Subscribe Twitter
Showing posts with label update. Show all posts
Showing posts with label update. Show all posts

Wednesday, July 27, 2011

still remember her?



 

Gambar gambar sebelum sakit.



Gambar gambar selepas sakit.

Hai. Assalamualaikum semua!:)

Ingat lagi tak dia? Anak saudara kesayangan. Semua pun sayang. Don't worry, be happy.:) 

Dulu seawal 10 tahun, mak selalu cakap macam ni, "Mak memang sentiasa diuji"

Waktu tu saya kanak-kanak lagi, apa maksud kata-kata Mak tu?

Ya. Memang betul. Memang kami senantiasa diuji Tuhan. Kami redha dan terima semuanya dengan hati yang sangat lapang. 

Tahun ni kami dikejutkan pula dengan penyakit yang Dania hidapi. Allah, besar dugaanMu..Jujur memang sangat berat. Tak tahu mampu bertahan atau tak waktu tu. Duit simpanan Mak & Ayah pun dah kering untuk berulang-alik ke JB untuk rawatan dia. Baca blog dia, hardest part for her also hardest part for us too. Kami bukan orang berada, tapi kami sentiasa cuba untuk cari jalan untuk sembuhkan penyakit dia, insyaAllah. Tak sabar rasanya untuk bekerja, nak bantu Mak & Ayah mana yang patut. Tak sabar. 


Kalau kita terlalu senang dengan kurniaanNYA, kelak kita mudah terlupa. Cuba lah mengintai di kamar hospital, tanya mereka, apa masalah mereka. Orang lain lagi berat kesusahannya dari kita.

Bila pergi hospital, kanak-kanak yang sekecil itu dah ada berbagai jenis kanser. Kanser ovari, kanser mata. Allah, besarnya dugaanMu kepada si kecil itu. Lihatlah semua kanak-kanak itu, pandang muka suci mereka, mereka tak seperti anak-anak anda kan?

Kita tak rasa apa mereka rasa, apa mereka alami. Sakitnya dia, lemahnya dia, kita tak pernah tahu sebab kita tak sakit macam mereka. Janganlah pandang pelik pada kanak-kanak macam mereka, mereka juga nak hidup bebas, tanpa pakai face mask & topi yang membalut kepala botak mereka di khalayak ramai.


Apa yang kami harapkan daripada kamu yang mungkin baca blog saya ni, atau mungkin baca tulisan saya ini, saya tak mintak derma, saya tak mintak belas kasihan, tapi saya cuma nak mohon secebis doa daripada kalian untuk sama sama mendoakan kesihatan & kesejahteraan beliau & kanak-kanak yang senasib dengannya.

Mintak tolong semua untuk doakan kesembuhan dia & mereka. Semakin banyak doa, semakin baik. Sebab kita tak kan pernah tahu doa siapa yang akan dimakbulkan Allah. :)

Allah Akbar!
p/s: Siapa yang mencari kuih raya, boleh contact saya di facebook. TQ.

Wednesday, July 20, 2011

Sorry for the last words.

Sorry, lost credit link. On the earliest post, got the link!Sorry!

"Ummi, I want that Vanilla Ice-Cream!"

"Okay dear. Lepas selesai urusan kita ni okay?"

"Not only that, add on some Juice, Snacks, and what more hah?"

"Amboi!"


******************************

"Ma, if lah ma kan. If. Kalau lah menantu mama tu mungkin sort of single mother ke, will you accept her Mama?"

"Sorry?Can you repeat your words?"

-to be continued-

p/s: Eceh eceh, buat short story pulak hang na!:P


Thursday, July 14, 2011

Your Personality!

Januari 01-09 ~Anjing  
Januari10-24 ~Tikus
Januari 25-31 ~Singa  

Februari 01-05 ~Kucing  
Februari 06-14 ~Merpati  
Februari 15-21 ~Kura-kura  
Februari 22-28 ~Harimau Bintang  

Mac 01-12 ~Monyet
Mac 13-15 ~Singa
Mac 16-23 ~Tikus
Mac 24-31 ~Kucing

April 01-03 ~ Anjing
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura

Mei 01-13 ~ Monyet
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa

Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ Anjing
Jun 21-24 ~ Monyet
Jun 25-30 ~ Kucing
Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ Anjing
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing

Ogas 01-15 ~ Monyet
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura

September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ Anjing

Oktober 01-15 ~ Monyet
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang

November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing

Disember 01-16 ~ Anjing
Disember 17-25 ~ Monyet
Disember 26-31 ~ Merpati

Anjing: Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

Tikus: Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.



Singa: Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

Kucing: Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

Kura-kura: Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

Merpati: Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!

Harimau Bintang: Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm...kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

Monyet: Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.

P/s: Saya si kura-kura. :P

Friday, July 8, 2011

Photography Competition 2011


Hah jom join!Tapi tak da idea pulak.-.-"
Dah berakhir dah 10 minggu. :)

Banyak ni nak cerita. Tapi takpelah, kena simpan. hehehe


Wednesday, July 6, 2011

CUTI!




8th JULY is last day at CHPI Sdn Bhd!
Yeayyy!

2 hari lagi!

Sunday, June 12, 2011

Baby.Baby.Baby.


Buah hati yang baru lahir tahun ni.
Hasif baru lahir semalam, 10 jun!

Fiyya baru lahir 27 Mac!

Wah, nampaknya Moksu dia kerja nanti banyak kanak2 yang senyum gembira. Beli baju pun kena beli untuk semua empat2. Takpe2. I rela. XD

4 orang dah semuanya buah hati saya, anda bagaimana?:)

Wednesday, May 18, 2011

Jangan Sentuh





Assalamualaikum.
Haiiii kawan kawan. *feel macam pengacara rancangan kanak-kanak*

:P

Simple words.

Ada yang suka kita, ada yang tak suka kita kan. 

Bila dah rapat dengan shift tu, shift lain pulak masuk minggu depannya. Huhu

Ada lah yang tak suka kita. Adalah. Kita boleh tahu kan kalau orang tak suka kita kan?

Maaf lah, saya tak lama. Lagi 7 minggu saya BLAH. :)

Saya tak curi perhatian pun. Saya low profile taw.:P

okay.bye~

Thursday, May 12, 2011

LI. Tak indah yang dijangka. Junior, please spend your holiday wisely!

Banyak yang nak di cerita.
Tapi peh.

Isnin- Sabtu kerja der.

Macam mana tu?

Cepat lah 8 july!~~~

Tuesday, May 3, 2011

Say HI to all and new followers~

Picture source: Anton Tang that I found by this web


Picture Source: Anton Tang


Picture Source : Anton Tang


Assalamualaikum.

Hey all readers. A simple note for whoever that read this piece of blog in blogging arena.

Saya akan memulakan Latihan Industri di somewhere in my hometown bermula hari esok. What course? Polymer Engineering Degree in USM.

Wish me luck everyone. I hope I can do it. Kena sambung p study,dah lama tinggal subjek ni.:)


Pray for me yeah. :)

Btw, Dania in hospital right now. Hot fever. Budak budak leukemia memang kena masuk wad kalau demam, takut kena infection lain. 

Okay bye. I'll try to update this blog in future. Jumpa lagi!

Wednesday, April 27, 2011

Otak dah STUCKED

Assalamualaikum.

Hampir hampir terlupa aku ada dua blog untuk diupdate.Hehe Dah sebulan tak update. Hebat tak hebat lah kan. Memang super duper BUSY. Maaf ya. Blog lagi satu, after balik rumah insyaAllah update lepas shoot shoot dan shoot.

Sangat sangat busy sem ini. Baru je habis paper ke lima, dan yet ada lagi satu paper Jumaat ni. Minggu lepas paper hari Isnin and Selasa. Minggu ni hari Isnin, selasa, rabu, jumaat. PITAM kejap. Rasa macam tiap tiap hari pun nak cakap benda ni sebab tiap tiap hari pun ada paper. And all that paper was terrible. I'm so TIRED. Done the best and now it's time to pray for miracle to happen. Huhu

Jumaat habis paper. Sabtu pulang ke Johor dan Selasa start Latihan Industri. Nampak tak betapa busy?Fuhh~ Otak tak sempat berehat lagi okay. Okay Bye, nak ganti tidur yang tergendala sejak tiga hari lepas. -.-"

Friday, March 25, 2011

update semua dalam sekali nafas!

Terminal bersepadu selatan, bandar tasik selatan


rambut dia kat mana mana











Assalamualaikum!

Lama tak menulis kat sini. Alah bukan ada orang nak baca pun kan? Lama gila tak merepek.

okay, let;s proceed with the sequence.

12 March hari tu sempat balik Johor. Balik by bus, tapi stop kat KL sebab tiket straight habis dah. Cuti sekolah rupanya waktu tu.Haish. KL stop dekat Terminal bersepadu selatan, bandar tasik selatan cheras. Terbaik lah beb! Macam airport dah, ada balai ketibaan balai berlepas semua siap. Nak turun balai berlepas pun cuma yang ada tiket je okay. Yang lain sila blah, dia kata.Huhu Sistem memang superb! tapi leceh sikit la,biasalah mula mula kan. Besar kot,surau pun besar. Overall, superb!Lain kali turun KL je lah, murah sikit.:D

Okay, waktu balik tu memang rambut Dania dah gugur. Itu last sekali jumpa dia setakat ni. Tak tahu bila nak balik lagi. Kalau boleh memang nak balik je jumpa dia. Setakat ni, dah 3x balik jumpa dia. 2x waktu dia baru disahkan leukemia tu. 1x tu rambut dia dah gugur. Sekarang mungkin lebih lagi. Rindunya kat dia. Waktu aku balik tu, dia suka sangat. Dia peluk peluk aku, panggil Ummi! Ummi!. Allah Akbar. Tersentuh hati ni. Love you la sayang :)

Bila keluar rumah, dia kena pakai face mask sebab untuk protect dari kena sebarang infection. Demam pun tak boleh. Budak macam ni, demam pun kena masuk wad. Tak nak jadi sebab benda lain. Then pakai hat/headband tu untuk tutup botak dia tu. Kesian kat dia. Bila kita tanya, "Nia, kenapa Nia kena pakai topi?" She replied, "Nia sakit". :(

Oh by the way mesti pelik kan kenapa pipi dia makin tembam sejak sakit?Actually lepas je dia disahkan leukemia, dia kena makan satu ubat steroid, prednisolone namanya. Side effect ubat ni memang buat selera dia bertambah. Even doctor pun cakap kalau pukul 4 pagi dia minta makanan, jangan marah dia. Sebab dia sentiasa rasa lapar. Kesian dia. Tapi sebenarnya berat dia naik 0.8kg je berbanding sebelum sakit. Hah, kat pipi dia la tu.hehe

Alhamdulillah sekarang phase 1 treatment dia dah selesai. Hari tu doctor dah chec bone marrow tu untuk check progress dia. Blood composition semua dah okay,, tapi ANC tu masih low. Kalau ANC tu low, maknanya risk of infection dia sangat lah tinggi. -.-" So sekarang kena chemotherapy lagi,tapi yang ni berbeza sikit dengan phase 1. Hopefully everything will be fine, insyaAllah. Mintak tolong semua untuk doakan kesembuhan dia. Semakin banyak doa, semakin baik. Sebab kita tak kan pernah tahu doa siapa yang akan dimakbulkan Allah. :)

Terima kasih pada yang concern. I appreciate it. A lot.

Oh by the way, polymer grand night 2011 was successfully organized by polymer 3rd year students, good job guys!Susah betul balut hamper.haha 

last Tuesday, pergi batu hampar,kedah kot. Haha enjoy the view there. enjoy all the moments. another 1 month to say goodbye to 3rd year episode and will entering final episode soon. another 1 year to go!

p/s: Dah nak exam woo!


Thursday, March 3, 2011

why am I not so into blogging now?






Assalamualaikum.
ya. dia disahkan ada leukemia.

And sekarang, akak cakap rambut dia dah mula gugur. Itu lah yang paling aku takut nak tengok waktu first first masuk wad tu. Tengok semua budak kat situ hampir botak kepalanya lepas chemotherapy.

Allah Akbar. 

Ini yang paling aku takut.

Adik, adik kena kuat. Ummi nak tengok orang yang sama Ummi tengok waktu last sekali Ummi jumpa adik walaupun mungkin waktu tu adik dah hilang rambut. Ummi tahu adik memang kuat.

she's such a sweet girl. Even before kena cucuk, nurse tanya siapa belikan baju ni. Sambil nangis nangis dia cakap "Ummi..". And then, bila Ibu dia kata tak nak jaga Nia kat hospital lagi,nanti siapa nak jaga Nia. And again, she replied "Ummi..".

Berat ujian dariMU. Ku pasrahkan semua padaMU.

p/s: Mohon semua untuk mendoakan dia cepat sembuh dan sel jahat itu pergi untuk selama-lamanya. Chemotherapy dia every friday at HSI JB and every tuesday at Hosp Muar.

p/s: Rasa nak balik and photoshoot dengan Nia puas puas!:'(



Thursday, February 3, 2011

Banjir di Johor + 1st time guna BULB :)









p/s: Banyak assignment(s) & lab report(s). *sigh*

Jom prosperity!