Subscribe Twitter

Friday, November 26, 2010

Perbezaan Lelaki dan Perempuan part 1 (mungkin).:)


Hah pasal gambar ini, Leha kata aku curi-curi ambil gambar dari flight.

Aku cakap, eh dia mana ada cakap sila matikan DSLR anda. Dia cakap handphone, pemain MP3 je. Hahaha 

Okay fine,memang gambar curi banyak gila atas flight.Haha Nasib baik korang duduk jauh dengan aku, kalau tak, aku ajak camwhoring sekali dengan aku.:)

Jom kita cerita tentang beza Lelaki dan Perempuan.

Kita fokus kepada satu sifat dan perwatakan mereka sahaja dulu. Next part will be continued.

1. Kematangan

Lelaki lebih realistik daripada perempuan umumnya waktu buat sesuatu keputusan. Tapi tak bermakna mereka dah cukup matang ye. Kalau pada si baran, entah mana hilang realistiknya dicampak bersama-sama ayunan tangannya.

Kalau sang syaitan sudah menguasai diri, si matang juga boleh berubah menjadi sang haiwan. Pernah dengar tentang si suami kelar si isteri yang hamil?Pernah juga dengar si anak menetak si emak?Pernah dengar tentang si abang merogol si adik?

Sebenarnya kematangan seseorang bukan terletak pada jantina, tapi pada personaliti seseorang. Bukan juga pada usianya. 

Ada yang lebih muda, tapi lagaknya seperti sudah matang benar. 

Ada yang berusia, tapi tak matang-matang juga. 

Merasakan diri sendiri sudah cukup tua untuk buat keputusan sendiri, diri sendiri sudah boleh berdiri di kaki sendiri tanpa mengaharapkan bantuan satu pun manusia, perlu dihormati selayaknya dan juga mungkin besar kepala. Kalau sifat yang ini masih ada lagi dalam lubuk hati si empunya diri, selayaknya kau masih belum matang.

Muhasabah diri. Kaji diri. Eksperimen diri. Cerminkan diri.

Jangan cari kesalahan yang lain. Terima kelebihan dan keburukan manusia lain sebagaimana mereka menerima anda seadanya. Think think think.

Matang itu yang bagaimana? Rasanya tak payah dijelaskan bagaimana, kalau anda kenali dia, anda sendiri akan tahu yang dia itu matang yang bagaimana.

Konklusinya, sesiapa juga boleh menjadi matang dengan kehendaknya. Saja mahu bermain dengan api. Tapi, si matang juga boleh berubah menjadi sang haiwan jika dipenuhi dengan amarah. Maka, jangan penuhi diri dengan kematangan diri saja. Topup juga sedikit sebanyak iman dalam diri kita supaya tidak mudah tersasar dari jalan kita insyaAllah.:)

Sebenarnya aku paling suka(kot?) orang yang matang. Yes, suka. Suka tengok orang yang matang ni. Rasa macam diaorang sangat berdedikasi. Matang ada dua, sama ada dari muka mahupun perangai. Dari segi muka pun suka jugak~~~Lalalalala :P

Teori aku dulu waktu kecil, orang yang pakai spec ni, mukanya agak matang. Yeah mungkin juga. Then, disebabkan waktu kecil aku tak pakai spec, aku berangan nak pasangan yang tak pakai spec jugak~Hahaha Gila comel kan berangan?T-T

p/s: Jom date bersama teman teman lama. :)


12 comment(s):

-Si Riang-Riang- said...

pergi mane nek flight nie? sy xpernah rase pun naik flight...

~roslinda~ said...

waktu ni,pergi lngkawi..
3rd time..huu
eh tp siyes g lngkawi ni murah je..
rm18 sorg pergi n balik dr png..
murah kan?
wktu tu air asia wat prmosi rm0 fare,so pkat2 la book..heeee

wadud@duad said...

jom2 date..:D

~roslinda~ said...

eh eh eh Jom!
:)
tapi kat Msia je lah~haha :P

CIKafiza ;) said...

ehh~ stuju ! orang pkai spec mmg nampak matang. kihkih ^^,

~roslinda~ said...

kan?dan comel kan?
hahaha~
acehhhh mntang2 dri sndri pkai spec,trus je mlmbung heeee
tp mmg realiti(kot?) :D

Fikri said...

ada yg berusia tp xmatang2.. ang la 2. spa lg. haha.

~roslinda~ said...

hang lah..suke cr gado dgn ak..
hang la yg x mtg..
tgk ak,wlupun muda ag,xde cr gado dlu dgn ko taw..
ahhahahah

mofaizmz said...

biar matang dan playful.. act trlebih matang dari usia pun xelok gak nnti rakan sebaya rasa xselesa..

~roslinda~ said...

betol..
tp bnda ni pon kena lbh praktikal..
mksudnye,harus kena pd tempatnya..
bkn tiap masa kena playful kan.dan bukan tiap masa kena matang..
depends pd penerimaan sbnrnye..
dah terdedah kpd bkn rkan sbya sjak kecik,so dah blh nmpak perbezaan tu sbnrnye :)

izulman said...

how to know whther u r a bitch or not? hahaha i checked rules to read yr blog :P

ok2 bck to point, lelaki matang, i think lelaki akan nmpk either matang or nt bile diorg buat kptusan hidup. kalau diorg tau betul2 ape diorg nk buat ntuk mase dpn diorg atay hard decisions in life, mknenye nmpkla tnda matang

~roslinda~ said...

how ya?alah,xkan xtaw kot :P

YEAHHHH.so true...!!!
high five sikit~:)
heee
betol2..laki sgt realistik dlm buat kputusan...yeahhhh~