Subscribe Twitter

Sunday, July 19, 2009

Selamat Pengantin Baru,Atif

Lelaki,kaum adam yang belum cukup ku kenali lagi tapi aku sedar akan satu perkara dalam diri mereka. Mereka ada satu sikap yang memang sudah sebati dalam hidup mereka seharian iaitu ego. Ego mereka kadang-kadang membawa kebaikan kepada mereka untuk bersikap lebih tegas namun ada kalanya ego mereka jugalah punca segala impak negative untuk berlaku. Tiada niat aku untuk menyalahkan mereka sepenuhnya, cuma alangkah baikknya jikalau mereka dapat kikis keegoan mereka itu sedikit demi sedikit. Tercabarkah ego mereka pabila sang perempuan menolak segala kemahuannya, tercabarkah ego mereka pabila berada di tangga terbawah berbanding kaum hawa yang berada jauh di kedudukan teratas, dan tercabarkah ego mereka pabila dipaksa untuk mengungkapkan kata keramat ‘maaf’ kepada orang lain? Mungkin ego mereka itu lebih penting dari segalanya, lebih penting daripada persahabatan yang sudah lama terjalin, lebih penting daripada perasaan seseorang di atas sikap mereka.

Danish Farriq.seorang jejaka yang berjaya menawan hatiku sejak di zaman Universiti.Dua tahun sudah kami semai benih cinta kami.Namun,hasilnya seperti tiada.Aku kira aku sendiri boleh hitung berapa banyak kali kami berjumpa dalam setahun.Hubungan jarak jauh kah hubungan kami ini?Jawapannya tidak,tapi Farriq sendiri yang membuatkan hubungan kami bertambah jauh.Dia yang menambah jarak pada hubungan kami.Jangan ditanya pada aku,apakah sebabnya. Aku sendiri buntu dengan perubahan sikapnya pada satu-satu masa. Aku pun sudah lali,dan telah ku kuburkan dia dalam memoriku.

Aku telah tamat belajar akhirnya.Perbualan ku pada satu petang dengan emak bermula begini.

“Emak,Atif da fikir masak-masak.Emak cari lah jodoh untuk Atif.Atif tak kisah,asalkan dia tahu tanggungjawab dia dan ada ciri-ciri suami yang sejati.”

“Atif,betul ke apa yang Emak dengar ini?Habis tu,macam mana dengan Farriq?”

“Kami dah tiada apa-apa hubungan lagi.”

“Sejak bila ini Atif?Atif tak ada cerita dengan Emak pun?”

“Sejak dia hilang sesuka hati dia je Emak.Biar lah dia.Atif tengah mencuba untuk lupakan dia selama-lamanya”

“Atif yakin dengan keputusan Atif ini?Emak tak nak nanti Atif sendiri terluka dengan keputusan Atif sendiri.”

“Tidak.Atif kuat.”


Hari ini aku akan bergelar isteri kepada seorang jurutera,Farhan Razziq yang Emak sendiri jodohkan aku dengannya.Terima kasih Emak sebab tunaikan harapan Atif.Semua orang tampak sibuk sekali menyiapkan segala persiapan.Sebenarnya,aku tiada impian majlis perkahwinan.Aku cuma mahu tunaikan yang wajib sahaja.Aku cuma mahu majlis pernikahan yang sangat ringkas.Bernikah di masjid dan jamuan untuk saudara-mara di rumah.Tapi,Emak dan Razziq sendiri tak izinkan.Mereka berpendapat apa salahnya buat majlis agak besar hanya untuk majlis yang diadakan sekali seumur hidup.Maka,aku turutkan hajat mereka itu.

“Aku terima nikah Dania Awatif Binti Faizal dengan maskahwin RM22.50 tunai.”

“Sah?”jurunikah bertanya pada kedua-dua saksi pernikahan.

“Sah!”kedua-dua nya menjawab serentak.

Alhamdulillah.Selamat sudah.Selesai doa,Razziq masuk ke kamar ku,untuk upacara pembatalan air sembahyang.Saat dia menyarungkan cincin ke jari manisku,aku tidak dapat membendung kesedihan ku lagi.Air mata ku mencurah ke pipi,lantas dahiku dicium seorang yang digelar suami.Aku telah bergelar isteri orang kini,yang mana kami baru sahaja berkenalan melalui hubungan persahabatan antara ibu bapa kami.Mungkin cinta selepas perkahwinan lebih manis daripada cinta sebelum perkahwinan.


“Dik,ada majlis apa ini?”

“Majlis kahwin Kak Atif.”

“Ha?Dengan siapa?”

“Dengan Abang Razziq.”

Aku terkesima.Dugaan apakah kali ini Ya Allah.Setelah berbagai-bagai dugaan yang Kau timpa padaku,inilah dugaan terbesar dalam hidupku.Hebatnya Kuasa Mu Ya Allah.Tapi aku harus mendengar penjelasan darinya.Harus!

“Assalamualaikum Pak cik,Mak cik.Boleh saya jumpa dengan Atif sekejap?”

“Apa lagi ini Farriq?Tak cukup lagi ke Farriq lukakan hati anak kami dengan pergi tanpa pesan?”

“Maaf Pak Cik,Mak Cik.Ada sebab itu semua berlaku.Bukan kehendak saya.Bukan kehendak Atif juga.”

“Tapi,Atif dah jadi isteri orang.Walau berair mata darah sekali pun,tiada guna.”

“Saya tahu,saya cuma mahu penjelasan dan terangkan apa yang terjadi selama ini.”

~

“Atif.”

“Ya Emak.”

Ada yang ingin berjumpa,Atif kena kuat.”

“Siapa?Kejap lagi Atif keluar sementara pengantin lelaki belum sampai.”

Aku hampir pengsan apabila muka yang pernah ku harapkan muncul di hadapan ku sejak setahun yang dahulu ada di depan mata ku kini.Permainan apa lagi yang dia inginkan.

“Ya Encik Danish Farriq,boleh saya bantu anda?”

“Maaf,saya cuma nak berikan penjelasan saya dan juga minta penjelasan dari awak.”

“Tiada penjelasan dari saya.Cukup sudah semua itu.”

“Baik,kalau itu yang Atif mahukan.Saya nak terangkan apa yang berlaku setahun sudah.”

“Maaf, saya tiada masa untuk mendengar semua itu dari anda.Anda boleh pulang.Terima kasih datang majlis saya.Saya sentiasa ingat kata-kata anda satu masa dahulu.’ Life is a little glass of memory, fill it with people worth remembering.’ Maaf,anda tiada lagi dalam gelas itu. Assalamualaikum.”

Aku terima seadanya.Mungkin ini balasan ku setelah apa yang aku buat padanya.Maafkan Farriq,sayang.Saya tak mampu membahagiakan Atif dalam hubungan kita yang singkat itu.


“Atif,ada surat untuk kau daripada Farriq.”

Atif ,

Maafkan segala kesilapan ku,

Bukan kehendak ku,

Dan bukan juga kehendak mu sayang,

Kita terpisah jauh ol

eh waktu,

Dan juga jarak,

Selama kehilangan ku itu,

Aku berada di Negara orang,

Mengubati penyakit ku yang menyerang,

Aku sakit,

Kanser pancreas,

Maaf kerana merahsiakannya dari mu,

Aku Cuma tak ingin kau melihat diriku dalam keadaan yang sangat teruk

Maafkan segala kesalahan ku terhadapmu.

Berbahagialah

dikau bersamanya,

Akan ku doakanmu,

Andai kata aku pergi satu masa nanti,

Sentiasa ingat ku dalam doamu sayang,

Love does not mean together,

Love is how much u can sacrifice towards your loved ones

“to love someone is to understand each other, to laugh together, to smile with your heart and to trust one another”

from your soul,

Farriq


“Apa ini Ila??Mana dia sekarang?”

“Atif,relax…jangan menangis macam ini.”

Aku keluar untuk mencari Farriq.Dan aku nampak dia masih ada di situ.

“Farriq!”

“Maafkan saya Farriq.Tapi inikah cinta sedangkan ketika senang sahaja kita berkongsi saat itu,tapi apabila susah tidak?”

“Maaf Atif.Saya tahu itu silap saya.Jangan risaukan saya Atif

.Saya sentiasa doakan awak bahagia bersama dia.”

Ku lihat air mata lelaki luruh juga ketika it.Hatiku jadi semakin pilu.Maafkan aku,Farriq.

“Atif,selamat pengantin baru.”

will be continue later..

pic>>k0leksi perkahwinan mak ayah =) sweeet an?

ish2...spe pnye cerpen ni?jiwang nyer...haha sje je men2...suh study xnak,,,huu cite ni ade skit sme dgn cite2 ak,skit je,xbyk...tp t nak ckp dgn mak mcm tu,,,nak jd cam Atif hahahah

9 comment(s):

ayinn said...

hahahah,..
ingatkan kesah betoll,..
cam betol je,..
kadang2, semua yang berlaku ade hikmahnya,..
anywayy,.. ehemm,.. ni mesti suka berangan erkk??
ahahahah... jgn marah,..

~roslinda~ said...

mcm bt0l?
mungkin....
mst r kena brngan...br ad feel nk hasilkn bnda2 cmtuh..haha

R LEeN said...

adeh panjangnye.....

t aku bace ea.....ni tgh ngant0k...

tgh tunggu d0wnload c0mplete niih...

miss ketak-ketuk said...

ceh....
ayat kat gelas jalur2...
hahahaha...
ble ak bce kuat2 ko marah...
tgk2 ko gak yg gne ayat tu...
bli secara xsngaje knon...
pirahh~~
hahahaha

~roslinda~ said...

perlu ke?
siapa ni?
g men ketak ketuk la sane aza...
hahaha
xdgr2~
lalala

Ivan Kavalera said...

Semoga terwujud keluarga sakinah, mawaddah, dan warahmah. Salam.

~roslinda~ said...

kpd siapa?0uh atif...
perasan plak..haha

R LEeN said...

wei x sah la wei nikah tu.....
atif boleh balik pada farriq...

mana boleh 'aku terima nikahNYA'

Nya tu x sah.....allalallla

nama nk glamour jek!!

huh

~roslinda~ said...

haha ye ke?0k!ak tukar...
mne ak taw....ak xde pngalaman...huuu

biar la...xkn nk letak nme k0 lak
mne glam