Assalamualaikum...
Hari ini, sudah 32 waktu Maghrib kami lalui tanpa dia di sisi bermakna sudah hampir 32 hari dia pergi meninggalkan kami.
Dan hari ini, saya akan cerita kisah duka pagi raya kami, selepas mungkin anda di luar sana yang sang sangat gembira dan ceria menyambut hari raya dan update di blog.:)
Pagi raya kami tiada yang istimewa. Sungguh.
Mak masak jugak lontong untuk anak-anak yang pulang. Kalau ikutkan hati, Mak kata memang dah tiada hati.
Sesudah subuh, Ummi dengan Ibu dah pergi menziarah kubur Nia, berjuraian air mata kami. Allah, rindunya. Astaghfirullah.
Singgah sekejap di rumah Nenek untuk mohon maaf.
Selesai semuanya, semua orang berkumpul di ruang tamu untuk bermaaf-maafan.
Tiba giliran Ummi.
Hanya air mata yang mengiringi. Tiada kata yang mampu dituturkan bila Ummi bersalaman dengan Mak melainkan pelukan yang menenangkan diri masing masing. Ummi dakap badan Mak. Lama. Hanya air mata mampu dihamburkan tanpa sepatah kata. Sayu. Hiba. Mak cakap lagi, kita kena kuat. Tiba giliran Ummi lagi untuk bermaafan dengan Ibu. Perkara yang sama berlaku. Hanya pelukan yang menenagkan diri masing-masing. Allah Akbar. Kalau tahun tahun lepas, mesti Ummi tengah sibuk ambil gambar dengan Nia di pagi raya. Tapi itu dulu, kini Nia dah pergi berjumpa Pencipta terlebih dahulu..
Situasi sama bila rakan taulan, saudara mara datang menziarah di hari raya. Hanya tangisan yang 'memukadimahkan' daripada perbicaraan. Itulah hari raya kami pada tahun ini. Tidak beraya sebenarnya, hanya ke rumah nenek saja. Dan selebihnya duduk di rumah dan menzirah kubur Nia. Tidak akan luput di ingatan kenangan manis kita bersama.
Itu saja hari raya kami sekeluarga. :)
Minggu lepas Ummi balik Johor sebab tak ada kelas je manjang, and Mak asyik nangis je Nia...Ibu suruh Ummi balik, at least ada orang teman Mak...Tapi kan Nia, Ummi kat dapur solat pun, Mak nangis..
Nia, waktu dalam perjalanan Ummi dari Penang ke Johor...Ummi nangis semahu-mahunya..Ummi ingat adik, adik selalu dalam kotak fikiran Ummi..
Nia, Nia tahu tak.. Ummi baru tahu rupanya Ummi memang suka dengan baby perempuan, sebab baby girl ni boleh pakai macam princess, boleh cantik cantik .:)
Nia, Nia tahu tak, Ummi jaga Nia kalah anak Ummi sendiri. Sejak Nia lahir lagi. Sebenarnya Ummi memang suka baby. Baby mana je lah yang Ummi tak pernah pegang, baby umur sehari pun Ummi pegang. So, Ummi memang tak kekok dah jaga Nia. Ummi basuh kencing berak Nia waktu tu. Semua orang cakap dah macam anak Ummi pulak Ummi buat. Lepas tu, Nia dah besar sikit, bila Mak dah besar sikit je mesti Ummi ikut and bawak Nia sekali. Mak cakap, Ibu dia kan ada, buat apa lah bawak dia. Tapi Ummi bawak jugak adik, adik kan anak Ummi?:)
Tiap kali Ummi pergi jusco or kedai baju depan Tabung Haji, mesti Ummi pergi tempat budak perempuan and bila ada je baju gown yang cantik untuk adik , Ummi wajib belikan untuk adik. Ummi tak kisah biarlah Ummi dah lama tak beli baju untuk diri sendiri, tapi Ummi puas bila belikan baju adik and Ummi rasa tak sabar nak balik and suruh adik pakai.Sebenarnya tak kira lah baju ke apa, tiap kali balik at least Ummi mesti rasa nak give something kat adik.:)
Waktu Nia didiagnosed leukemia, Ummi selalu balik hujung minggu. Ummi nak bagi sokongan moral dekat adik, dekat Mak,Ibu dengan yang lain. Nia jalani rawatan kemo di HSI, JB. Tiap kali dijadualkan untuk kemo, mesti ulang alik ke JB. Waktu Ummi balik tiap minggu, Nia selalu ada dengan Ummi bila Ummi datang. Ada sekali tu, Nia duduk dengan Ummi je, sampaikan Wan, Mak, Angah pun Nia hiraukan.Bila Ummi balik je, mesti Nia yang sambut Ummi di muka pintu. Ummi duduk je, Nia terus duduk di pangkuan Ummi.Allah Akbar..
Waktu tu, Nia nak pergi jumpa Abang sebab Abang tak boleh masuk dalam wad, kena tunggu luar wad. Adik diri atas tiang tu, Adik nak Ummi yang tolak Adik..Ada satu waktu tu, Nia tengah jalan jalan dekat luar wad dengan Ibu, Ummi dengan Mak pun sampai, Nia peluk Ummi...Allah Akbar. Nia memang selalu peluk Ummi bila Ummi baru balik dari Penang..Warm hug tu Ummi dah tak dapat lagi..
insyaallah Ada kemulian dan sesuatu yg besar sedang menanti kita di hadapan..sekurang2 kita sudah ada pembela di sana sedang menanti untuk membawa kita ke syurga insyaallah
4 comment(s):
saya dapat rasakan rindunya saya pada sikecil ini.ya Allah dah beberapa bulan saya baca blog ibunya, setiap hari airmata tumpah jugak.tapi tak sampai hati nak tulis comment pada ibunya.ummi nia, kuatkan hati. Nia ada di sana, saya pasti dia bahagia di dalam pemeliharaan Allah.
rindu itu perit untuk diungkapkan..terlalu halus perasaan tu..perit,pedih..tp apakan daya..redha, sabar dan bersyukur di atas ujian ini..
i'm crying again..........
i miss her so much!!
cekidout our latest promotion of smart educational toys..
add us in FB at intelligent.toys@yahoo.com
Post a Comment