Subscribe Twitter
Showing posts with label dania emelda aqasha. Show all posts
Showing posts with label dania emelda aqasha. Show all posts

Saturday, June 9, 2012

Menghitung detik waktu


Assalamualaikum! Hee

Alhamdulillah Nia, Ummi dah submit Final Draft Thesis Ummi. Lepas ni Ummi tinggal satu je paper, Mould and Die Design on 14th of June. The one and only paper in this very final exam. Ayat serabai. Heh. Lepas setel tu, kena buat mock up presentation dengan SV before dia pergi oversea. On 27th kot insyaAllah baru viva, present thesis. Fuhh berdebarnya. Ngeri tahu bila difikirkan. Rasa nak nangis walaupun belum ada dalam bilik tu lagi. Haha And then, tinggal submit Final Thesis je. Dan berakhirlah semua episod dalam 4 tahun pengajian. Lebih kurang 3 minggu je lagi. Alhamdulillah di atas kurniaanMu ya Allah.

Nia, adik adik Nia semua dah besar Nia.. Nia pun tahu kan?Ummi tahu Nia mesti ada datang melawat. Tapi Nia ada datang melawat Ummi tak kat Penang ni? Sampai hati Nia tak datang mimpi Ummi. Ummi cuma nak peluk dan cium adik je. Please datang mimpi Ummi dik..:')


Tengok ni Nia, adik yang Nia paling sayang. Suka sangat Nia bila Safiyya balik dulu. Lompat lompat gembira dia sambil kata, "Yeay yeay ayya balik!". Ummi tahu Nia pun mesti rindu kat Ayya kan. Sebab tu Nia datang mimpi Ummi Hanun, sebab Nia nak jenguk Ayya. Ummi pun rindu Nia. :)


 Hasif pun dah nak setahun dah Nia. Dan Ramadhan pun hampir menjelma. Dan menandakan, Nia dah pergi tinggalkan Ummi dah hampir setahun. 22 Ramadhan akan tetap Ummi ingat sampai bila-bila. Ramadhan yang sangat menyayat hati. 

Ingat lagi Nia peluk Ummi. Waktu merajuk dengan Mak, nak Ummi je. Tangan Nia sejuk sangat waktu tu. Alamak, Ummi bercadang nak bercerita dengan gembira sebenarnya. Tapi nampaknya air mata Ummi dah tewas sebab Ummi sangat rindukan adik..:')

Heeee. Ummi rindu kat adik. Tak pernah kisah kalau ada orang nak kata adik anak Ummi. Siapa tak mahu puteri syurga?  

Ummi cuma hambaNya yang lemah, lalai, cepat lupa. Banyak berbuat dosa.

 Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, berkatilah kehidupanku dunia akhirat, redhailah kehidupanku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Jauhkan kami dari azab api Neraka dan masukkanlah kami sekeluarga ke dalam syurgaMu dan pertemukan kami dengan puteri syurga yang sangat kami rindui. Amin!

Doakan Ummi kuat mengejar! Love you. 


Sunday, December 4, 2011

Salam penuh rindu!


Assalamualaikum...

dah 100 hari lebih dah Nia pergi tinggalkan kita...

Mak and Kak Lin pun dah kuatkan diri bila dijemput ke HSI untuk majlis yasinan untuk Nia and kawan2 dia yang dah jadi ahli syurga...

Kami sekeluarga nak ucapkan byk2 terima kasih that ever concern on our beloved princess, Dania Emelda Aqasha that was chosen to be under guidance of Nabi Ibrahim a.s on 22th of August 2011, Alfatihah.

Doakan rakan sperjuangan Nia yang lain diberikan nikmat kesihatan, dikurangkan kesakitan yang mereka alami. Doa kalian sangat mereka dan juga kami keluarganya hargai.

Di kala kita bergembira, jangan lupakan anak anak kecil yang sedang berjuang untuk terus hidup. Kita sedang bergembira dengan nikmat kesihatan, nikmat kemewahan dan sebagainya. Tapi mereka? Sedang bercekang mata untuk memastikan semuanya perfect untuk anak anak mereka supaya mereka tidak rasa sedikit kurang pun walaupun mereka sakit.

Kami tahu bagaimana peritnya rasa, bagaimana sayunya hati bila berurusan dengan anak anak kecil ini. Kalau rakan sebayanya menjadikan air vitagen, cheese sebagai favorite mereka, tapi kami terpaksa menerangkan berkali2 dan menjauhkan dari mereka itu semua yang mungkin akan affect perubatan yang dia sedang alami. I mean chemotherapy. Itu yang doctor inform, kami cuba terapkan. Kami tak belajar biology untuk terangkan itu semua. Tapi tujuan kami untuk menyembuhkan dia.

Pergi shopping complex, kami ambil jalan yang jauh, pusing2, semata2 untuk mengelakkan anak anak itu nampak apa yang mereka mahu tapi dilarang doktor. Ada mak cik yang mengsuakan kuih raya yang ada cheese, si anak kecil itu hampir menjamahnya, tapi aku ambil semula tanpa belas dan kasihan. Kerna aku sayang pada dia. Kalau sedikit cheese itu yang boleh membuatkan sakitnya lebih, aku tak sanggup. Kau kena tegar untuk handle mereka sebab niat kau cuma satu. Kau nak sembuhkan dia.

Walau apa pun, Nia memang ahli syurga. Semua tu sebenarnya dia dah tunjuk sikit demi sikit sebelum dia pergi. Kami redha dengan pemergiannya, kerna kami percaya tiada balasan selain syurga untuk hambaNya yang bersabar saat diambil kekasihnya di dunia. 

Ummi sayang sangat kat Nia. Ummi rindu sangat kat Nia.

Puas sebab semalam Ummi dapat mimpi Nia, finally.

Moga kita jumpa lagi di syurga, insyaAllah sayang. Doakan Ummi kuat untuk mengejar. 

Nia tak de depan mata, tapi Nia sentiasa dekat dalam hati Ummi. I love you Nia.Always. :')

p/s: Jangan pernah berhenti doa untuk anak2 kecil ini. Mereka rakan seperjuangan Nia. Doakan mereka. Doa kalian sangat sangat bererti...

Tuesday, August 23, 2011

Nia dah kembali kepadaNya











Keletah dia tak pernah pudar sampai lah minggu minggu terakhir



 Jumaat-Isnin

Salam. Nia dah kembali kepada yang Maha Kuasa.Dia dah pergi tinggalkan Ummi,Ibu,Mak,Wan, Abang,Uda,Angah, Umi Hanun, Umi Niza, Aya dgn Hasif semalam,22 Ogos.Jam 7 dia selamat dikebumikan.
Selepas kemo yang 2nd last, dia mula cirit birit. Waktu tu tengah kemo dekat hsi,JB. Masuklah hospital sana.Esoknya Nia dah dapat balik sebab Nia dah mula sihat.

Tapi lepas balik Muar, Sabtu & Ahad tu cirit birit Nia makin teruk. Nia asyik mengadu sakit perut. Sampaikan Nia sendiri yang mintak untuk masuk wad.

Ahad tu Nia masuk hospital. Tapi tak ada perubahan sampai lah hari Khamis, Nia makin lemah. Mak mintak untuk transfer HSI,jb. Pakar kata kena check dulu. Bila check, Nia x stabil. BP Nia rendah, so tak boleh nak transfer. Takut apa2 jadi tengah jalan.

Tapi hari tu Nia masih sedar. Tapi hari tu Nia dah mula tak bercakap. Dengan Ummi pun Nia tak nak. Esok paginya Nia kena sawan kejang whole body. Nia kena masukkan 8-10 jenis ubat sekali gus and Nia kena dibantu oleh alat pernafasan..Buat ct scan, ada yang tak normal mungkin sebab sawan atau jangkitan kuman..

And doctor bagi Nia ubat tidur sebab tak nak Nia sedar & bukak alat pernafasan tu..Hari demi hari BP Nia masih bergantung pada ubat, nafas Nia makin lama makin kencang hari terakhir tu.. Tapi Ummi sempat nyanyikan Nia semua lagu yang Ummi pernah ajar Nia waktu Nia baby lagi..

Mata Nia bengkak,ada titisan air mata yang mengalir..Malam terakhir tu, Nia batuk2..Ummi pegang tangan Nia,Nia bagi respon.. Ummi ingat Nia dah nak sedar, Ummi happy sangat2..Mungkin Nia teringin nak tengok kami untuk kali terakhir..


Esoknya doktor kata jantung Nia lemah, paru2 Nia pun berair, sebab tu nafas Nia kencang..Nia semakin kritikal & bila2 masa je boleh pergi...

Lepas tu, jantung Nia dah berhenti berdegup..lepas doc buat cpr & tekan dada Nia, jantung Nia berfungsi balik tapi tak sampai 15 minit..Lepas tu berhenti balik..Jantung Nia berfungsi lagi & doc bagi kami peluang bertemu Nia sebelum dia pergi. Ombak dada dia kencang, beruntung dia tak punya dosa & menjadi penghuni syurga.

Perlahan lahan dia pergi selepas Mak & Ibu bisikkan mereka halalkan semua untuk Nia & mohon Nia maafkan mereka..Keluar darah bayu dari hidung, buih2 daripada mulutmu syg...Allah Akbar..

Nia dimandikan di rumah, mesti dia teringin mandi di rumah. Ummi & Mak pangku Nia waktu dimandikan..Ibu jirus air pada badan Nia. Ummi puas dik. Sejak daripada lahir lagi Ummi dah mandikan Nia, sampailah untuk kali terakhir Ummi dapat mandikan Nia.

Muka Nia bersih,putih, comel sangat waktu dkafankan..Nia memang anak Ummi..Nia anugerah paling indah untuk Ummi..Ummi tak kan lebihkan sayang Ummi pada siapa pun kecuali untuk Nia..

Nia, tunggu & doakan kami ye sayang.. Tunggu kami di pintu syurga..Kami akan tingkatkan amalan untuk bertemu dengan puteri syurga yang Allah pinjamkan kepada kami 2 tahun 7 bulan ini..Puteri syurga Ummi comel sangat...Ummi syg Nia sgt2..Love you syg.. Ummi tak menyesal sebab Ummi dah tunaikan semua permintaan Nia..Ummi redha dengan pemergian Nia syg...Doakan Ummi,Mak, Ibu,Wan,Abg, Uda,Angah,Aya,Hasif ye syg..

Wednesday, July 27, 2011

still remember her?



 

Gambar gambar sebelum sakit.



Gambar gambar selepas sakit.

Hai. Assalamualaikum semua!:)

Ingat lagi tak dia? Anak saudara kesayangan. Semua pun sayang. Don't worry, be happy.:) 

Dulu seawal 10 tahun, mak selalu cakap macam ni, "Mak memang sentiasa diuji"

Waktu tu saya kanak-kanak lagi, apa maksud kata-kata Mak tu?

Ya. Memang betul. Memang kami senantiasa diuji Tuhan. Kami redha dan terima semuanya dengan hati yang sangat lapang. 

Tahun ni kami dikejutkan pula dengan penyakit yang Dania hidapi. Allah, besar dugaanMu..Jujur memang sangat berat. Tak tahu mampu bertahan atau tak waktu tu. Duit simpanan Mak & Ayah pun dah kering untuk berulang-alik ke JB untuk rawatan dia. Baca blog dia, hardest part for her also hardest part for us too. Kami bukan orang berada, tapi kami sentiasa cuba untuk cari jalan untuk sembuhkan penyakit dia, insyaAllah. Tak sabar rasanya untuk bekerja, nak bantu Mak & Ayah mana yang patut. Tak sabar. 


Kalau kita terlalu senang dengan kurniaanNYA, kelak kita mudah terlupa. Cuba lah mengintai di kamar hospital, tanya mereka, apa masalah mereka. Orang lain lagi berat kesusahannya dari kita.

Bila pergi hospital, kanak-kanak yang sekecil itu dah ada berbagai jenis kanser. Kanser ovari, kanser mata. Allah, besarnya dugaanMu kepada si kecil itu. Lihatlah semua kanak-kanak itu, pandang muka suci mereka, mereka tak seperti anak-anak anda kan?

Kita tak rasa apa mereka rasa, apa mereka alami. Sakitnya dia, lemahnya dia, kita tak pernah tahu sebab kita tak sakit macam mereka. Janganlah pandang pelik pada kanak-kanak macam mereka, mereka juga nak hidup bebas, tanpa pakai face mask & topi yang membalut kepala botak mereka di khalayak ramai.


Apa yang kami harapkan daripada kamu yang mungkin baca blog saya ni, atau mungkin baca tulisan saya ini, saya tak mintak derma, saya tak mintak belas kasihan, tapi saya cuma nak mohon secebis doa daripada kalian untuk sama sama mendoakan kesihatan & kesejahteraan beliau & kanak-kanak yang senasib dengannya.

Mintak tolong semua untuk doakan kesembuhan dia & mereka. Semakin banyak doa, semakin baik. Sebab kita tak kan pernah tahu doa siapa yang akan dimakbulkan Allah. :)

Allah Akbar!
p/s: Siapa yang mencari kuih raya, boleh contact saya di facebook. TQ.

Thursday, March 3, 2011

why am I not so into blogging now?






Assalamualaikum.
ya. dia disahkan ada leukemia.

And sekarang, akak cakap rambut dia dah mula gugur. Itu lah yang paling aku takut nak tengok waktu first first masuk wad tu. Tengok semua budak kat situ hampir botak kepalanya lepas chemotherapy.

Allah Akbar. 

Ini yang paling aku takut.

Adik, adik kena kuat. Ummi nak tengok orang yang sama Ummi tengok waktu last sekali Ummi jumpa adik walaupun mungkin waktu tu adik dah hilang rambut. Ummi tahu adik memang kuat.

she's such a sweet girl. Even before kena cucuk, nurse tanya siapa belikan baju ni. Sambil nangis nangis dia cakap "Ummi..". And then, bila Ibu dia kata tak nak jaga Nia kat hospital lagi,nanti siapa nak jaga Nia. And again, she replied "Ummi..".

Berat ujian dariMU. Ku pasrahkan semua padaMU.

p/s: Mohon semua untuk mendoakan dia cepat sembuh dan sel jahat itu pergi untuk selama-lamanya. Chemotherapy dia every friday at HSI JB and every tuesday at Hosp Muar.

p/s: Rasa nak balik and photoshoot dengan Nia puas puas!:'(



Wednesday, February 16, 2011

HER














*entry ni dah didelete text nya*

sangat SAKIT tengok dia. Rasa macam nak delete dua dua blog. SAKIT!

Friday, February 11, 2011

More on Dania's Health.URGENT. Please HELP me as u can.TQ.

Cuba upload gambar, tapi gagal.
Maaf lama tak update & blogwalking.
Itu pun jika ada yang kisah.:)

Ada emergency matter yang sangat penting.

Dania masuk hospital lagi since Monday.

We're waiting for the result, Doctor said it's kinda postitive leukemia.

Hopefully the doctor was wrong.

So, saya mintak jasa baik rakan rakan, stalker stalker, pembaca blog ini, mahupun siapa sahaja yang membaca ini, untuk sama sama berdoa untuk kesejahteraan anak saudara saya, Dania Emelda Aqasha. Hopefully keputusan itu NEGATIF cuma. Bantu saya. Saya tak minta duit anda. Cuma belas ihsan untuk sama sama mendoakan beliau. TQ.

I'll be in HSI Pandan JB for my beloved Nia this weekend.

Thanks for your cooperation.

I owe you one.


Monday, October 18, 2010

Jom Denda Dania~~~

Nampak je comel, tapi nakal Nauzubillah Fuhh3*gaya org nk bersalin*


model brownies cheese cake yg setia :)
Ni gambar yang disuspek


Assalamualaikum~

Tengok tengok,daripada tak nak update blog sebab tak da idea, Dania dah bagi satu penyebab untuk update..Hahahaha

Mak call hari tu..

"Siapa Adi, dia ada MMS satu gambar tu, tapi tak keluar gambar dia. Lepas tu dia call nak cakap dengan Roslinda. Dia kata ada dapat satu gambar orang pakai tudung, muka macam budak-budak. Mak cakap mana tahu tu anak saya, MMS la balik gambar tu.Tapi dia kata dah buang."

Aku waktu tu. Erk,apakah? Bila masa pulak ak send kat dia? Kenal pun tidak, nombor p0n tidak ada. Jadah haram apa kau merepek ni bro..Dah nak barrran gak lah kan.Huh

For information, laki tu customer rempah mee bandung mak.

Last last mak call mak cakap Dania yang MMS gambar . Dahlah 2-3 keping.Whatttttttttttttttt?Daniaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~Kalau dia ada depan mata ni, habis aku kerjakan dia. Kerjakan cium dia~ngeeee

Telefon Mak suruh bagi kat Dania, nak bebel kat dia. Dia bukan dengar pun. Dia lari lari bawak handphone je. Hampeh punya NiA. Sanggup jual Ummi~Sob3

And then dapat message kat facebook. Hahahahaha~

p/s: Jangan bagi budak budak main handphone. Bahaya bahaya. wuuuuu2~

p/s: 2  test, 1 presentation left~

Thursday, July 8, 2010

Latest update on Dania's health!

Alhamdulillah. Dania dah beransur pulih.


Cuma batuk je tak kurang lagi.
 
Disahkan negatif H1N1 test,so dah keluar dari isolation room and masuk acute cubical pulak,tempat before masuk isolation room.

Terima kasih bagi yang prihatin dan doakan anak saudara kesayangan hamba ini.:)

Tak ada ayah dalam hidup apa ada hal kan Dania?Umi,Ibu,Mak,Wan,Uda,Angah,Umi Niza,Umi Hanun dengan Abang kan ada.:) Kami sangat sayang pada dia.

Jangan tanya setakat mana sayangnya aku pada dia. Melebihi segalanya...*eh,kita sedang bercakap tentang dania ye* ^^
 
Gambar tak ada lah pulak sebab tak bawak pulak DSLR g hospital.Nanti waktu dia discharged baru bawak kot,boleh ambik gambar Dr. sekali kan3?*ehem-ehem* Hahaha :P

Ouh ya,cheque nuffnang dah dapat Isnin lepas,RM100.25.Gambar nanti lah ye..:)
 
One more thing,pemenang contest dah dapat hadiah kan?Thanx Fiqa for the confirmation sms. Salam kenal.:)

p/s: Alah,kenapa Jerman kalah ni?Haish~





Monday, July 5, 2010

Dania has been admitted to hospital since 3rd of July~Pray hard for her guys. :(


Look that little cute face, pray for her health guys.
Demam,batuk,jangkitan kuman pada paru-paru kanan.

Doakan Dania cepat sembuh.

Kesian kat dia,kecik lagi. Umi yang dah 20 tahun pun tak pernah admit hospital lagi.:)

doakan lah ye dia cepat-cepat sembuh.

p/s:memang tak boleh blogwalking dalam keadaan sekarang,harap-harap faham ye. 

latest update: dania kena masuk isolation room sebab suspect H1N1