Gambar gambar sebelum sakit.
Gambar gambar selepas sakit.
Hai. Assalamualaikum semua!:)
Ingat lagi tak dia? Anak saudara kesayangan. Semua pun sayang. Don't worry, be happy.:)
Dulu seawal 10 tahun, mak selalu cakap macam ni, "Mak memang sentiasa diuji"
Waktu tu saya kanak-kanak lagi, apa maksud kata-kata Mak tu?
Ya. Memang betul. Memang kami senantiasa diuji Tuhan. Kami redha dan terima semuanya dengan hati yang sangat lapang.
Tahun ni kami dikejutkan pula dengan penyakit yang Dania hidapi. Allah, besar dugaanMu..Jujur memang sangat berat. Tak tahu mampu bertahan atau tak waktu tu. Duit simpanan Mak & Ayah pun dah kering untuk berulang-alik ke JB untuk rawatan dia. Baca blog dia, hardest part for her also hardest part for us too. Kami bukan orang berada, tapi kami sentiasa cuba untuk cari jalan untuk sembuhkan penyakit dia, insyaAllah. Tak sabar rasanya untuk bekerja, nak bantu Mak & Ayah mana yang patut. Tak sabar.
Kalau kita terlalu senang dengan kurniaanNYA, kelak kita mudah terlupa. Cuba lah mengintai di kamar hospital, tanya mereka, apa masalah mereka. Orang lain lagi berat kesusahannya dari kita.
Bila pergi hospital, kanak-kanak yang sekecil itu dah ada berbagai jenis kanser. Kanser ovari, kanser mata. Allah, besarnya dugaanMu kepada si kecil itu. Lihatlah semua kanak-kanak itu, pandang muka suci mereka, mereka tak seperti anak-anak anda kan?
Kita tak rasa apa mereka rasa, apa mereka alami. Sakitnya dia, lemahnya dia, kita tak pernah tahu sebab kita tak sakit macam mereka. Janganlah pandang pelik pada kanak-kanak macam mereka, mereka juga nak hidup bebas, tanpa pakai face mask & topi yang membalut kepala botak mereka di khalayak ramai.
Apa yang kami harapkan daripada kamu yang mungkin baca blog saya ni, atau mungkin baca tulisan saya ini, saya tak mintak derma, saya tak mintak belas kasihan, tapi saya cuma nak mohon secebis doa daripada kalian untuk sama sama mendoakan kesihatan & kesejahteraan beliau & kanak-kanak yang senasib dengannya.
Mintak tolong semua untuk doakan kesembuhan dia & mereka. Semakin banyak doa, semakin baik. Sebab kita tak kan pernah tahu doa siapa yang akan dimakbulkan Allah. :)
Allah Akbar!
p/s: Siapa yang mencari kuih raya, boleh contact saya di facebook. TQ.
6 comment(s):
Salam.
http://health.yahoo.net/news/s/ap/us_med_gene_therapy_leukemia
wslm..thanks for info :)
Welcome. Sori sebab tak tinggalkan nama.
Anyway, you should really ask her doctor about this new treatment.
sy faham niat baik awk.tp,is it possible?
I know this method is extremely new and obviously still in its experimental stage. Maybe the specialists treating her don’t even know about this treatment.
But it doesn’t hurt to ask and produce an opinion, I’m sure they’ll understand.
This is the full article, maybe you could show it to them. http://www.nejm.org/doi/full/10.1056/NEJMoa1103849#t=articleTop
And yes, it is possible, though in medicine we can never know what will happen, things can go wrong anytime, semua kuasa tuhan. Kita cuma mampu usaha dan doa. Selebihnya berserah pada Allah.
Maaf kalau ada tersalah kata, tersilap laku, saya cuma bagi pendapat.
Wallahualam.
terima kasih banyak..tp dia dah pergi semalam...
Post a Comment