Subscribe Twitter

Wednesday, April 28, 2010

Menantu pilihan hati.Eh,silap.Pilihan Mak.



 Assalamualaikum!

perasan tak,sejak kes kereta kena calar,anonymous punya ombak datang.ombak tu datang kuat tanpa gempa bumi dan secara tidak langsung menimbulkan kemusnahan .Eh, terasa ke?Aku tengah bercerita tentang ombak kan sekarang.

Tak semua masalah boleh diselesaikan dengan kekerasan.Ingat tu.Dan tak payah lah kita nak doakan orang itu buncit perutnya, tak boleh jawab exam, failed paper, tangan dia tak sempurna lah..Kita doakan saja dia jadi manusia yang lebih berguna di masa akan datang. 

Allah itu maha adil, mungkin di dunia dia terlepas, di akhirat belum tentu. Allah dah janjikan balasan yang baik untuk orang yang baik dan sebaliknya kan?Kita berdoa yang baik-baik saja lah..Tapi serius,tiap kali aku tengok calar tu,makan dalam bhai.Aku tak pernah sangka ada orang se'pandai' itu. 

Jangan risau lah,anggota badan kita akan jadi saksi pada semua perlakuan kita di dunia bila tiba masanya nanti.;)





Kadang-kadang aku rasa formspring ni lawak.haha Sepanjang aku buat formspring,memang entah hape-hape dah.Yang nak dajal orang lain cerita, yang berfeeling-feeling bagai lain cerita.haha Memang nak tahu ke tu semua?Muka macam orang dah kahwin ke?Sadis betul lah macam nih T-T

Tajuk pasal menantu pilihan hati mak.Bercerita tentang ini, waktu aku balik hari tu. Ya Allah,tingginya cita-cita dua ibu bapa ku ini..Aku cuma mampu tergelak je. Cita-cita mereka bukan calang-calang nampaknya. Nasib baik aku belum ada calon, kalau tak sah-sah kena reject.haha 

Biasalah kan, manusia. Cuba kalau disenaraikan ciri-ciri lelaki/perempuan macam mana yang nak dijadikan teman hidup. Sampai berpuluh-puluh helaian pun tak ka habis cerita kriteria-kriteria bakal pasangan. Tapi, sebelum kita senaraikan semua tu, kita kena tengok diri kita dahulu lah. Jangan main redah je bhai.

Kalau kau nak orang yang beriman, dah cukupkah iman diri sendiri untuk bersedia ke alam perkahwinan? Kalau kau nak orang yang baik, dah cukup baikkah diri sendiri untuk menjaga kehormatan perkahwinan tu nanti? Kalau kau nak orang yang handsome/cantik ala-ala Aaron Aziz mahupun Lisa Surihani, dah cukupkah kesabaran kau untuk pertahankan perkahwinan tu jika diganggu sang perosak?

Tepuk dada tanya selera. Jangan nak yang perfect saja, kita kena belajar cara untuk menerima kelemahan orang lain juga. Sama konsepnya dengan persahabatan. Kalau kau kawan dengan A, kau kena belajar cara untuk terima segala kebaikan dan keburukan dia. Jangan belajar untuk menerima sahaja, kau kadang-kala perlu belajar memberi juga.

Ada orang cakap, umur kau muda lagi. Sampai satu tahap umur satu hari nanti, kau akan fikir balik apa natijahnya kau buat semua tu waktu dulu. 

Aku mungkin belum cukup matang untuk bercerita tentang apa yang kau orang ingin tahu, tapi ini berdasarkan pengalaman di samping orang sekeliling aku. Aku lihat sendiri kehancuran perkahwinan disebabkan cinta, aku juga lihat silaturrahim terputus yang disebabkan fitnah pihak yang dekat dengan kita.

Aku tak pernah salahkan ibu bapa aku kalau mereka impikan menantu lelaki yang sebegini dan sebegitu. Mereka cuma punya 2 anak perempuan. Kakak aku, dah menginjak 31 tahun dan punya 2 orang anak dan kini ibu tunggal. Aku tahu betapa peritnya hati sebagai ibu bapa bila tengok kehancuran perkahwinan anak perempuan mereka.Mereka cuma nak yang terbaik untuk anak mereka.

Mungkin mereka tak mahu kesilapan yang terjadi pada kakak aku berlaku pada aku. Sebab tu,banyak kali pesanan yang dah dititipkan untuk aku sampai sekarang. Aku pegang pesanan itu.

Ini bukan kesimpulan tentang cerita cinta.haha Ini kesimpulan dari semua aspek kehidupan.Selesaikan masalah dengan rasional fikiran,kematangan kau. Jangan ikut hawa nafsu kalau bertindak.Berdepan dengan diri sendiri dahulu sebelum berdepan dengan orang lain.

Banyak betul aku membebel.Daripada menantu pilihan, tiba-tiba termasuk bab lain pulak.Meleret-leret pulak tu.haha as Said before,jangan datang blog ini jika anda tak suka.Sekian.wassalam.;)

p/s: 2 papers to go!Friday and Monday. Then,balik kampung!


13 comment(s):

Sesayang_Andox said...

Wah. Tengah mencari atau sudah dicari.
hehe ^^

~roslinda~ said...

tgh mncari atau sudah dicari?
tak faham2...hahaha
heeee
belum mencari dan sedang menunggu untuk dicari~
kenapa2?
;p

Anonymous said...

pe ko merepek ni?
berpinar bijik mata aku nak bce...
ha3...
ko cte jela senang~

~roslinda~ said...
This comment has been removed by the author.
anon tadi said...

cis...
pesal ko dedahkn identiti aku ni?
xreti smpan rahsia lansg...
harus la mls nak log in...
tenet siput kot~

~roslinda~ said...

hahahaha
ko mmg~
ade je alasan..
;)
yankkkk~

anon tadi jugak said...

ye ling~~~
ha3

~roslinda~ said...

hahahha
dahlah..
smbil komen smbil ckp2 gak kt bilik~
bek ckp je..
t min taw nih,min bsing..haha
dah2..~

Azrai Ahmad Zamri said...

salam ziarah..
agreed with u..
hidup untuk memberi..apa yG kita mahu, kita dl perlu berikan..
nak yG beragama, kita dl perlu ada agama..

naz said...

haha memang itu kawasan sulit :)

~roslinda~ said...

azrai>>bet0l3..kdg2 manusia lupa..dia nk yg begini dan begitu..tp dia lupa diri dia pulak macam mana..
so,kena belajar menerima dan jugak memberi dlm hidup..;)

naz>>eh2..yg mana kah?;)

Si Kenit said...

yeke?
heehe
i tak buat formspring pon
taktau pulak cmni jadinyeee
hehee
=D

~roslinda~ said...

hahaha
yesssss
begitulah jadinya...
da mcm2 jadi dah~