punye..saya kan super girl~0uh my super girl*lagu suju*

eh,bila hot fm nak call n bagitahu "anda menang tiket suju!" haha ish~kecewa huuu

duit dah tak ada~s0,kena lancarkan kempen segera *_* say n0 to polymer nite~heh


Sunday, March 14, 2010

model terbaek plg aku syg




of course lah dia~

lepas je dah ambik gambar,nanti dia terkedek2 datang kat kita..

nak tengok hasilnya

bagus kan?

haha

nanti dia pun senyum

aku suke2~

;)

that's how I'm fall in love with her~

walaupun dia selalu main2 handphone aku,aku tak kisah

walaupun baju yang aku belikan untuk dia,lebih mahal daripada baju aku

aku tak kisah

sebab bila aku belikan apa2 untuk dia,aku rasa sangat happy bila tengok dia happy ^^

*ouch2,tiba2 terharu tak?*

hahaha

eh2..sekejap je kan dah nak habis sem..sem depan dah 3rd year..eh2..da matang lah dia~haha

ish...dah nak masuk umur ada pangkal 2 kat depan...20..ish..tak suke betul...aku 19 lagi lah..muda remaja lg...heeee

minggu ni free sikit,yeahhhh~

nak tengok alice in wonderland lah bila2~sape nak ikut~meh3 ^-^

p/s:I miss y0u,you,you and you~but I couldn't tell,If I did,I would be l0st~;) so,do you miss me?

p/s: baru lepas tengok 3 idi0ts.serius aku suka,,ahh~I love Aamir Khan lah senang cerita..aku menangis k0t tgk~sedih2~heee ;p

Saturday, March 13, 2010

*sesi rindu-rinduan*










aku dah mula rindu dekat budak perut buncit tu,sebab tu aku upload gambar dia

dia dah pandai cakap dah

duhh~aku serius nak shoot

gila2

sebab aku masih merangkak2 ni shoot,macam mana nak shoot abang aku kahwin bulan 6 ni

aku nak belajar banyak2 lagi ni

ilmu aku masih zero

aku nak g shoot,tapi tak de kawan pulak nak teman

and then,tak de orang yang boleh tunjuk ajar sikit2~

kalau kat rumah,abang aku tu boleh la diguna jugak,walaupun dia baru dengan d90 dia tu..

kejap2 dia ajak keluar pergi shoot

at least dy up sikit daripada aku kan..

kalau boleh,aku dah pergi dah shoot sorang2..tapi macam pelik pulak pergi shoot sorang2..perempuan pulak tu..laki senang sikit,tak payah takut apa2 heee


so,siapa yang mahu teman and tunjuk ajar aku ni?^^ aku serius serius ni ;p

haihhh~

ada lagi 2 experiment,2 lg assignment untuk submit before go to final exam,1 lagi presentation~

then,dah lah habis exam 3rd of may,hari paling last exam kat sini~hampeh gila kot...dah 2x berturut2 ni..si0t t0l.macam mana ni?

fighting hani~kau kena buktikan lagi sekali~tak banyak..up kan sikit je lagi~kau WAJIB!

p/s: aku sedang berusaha memaksimakan nuffnang aku..so,please help me.;) nuff pun kejap2 tido,kejap2 celik.pening~

p/s lagi: i need some help~

p/s lagi: i need you n0w!where are you?




Wednesday, March 3, 2010

untitled again~




semalam,ada orang tanya

nak tulis apa kat blog*he's new at blog*

dan dia add ym aku semata untuk tanya hal berkaitan

tQ lah sebab saya pun tak taw sgt~lain kali tanya lah kapten Luffy ke ape...heee~

follower pun tak banyak.kalau nak tanya,lain kali tanya pada yang beratus2 ye follower~*-*

terpulang lah kot pada owner nak tulis apa

pd si playboy/playgirl/single yg suka flirt..kadang2 mereka tulis tentang orang di sekeliling mereka..mungkin hari ni tulis tentang A,esok tentang B,lusa tentang C..terpulang..itu kan blog diaorang..apa kau nak sibok kan?

pd si photographer,selalunya diaorang akan publish gambar je banyak..maybe blog yang awalnya medium untuk bercerita,nak ditukarkan pada photoblog?*heee*aku suka g blog mcm ni...dpt belajar..ehem2..;)

pd boy/girl yang dah berpunya..haruslah kadang2 mereka mesti selitkan tentang bf/gf diaorang kan...itu tak kisah lah..sbb satu jek kan..stick to one..yg tak tahan yg atas sekali tu ye~;p lagi2 yg sgt sweet,biar lah couple dyorg..at least bukan flirt~

pd student,,pasal masalah study diaorang lah kot..cth..alamak,mlm ni ada kelas 'dia',esok ada lagi,esok mlm pun ada lagi,mgu depan pun ada lagi,sampai lah bila2..haha itu contoh ye..

pd yg islamik,dia akan publish post yg berbaur islamik juga..dan aku suka gak pergi blog2 mcm ni..dpt tambah pengetahuan tak salah pun~

mcm2 lah jenis~heeee

tapi,tak semua post tuh akan ada orang yang suka..biasalah kan~manusia..

mcm aku,aku tak suka yg 1st tuh~haahaha *tak habis2 nak tekankan yg 1st tuh*

okies dah,tu jek ;)

p/s: happy bday leha..kau dah tua ye...slmat hari tua..leha da 20~wahahhaa aku dgn aza baru 19 lagi~^-^


Tuesday, March 2, 2010

photoblog to be?















waktu balik minggu tu,dania terus g peluk aku bila nampak aku...terharu ouh~

dia rasa ketiadaan aku dah..

hyeppp~

saya budak baru belajar..dgn buah hati sy..Canon 40D..;)

yg dah banyak pengalaman,tunjuk lah ajar ^-^

lagi satu, kalau ada yang nak jual Canon 18-55mm lens,email saya.COD only acceptable.tak mo terima pos punya.add di ym~

lagi satu,nak buat bisnes boleh tak?heee~call me~;p


p/s: dont ever convinced me that u want to be special in my life if u are not meaning to..~I'm married with my syg..Canon ;)

p/s lagi:I miss that moment~sejarah tak mungkin berulang~

p/s lagi dan lagi: aku taknak dan tak kan kisah.