Subscribe Twitter
Showing posts with label my story. Show all posts
Showing posts with label my story. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

Say HI to all and new followers~

Picture source: Anton Tang that I found by this web


Picture Source: Anton Tang


Picture Source : Anton Tang


Assalamualaikum.

Hey all readers. A simple note for whoever that read this piece of blog in blogging arena.

Saya akan memulakan Latihan Industri di somewhere in my hometown bermula hari esok. What course? Polymer Engineering Degree in USM.

Wish me luck everyone. I hope I can do it. Kena sambung p study,dah lama tinggal subjek ni.:)


Pray for me yeah. :)

Btw, Dania in hospital right now. Hot fever. Budak budak leukemia memang kena masuk wad kalau demam, takut kena infection lain. 

Okay bye. I'll try to update this blog in future. Jumpa lagi!

Friday, November 26, 2010

Perbezaan Lelaki dan Perempuan part 1 (mungkin).:)


Hah pasal gambar ini, Leha kata aku curi-curi ambil gambar dari flight.

Aku cakap, eh dia mana ada cakap sila matikan DSLR anda. Dia cakap handphone, pemain MP3 je. Hahaha 

Okay fine,memang gambar curi banyak gila atas flight.Haha Nasib baik korang duduk jauh dengan aku, kalau tak, aku ajak camwhoring sekali dengan aku.:)

Jom kita cerita tentang beza Lelaki dan Perempuan.

Kita fokus kepada satu sifat dan perwatakan mereka sahaja dulu. Next part will be continued.

1. Kematangan

Lelaki lebih realistik daripada perempuan umumnya waktu buat sesuatu keputusan. Tapi tak bermakna mereka dah cukup matang ye. Kalau pada si baran, entah mana hilang realistiknya dicampak bersama-sama ayunan tangannya.

Kalau sang syaitan sudah menguasai diri, si matang juga boleh berubah menjadi sang haiwan. Pernah dengar tentang si suami kelar si isteri yang hamil?Pernah juga dengar si anak menetak si emak?Pernah dengar tentang si abang merogol si adik?

Sebenarnya kematangan seseorang bukan terletak pada jantina, tapi pada personaliti seseorang. Bukan juga pada usianya. 

Ada yang lebih muda, tapi lagaknya seperti sudah matang benar. 

Ada yang berusia, tapi tak matang-matang juga. 

Merasakan diri sendiri sudah cukup tua untuk buat keputusan sendiri, diri sendiri sudah boleh berdiri di kaki sendiri tanpa mengaharapkan bantuan satu pun manusia, perlu dihormati selayaknya dan juga mungkin besar kepala. Kalau sifat yang ini masih ada lagi dalam lubuk hati si empunya diri, selayaknya kau masih belum matang.

Muhasabah diri. Kaji diri. Eksperimen diri. Cerminkan diri.

Jangan cari kesalahan yang lain. Terima kelebihan dan keburukan manusia lain sebagaimana mereka menerima anda seadanya. Think think think.

Matang itu yang bagaimana? Rasanya tak payah dijelaskan bagaimana, kalau anda kenali dia, anda sendiri akan tahu yang dia itu matang yang bagaimana.

Konklusinya, sesiapa juga boleh menjadi matang dengan kehendaknya. Saja mahu bermain dengan api. Tapi, si matang juga boleh berubah menjadi sang haiwan jika dipenuhi dengan amarah. Maka, jangan penuhi diri dengan kematangan diri saja. Topup juga sedikit sebanyak iman dalam diri kita supaya tidak mudah tersasar dari jalan kita insyaAllah.:)

Sebenarnya aku paling suka(kot?) orang yang matang. Yes, suka. Suka tengok orang yang matang ni. Rasa macam diaorang sangat berdedikasi. Matang ada dua, sama ada dari muka mahupun perangai. Dari segi muka pun suka jugak~~~Lalalalala :P

Teori aku dulu waktu kecil, orang yang pakai spec ni, mukanya agak matang. Yeah mungkin juga. Then, disebabkan waktu kecil aku tak pakai spec, aku berangan nak pasangan yang tak pakai spec jugak~Hahaha Gila comel kan berangan?T-T

p/s: Jom date bersama teman teman lama. :)


Saturday, August 28, 2010

Selamat Hari Muda Roslinda Hani part 2.


Assalamualaikum.

Kali ni saya akan buat ayat berjela-jela.Hahaha Kad ni Leha yang buat, almaklumlah Leha ni rajin and agak kreatif (kot?), so bila turn birthday orang lain, mesti dia yang buat tanpa dipinta dirayu. Kalau birthday dia pulak, kitaorang beli je kad birthday yang bersepah kat kedai tu, mudah kan?Hahaha Maaf Leha, kami tak kreatip.:P

Nak tahu apa mereka tulis di kad tu?

Betul ni nak tahu?

Sungguh?

Hahaha Yang paling panjang tu sah sah la couple aku, Aza.:P

Okay, ni yang mereka tulis.

"  Hanie,
-Selamat Ari Tua
-Jaga diri tue, asyik sakit jek.Haha *Immune system aku mmg poor sikit*
-Jangan curang selalu,kadang-kadang takpe  " *eh?abaikan.Haha*
+Layha+


" -Laling.... *mati-mati aku ingat aza yang tulis ni*
-Epi besday
-Moga panjang umo n murah rejeki..hehe..
-ooo..xnk ngaku dah berpunya yerr.. *hish sungguh la belum nikah!*
-all the best"
+Myn+


" Yank,
-Hepy birthday
-20 years old dah
-jangan derhaka dengan aku.still aku tua 4 bulan dari ko.
-xtau nak wish apa
-selamat menonton hero cool aku -uria-
-tak ingin nak berebut Firas Ali yang tak seberapa dengan aku *Hoi!Firas aku terbahekkk kot*
-kau nak panglima ke pang10?Hahaha
-COOLIO-
+Azah comey katanya+



Kami makan di The Johnnys. Eh betul ke spelling dia tu? Persetan tu semua. Tak penting.Haha Makan steam row row your boat. :P Fuhhh. Ambil set yang tu pun dah senak perut. Gila ke apa nak tamak lagi.Fuhh-fuhhh.

Tengok gambar lagi!Jangan buat muka pulak.Haha




Alah alah, bagi lah can kat birthday girl kan nak letak gambar dia. :)

Ouh aza, waktu nak ambik gambar minum air sambil jeling-jeling tu I failed la yank! Sebab tu aku gelak je. Bab eye contact ni I failed! I takut tengok mata orang.T-T

Main suap-suap tu biasa lah,normal. Haha

Apa hadiah tahun ni?Sempena 20 tahun?

Paling ingat, waktu Form5(which is 16th birthday), parents bagi jam Rossi Valentino. Sampai sekarang masih pakai jam yang sama.:)

Masuk matrik, celebrate kat matrik lah. Masuk U, celebrate kat U lah.Waktu 1st year, sambut kat bilik ja. Waktu 2nd year sambut birthday kat Induk, interview SLTP.



 
Here we are. New family. :)

Ehem-ehem. Nak hadiah nak hadiah. Eh hah. Nak kad raya. Nak duit raya.

Amboi. Semua nak. Mintak kat sapa pun tak taw.

Thanks untuk hadiah pada mereka yang berkenaan. Sayang korang. :)
Thanks jugak pada mereka yang wish.:)

p/s: Tak sabar nak balik raya!!!!!!2 september, cepat lah datang~~~~~~~~:)

Wednesday, August 25, 2010

Pernah Google nama sendiri?

Assalamualaikum!
saja tak da kerja nak update benda ni. Atas ni last month punya.



Ini pula this month punya.

sapa yang tak senonoh google tu?Haish

Ini pula last week punya.
This week punya belum keluar. Tapi antaranya ialah 'cara lupakan bf lama'.

Hahahaha Bilakah?Biasalah tu, mesti bloglist dalam list sini ada tulis, aku terkena tempias sekali.

cara tangkap gambar?cara lupakan gf?cara lupakan seseorang?apa perempuan tak suka pada lelaki?

hEEEEE

Itu semua dari sudut pandangan saya sendiri.

So, take the positive side, ignore the negative side.:)

Saya manusia jugak.

:)

Dah.Off~

Saturday, August 21, 2010

Nah.Blood & Personality kau.

Assalamualaikum!

Hari ni saya, ye saya lah siapa lagi kan. Saya yang bernama Hani yang maksudnya happy,delighted,content ini akan membebel tentang blood and personality.:)

Jangan percaya ia tepat kerana ia akan bawa anda kepada khurafat jika anda buat begitu. Tepuk dada, tanya iman. :)

Ini sebenarnya tajuk presentation English saya. Yeah, sudah lepas Khamis lepas. 2 presentation sudah berlalu, sebab tu saya berfoya-foya. Maaf, saya memang busy and saya tak da mood nak update blog lagi. T-T 

Kalau ada orang suruh, baru saya update. Kalau tak da orang suruh, saya ingat nak berdiam diri je. Silent author. Bosan tengok penipuan sekeliling, so better I keep on shut off. :)

Tengok,kan dah lari topik! Kau lah ni~Hahaha

Okay.Idea Blood & personality ini datang dari idea Takeji Furukawa bila dia menulis satu report tentang 'the study of temperament through blood type'. Dari sini lah idea asalnya. Korea & Jepun memang sangat pentingkan jenis darah. Agensi jodoh & Employer mereka tengok jenis darah untuk pasangkan orang itu dengan pasangan/pekerjaan.^^

let's start!

Positive qualities of this perfectionist are sensitive, reserved, patient, responsible & punctual.

Negative qualities of type A blood are obsessive, stubborn, concervative, & tense.
 
Orang yang berdarah ini tak boleh kawal tekanan dengan baik, dan dia juga suka berfikir negatif dalam apa jua situasi. Orang macam ni jenis yang high standard, old-fashioned sikit dan hanya fikir idea dia je. Hey tapi, dia ni setia, boleh dipercayai dan pemalu. Alah alah chakkk~:P


Positive qualities for this rationalist are optimistic, creative, passionate, strong, animal loving and flexible.

Negative qualities for them are wild, unsociable, critical, indecisive, unpredictable and unforgiving.

Mereka mungkin jenis yang pentingkan diri sendiri tapi sangat teruja untuk benda yang memang mereka minat. Caring but selfish. Boleh jadi tak sabar kalau program tak flow ikut apa yang dia mahukan.


Positive qualities are self-confident, ambitious, independent, loyal & passionate.

Negative qualities are arrogant, jealous, insensitive & vain.


Bermotivasi tinggi dan ada potensi untuk mengetuai. Tak takut untuk ambil risiko sebab dia yakin yang dia mampu. Tapi mereka dilihat sebagai suka mengambil perhatian. Obsess for success. And stubborn. :)

Positive qualities are charming and popular, sociable, cool and controlled.

Negative qualities are forgetful, critical, indecisive, irresponsible and self centered.

Misteri, tak boleh dijangka. Suka menolong dan boleh dipercayai. Sangat serasi dengan duit.

Ini full punya. Tengok lah sendiri.:)

Tak kira lah apa yang research tu tulis, sebenarnya kita sendiri yang tentukan personaliti kita. Kita sendiri yang corakkan macam mana reaksi kita pada persekitaran & situasi. Jangan cuba ubah yang positif, tapi upgrade kan dia. Jangan buang yang negatif, tapi baiki dia supaya boleh nampak impak yang positif daripada dia.

:)

Itu sahaja.Penat taw tulis~Heee

Selamat Hari Raya~bummmmm bunyi mercun :P

Tuesday, August 17, 2010

Ini peringatan, bukan tazkirah.

Assalamualaikum!

Hyepppp Hyyeeepppp Hyeeeppppp Hoooray...

Seperti yang tertera, ini peringatan, bukan tazkirah..Mahupun yang lain.Saya tidak sempurna.

Hawa, jaga kepentingan hak yang dikhaskan untuk suamimu sebaik mungkin. Adam, hormati hak yang perlu mereka jaga kerana kau juga dambakan mereka yang benar-benar menjaga kehormatan dan hak suami untuk menjadi isterimu kelak. :))

 kenapa?


sebab tengok sekeliling anda, pasti dapat jawapannya.


:)


Ouh ya, YPJ tak masuk-masuk lagi loan.


Malam tadi terfikir satu idea gila..


Lalu buat status di ym~~~


"  nak kahwin, nak mintak hantaran tanggung yuran sampai final year.okay tak?"

Hahahaha start la mereka perli-perli aku~

calon?tiada T_T


Selamat berpuasa untuk hari ke 7!!!

Salam~~~~~~

 

Friday, August 13, 2010

Blog ni ada stalker?


Assalamualaikum!!

:)

Berbalik kepada topic, eh eh blog ni ada stalker ea?

Hahaha Bajet kau popular ke apa ada orang nak stalk kau?

Eh eh tapi kan memang ada. Aku dah berjaya tangkap beberapa orang.

Contohnya orang tu tahu apa aku buat, aku pergi mana. And cerita tu tiba-tiba orang lain pun tahu. Eh eh kecoh lah. Dah baca senyap senyap sudah. Tak payah la cerita kat orang lain. Malu taw I~~Bhahahaha *ini gurauan,eh ada yang terasa ke?*:)

Ni ada stalker ni suruh aku update blog, penat tunggu katanya. 

Dia cakap stalker tak kira blog tu ada umph ke tak umph.

Aku tanya, ouh stalker tu minat kat tuan blog ea?Hahahaha~

Kan speechless sudah dia.Boooo!~:P

Stalker tu apa sebenarnya?

Eh dan dan je terus buat topic kan. Ngeng~

Stalker tu suka baca blog, tapi dia selalu tak tinggalkan jejak. Stalker tu bukan ada kat blog je, kat facebook pun ada. 

Macam contohnya dia stalk wall orang tu, then dia cakap..Ouh dia dah ada makwe rupanya. Eh eh kantoi pulak pernah stalk facebook orang kan. Hahaha Standard arh, orang tertentu je pun.:P

Kalau stalker dalam kategori blog tu macam tu jugak lah, dia selalu update dengan cerita tuan blog tu, selalu baca apa yang tuan blog tu tulis, feel apa yang tuan blog rasa*ecey ecey* tapi dia tak tinggalkan langsung jejak kat blog tu sama ada comment mahupun kat shout box.

Aku pun biasa je buat macam tu kat blog blog popular ni. Sebab aku suka apa yang diaorang tulis tapi aku tak tahu nak mencelah tang mana kat comment. Sebab tu aku jarang comment blog orang, tak bermakna aku tak visit blog tu okay.

Best sebenarnya jadi stalker.Hahaha Tapi jangan arh hyperbola, bila nak serang macam haram kan. :)



Okay jom cerita pasal blood and personality.

Cepat bagitahu anda darah apa, saya ceritakan di next entry.:)

Darah A, B, O and AB lain-lain personalitinya. Mengikut Jepun punya theory lah. Jepun dengan Korea memang titik beratkan bab darah ni sebab agen jodoh and employer sendiri dah aim darah jenis tu jenis ni untuk kerja yang sesuai dan juga pasangan yang sesuai.

Saya darah O~

:)

p/s: Selamat berpuasa..2 hari sudah selamat..:)

Friday, August 6, 2010

Saya :)

langit tak akan selalu cerah untuk kita berteduh



buruk tak semestinya tak berharga



gambar air ni waktu awal-awal pegang DSLR, kalau nampak full air tu mesti lagi okay kan :)

Assalamualaikum!

Sila ke blog satu lagi untuk gambar yang lebih gedabak ye. :)

Gambar yang dua atas tu gambar dari hp, sony ericsson sahaja.
Dah seminggu, dah RM93 dah.:) Terima kasih terima kasih.

Semalam pergi USM induk, sepupu azah grad. Then, pergi convo expo sekali. Wahhhhh, nak tu nak ni. Nanti convo*2 tahun lagi*, nak request bunga fresh, bebear besar. Haha tapi, nak request pada siapa pun tak tahu. Tak da sapa nak bagi p0n.Hahaha T-T

Mak kata dulu abang mak tak da belikan,so semua tak payah belikan. Nanti tak adil. Sampai hati Mak. Kita kan special an an an. *-*

Ouh hah. Macam biasa. Kalau tak sesat, bukan Hani lah namanya. Hahaha Harus sesat.:) Paling best, dapat naik feri at last. Dapat bau laut puas-puas, dapat rasa angin dia. *thanx untuk dak sombong gak minggu lepas* I'm happy. :)

Tak tahu nak bebel apa lagi dah, aku rasa skill bebel kat blog aku dah terkakis la. Sapa curi ni'?Hahaha

Buhbye.:)


Friday, July 30, 2010

Saya Stress!

Assalamualaikum!

Dosa tahu tak jawab. Ecey nak cakap jawab kat dalam hati la tu.

Maaf, entry ni sebenarnya tiada motif dan tujuan. Untuk menyampaikan rasa saja. Kelas sangat hectic! Terutamanya hari Rabu and Khamis. Memang heaven gila. Tsk Tsk

Hari rabu kelas start pukul 9am-11am. 2pm start lab sampai pukul 5++pm. Dan malam pukul 8-11pm kelas engineering management. Heaven kan? 

Khamis lagi heaven.Syok gila :) Daripada pukul 9am-12pm kelas. then 1pm-6pm. Heaven-heaven. Solat pun terkejar-kejar.Tsk Tsk. Orang kata ini jihad. Ya, jihad untuk ilmu yang dipinjam. *teruja plastic*





 *kalau ada kereta ni,jual best gak*


tahu tak, pinjaman YPJ tak masuk-masuk lagi? Dah nak dekat sebulan ni tahu. Tsk Tsk Ni yang nak nangis ni. :( 

Erm,siapa yang bermurah hati sila derma.Hohoho Terutama Him ye~Hahahaha Anda diwajibkan!Bhahahaha~

Doakan je lah bisnes berjalan dengan lancar. Harap-harap Sumber rezeki. Huu~

Monday, July 26, 2010

Ini untuk semua orang yang baca blog saya~hey saya rindu blog :)



Assalamualaikum!

Haiiii-haiiiiiii! Lama gila tak menulis. Rindu gila. *bajet kau ramai peminat ke ada orang nak baca blog kau*haha~ Tak tahu apa masalah, tak boleh nak sign in blogger, so tertangguh la sesi peng-update-an. Here I am back!Happy tak happy tak?

Waktu yang sangat mencurah-curah idea untuk update, tak boleh nak sign in blogger. Waktu dah ada di depan mata, tak de idea pulak. Tsk Tsk T-T

Okay then, cerita pasal pergi bersawah padi kat Kualu Kurau if I'm not mistaken.:)

Ada sawah padi belakang rumah, sangat teruja okay. Macam budak-budak dah. 

Kau bayangkan kau pergi sawah,lepas tu on the way nak pergi sawah siap kena lalu jambatan kayu yang kelihatan macam tak kukuh, naik je bergoyang-goyang je rasa, tak balance*ecey-ecey* lepas kau dah berjaya harungi jambatan gantung tu*gantung lah sangat kan*kau menyusup nyasap pulak untuk ke tengah sawah padi yang menghijau tu. 

Lepas kau dah sampai tengah-tengah tu, tengah feel habis lah ni, buat gaya orang-orang lah, titanic lah. kau punya berangan tu terganggu oleh bunyi lagu jawa yang sangat kuat.Hahaha Tepi tu ada projek pembinaan daaa~Kacau daun betul lah!Hahaha

Okay,let's pictures speak then. Snap by Sony Ericsson W910i,Canon kat johor.S0b3~:(


 ke mana arah tujuan kita sebenarnya?

 satu arah tak semestinya kita sehaluan kan?

 
saja nak menyibuk.nak jugak.Haha sebab ada orang nyampah kan tengok gambar owner blog.Tsk Tsk saya tahu lah saya comel~Hahaha Hah,tak suka tutup mata okay?

 
haha curi bear orang sekejap.:) 

Ada seorang blogger tu cakap tulisan aku gila.Hahaha Siot. Alah korang baca and layan jugak aku yang gila ni,so korang pun gila jugak lah kan?:P


So,post ni khas untuk anda yang baca blog saya*if ada* termasuk anonymous. Aku buka balik talian anonymous untuk kali ni saja,lepas ni dah tak da.

Apa pendapat anda tentang blog saya?Atau tentang tulisan saya mungkin dapat tahu sikit personaliti saya?Mungkin rasa saya suka berangan ke apa ke.Just say it..

And apa yang anda mahu saya tulis untuk next next entry maybe~

Yang kalau nak hentam saja tu, tolong berani. I wont respect someone that totally coward. :) 


 
w0o0o0o feeling blue :) 

Hepppp,fikir apa ni?Nak kena babap?

 
serabai

p/s: typical love story..when someone was gone, then people around will feel the LOST~human nature huh? *terpengaruh dengan cerita korea sangat dan sangat*haha

p/s lagi: saya suka baca kisah cinta orang lain di blog mereka tapi saya tak suka bercerita tentang itu dalam hidup saya di blog meskipun cinta monyet. Let gone be bygone. :)

p/s lagi dan lagi: ouh ya. saya satu group dengan anda kan. Aku rasa dah tak payah anda tanya kenapa aku marah dulu dan sebagainya,benda dah lepas tu biar lepas.Tak nak ungkit. Aku maafkan dan minta maaf. Clear~



Sunday, July 18, 2010

Sifat lelaki yang dibenci perempuan :)


1. Panas baran.

Some of guys were hot-tempered. Bila dah panas baran, anda tahu je lah. Benda yang remeh pun dia nak marah kaw-kaw punya. Best sangat ke dapat marah orang ni? E

ven kau tak bersalah pun, he will put the blame on you. Sadis bunyinya kan? Yes it is. :) Tapi ada je orang yang panas baran tapi boleh control, tapi sikit je lah.

Aku tak da lah tak suka orang macam ni. Tapi kalau boleh,control lah sikit. Jangan nak pakai marah je. Orang yang dimarah pun ada perasaan. :)

2. Pandang/message/call perempuan lain waktu on date.

Ada lah hamba Allah ni mengadu. Heeeee~ Dia simpan dalam hati je tapi tak bagitahu that guy. It would be a problem if that guy don't ever know what happened.  You should tell him, kalau tak dia memang tak kan tahu yang anda marah sebab itu and sebab ini. Maybe perempuan tu cemburu. Hey hey cemburu tu maknanya sayang kan Dear?:)

3. Ego.

Lelaki memang dikenali dengan ego setinggi gunung Tahan.Haha Tapi bukan lelaki je ada ego, aku sendiri perempuan ni pun ada ego. Tapi ego aku memang takkan boleh mengalahkan ego sang lelaki lah kan, obviously. 

Ego aku, aku tak suka start the conversation. :) Padahal aku nak je start, tapi ego beb. Hahaha Contohnya di sms or facebook.Bhahaha And then kalau aku dah start conversation, tapi dia tak reply. Lagi aku menyumpah-nyumpah. Sumpah tak nak start lagi!Hahaha Bengong~ *padahal dia reply je*

4. Tuli

Lelaki ni kadang-kadang tuli. Benda yang simple pun dia tak dapat tangkap. Penat kami bagi hint, dia tak dapat tangkap jugak apa yang kami nak bagitahu. Haippppp~



5. Berbelit-belit. Hint sana hint sini.

Ada lelaki yang jenis kalau dia suka sama perempuan, dia tak kan cakap "okay,I like you". Dia jenis yang bagi hint sana hint sini. Aku tak cakap semuanya macam tu, tapi ada lah yang macam tu. 

Bagi perempuan jenis slow macam aku ni, bagi lah hint 100 kali sekalipun, aku takkan tahu apa yang korang nak sampaikan kalau tak ada direct point. Hahaha Ini contoh ya, dont take it serious.




6. Sensitif/emosional.

Alahaiii,megalahkan kami. Cakap sikit je dah terasa. Gurau sikit pun tak boleh terima. Come on lah, hidup kalau serius je, tak best oke. Ok fine, gurau memang ada batasan tapi kami tak rasa pun gurauan tu overlimit. 

Please lah, kita dah 'berumur'*sila baca slow-slow* so, please act like one. The rest is history!Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. So, kalau tak boleh terima joke sebegitu, leave us alone. :)


p/s: Berniat untuk delete blog, tapi ada orang tu terkantoi dia dah baca the whole blog. Hahaha Yupp,memang bercadang nak delete, tapi sayang pulak nak tinggalkan. Or maybe tak aktif blogwalking lagi maybe, kalau yang memang ikhlas follow, do visit this blog and read my story okay.:)


nuffnang_bid = "8a7e067be7456f93539e3b334c1c8d89";