Assalamualaikum! Hee
Alhamdulillah Nia, Ummi dah submit Final Draft Thesis Ummi. Lepas ni Ummi tinggal satu je paper, Mould and Die Design on 14th of June. The one and only paper in this very final exam. Ayat serabai. Heh. Lepas setel tu, kena buat mock up presentation dengan SV before dia pergi oversea. On 27th kot insyaAllah baru viva, present thesis. Fuhh berdebarnya. Ngeri tahu bila difikirkan. Rasa nak nangis walaupun belum ada dalam bilik tu lagi. Haha And then, tinggal submit Final Thesis je. Dan berakhirlah semua episod dalam 4 tahun pengajian. Lebih kurang 3 minggu je lagi. Alhamdulillah di atas kurniaanMu ya Allah.
Nia, adik adik Nia semua dah besar Nia.. Nia pun tahu kan?Ummi tahu Nia mesti ada datang melawat. Tapi Nia ada datang melawat Ummi tak kat Penang ni? Sampai hati Nia tak datang mimpi Ummi. Ummi cuma nak peluk dan cium adik je. Please datang mimpi Ummi dik..:')
Tengok ni Nia, adik yang Nia paling sayang. Suka sangat Nia bila Safiyya balik dulu. Lompat lompat gembira dia sambil kata, "Yeay yeay ayya balik!". Ummi tahu Nia pun mesti rindu kat Ayya kan. Sebab tu Nia datang mimpi Ummi Hanun, sebab Nia nak jenguk Ayya. Ummi pun rindu Nia. :)
Hasif pun dah nak setahun dah Nia. Dan Ramadhan pun hampir menjelma. Dan menandakan, Nia dah pergi tinggalkan Ummi dah hampir setahun. 22 Ramadhan akan tetap Ummi ingat sampai bila-bila. Ramadhan yang sangat menyayat hati.
Ingat lagi Nia peluk Ummi. Waktu merajuk dengan Mak, nak Ummi je. Tangan Nia sejuk sangat waktu tu. Alamak, Ummi bercadang nak bercerita dengan gembira sebenarnya. Tapi nampaknya air mata Ummi dah tewas sebab Ummi sangat rindukan adik..:')
Heeee. Ummi rindu kat adik. Tak pernah kisah kalau ada orang nak kata adik anak Ummi. Siapa tak mahu puteri syurga?
Ummi cuma hambaNya yang lemah, lalai, cepat lupa. Banyak berbuat dosa.
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, berkatilah kehidupanku dunia akhirat, redhailah kehidupanku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Jauhkan kami dari azab api Neraka dan masukkanlah kami sekeluarga ke dalam syurgaMu dan pertemukan kami dengan puteri syurga yang sangat kami rindui. Amin!
Doakan Ummi kuat mengejar! Love you.
3 comment(s):
Kenangan bersama insan tersayang memang sukar untuk dilupakan...terbayang2 keletahnya, tawanya, majuknya...Patah tumbuh hilang berganti, walaupun gantinya tak serupa tapi sekurang2nya ia menjadi pengubat rindu...
rindu serindu rindunya, tapi kita cuma hambaNya, semua pasti akan kembali kepadaNya.
Lama tak update blog!
Post a Comment