Subscribe Twitter

Tuesday, August 23, 2011

Nia dah kembali kepadaNya











Keletah dia tak pernah pudar sampai lah minggu minggu terakhir



 Jumaat-Isnin

Salam. Nia dah kembali kepada yang Maha Kuasa.Dia dah pergi tinggalkan Ummi,Ibu,Mak,Wan, Abang,Uda,Angah, Umi Hanun, Umi Niza, Aya dgn Hasif semalam,22 Ogos.Jam 7 dia selamat dikebumikan.
Selepas kemo yang 2nd last, dia mula cirit birit. Waktu tu tengah kemo dekat hsi,JB. Masuklah hospital sana.Esoknya Nia dah dapat balik sebab Nia dah mula sihat.

Tapi lepas balik Muar, Sabtu & Ahad tu cirit birit Nia makin teruk. Nia asyik mengadu sakit perut. Sampaikan Nia sendiri yang mintak untuk masuk wad.

Ahad tu Nia masuk hospital. Tapi tak ada perubahan sampai lah hari Khamis, Nia makin lemah. Mak mintak untuk transfer HSI,jb. Pakar kata kena check dulu. Bila check, Nia x stabil. BP Nia rendah, so tak boleh nak transfer. Takut apa2 jadi tengah jalan.

Tapi hari tu Nia masih sedar. Tapi hari tu Nia dah mula tak bercakap. Dengan Ummi pun Nia tak nak. Esok paginya Nia kena sawan kejang whole body. Nia kena masukkan 8-10 jenis ubat sekali gus and Nia kena dibantu oleh alat pernafasan..Buat ct scan, ada yang tak normal mungkin sebab sawan atau jangkitan kuman..

And doctor bagi Nia ubat tidur sebab tak nak Nia sedar & bukak alat pernafasan tu..Hari demi hari BP Nia masih bergantung pada ubat, nafas Nia makin lama makin kencang hari terakhir tu.. Tapi Ummi sempat nyanyikan Nia semua lagu yang Ummi pernah ajar Nia waktu Nia baby lagi..

Mata Nia bengkak,ada titisan air mata yang mengalir..Malam terakhir tu, Nia batuk2..Ummi pegang tangan Nia,Nia bagi respon.. Ummi ingat Nia dah nak sedar, Ummi happy sangat2..Mungkin Nia teringin nak tengok kami untuk kali terakhir..


Esoknya doktor kata jantung Nia lemah, paru2 Nia pun berair, sebab tu nafas Nia kencang..Nia semakin kritikal & bila2 masa je boleh pergi...

Lepas tu, jantung Nia dah berhenti berdegup..lepas doc buat cpr & tekan dada Nia, jantung Nia berfungsi balik tapi tak sampai 15 minit..Lepas tu berhenti balik..Jantung Nia berfungsi lagi & doc bagi kami peluang bertemu Nia sebelum dia pergi. Ombak dada dia kencang, beruntung dia tak punya dosa & menjadi penghuni syurga.

Perlahan lahan dia pergi selepas Mak & Ibu bisikkan mereka halalkan semua untuk Nia & mohon Nia maafkan mereka..Keluar darah bayu dari hidung, buih2 daripada mulutmu syg...Allah Akbar..

Nia dimandikan di rumah, mesti dia teringin mandi di rumah. Ummi & Mak pangku Nia waktu dimandikan..Ibu jirus air pada badan Nia. Ummi puas dik. Sejak daripada lahir lagi Ummi dah mandikan Nia, sampailah untuk kali terakhir Ummi dapat mandikan Nia.

Muka Nia bersih,putih, comel sangat waktu dkafankan..Nia memang anak Ummi..Nia anugerah paling indah untuk Ummi..Ummi tak kan lebihkan sayang Ummi pada siapa pun kecuali untuk Nia..

Nia, tunggu & doakan kami ye sayang.. Tunggu kami di pintu syurga..Kami akan tingkatkan amalan untuk bertemu dengan puteri syurga yang Allah pinjamkan kepada kami 2 tahun 7 bulan ini..Puteri syurga Ummi comel sangat...Ummi syg Nia sgt2..Love you syg.. Ummi tak menyesal sebab Ummi dah tunaikan semua permintaan Nia..Ummi redha dengan pemergian Nia syg...Doakan Ummi,Mak, Ibu,Wan,Abg, Uda,Angah,Aya,Hasif ye syg..

14 comment(s):

Etong said...

sedihnyaaa..Nia tentu diberi tempat yg lebih indah di sisi Allah..:(

vblogklasik said...

Innalillah.. salam takziah utk Hani sekeluarga. Semoga bersabar menghadapi ujian..



Al-Fatihah untuk penghuni syurga, Nia..

d2z said...

Al-Fatihah..
salam takziah..sorry for your loss..

Anonymous said...

Innalillahiwainnailaihirojiun

Takziah... Saya harap awak tabah & sabar...

Queen said...

Seorang ahli syurga yang menanti ibunya disana.. tenanglah wahai hati...

salam takziah dari nik,dzul dan keluarga

Nadya said...

Assalamualaikum,

I've been following bout your little princess since long2 time ago and tak sangka she went away too early, ada hikmahnya, Nia x rasa sakit lagi and yes dia penghuni syurga. Harap you guys tabah menjalani kehidupan tanpa Nia.. :')

Takziah.

ummi nia said...

salam kenal..menitis air mata bila baca entry nie..anak sy sama umur ngn arwah..kebetulan nama plak sama..dania jgk..semoga arwah menjd bidadari syurga yg teragung..amin..al-fatihah..

~roslinda~ said...

terima kasih semuanya..sedangkan awak sendiri yang tak pernah jumpa Nia pun dah sedih,apatah lagi kami yang melayan keletah dia selama ni..dia mmg anak sy dunia akhirat..wlaupun dy anak saudara sy..sy pernah terlintas xnk ad anak stu hari nnt sbb sy xnk syg sy pd anak tu lebih dpd syg pd Nia..betapa sygnya sy pd dia..sana sini sy bwk dia sejak baby..24jam sy dgn dy bila cuti..Allah Akbar..xpelah,dia puteri syurga yang cantik pernah sy jumpa..Moga2 kami dapat berjumpa dia satu hari nanti di pintu syurga...

Cho Zila said...

roslinda.. akak dah baca kat blog ibu Nia,,, betoi akak yang tak bacapun kisahni sebelum nia meninggal.. tetap dapat rasakan betapa comelnyer dan manjanyer dia semasa dia hidup..
akak harap roslinda sekeluarga akan dapat menerimanya dengan baik dan sudah pasti semua itu ada hikmahnya..

~roslinda~ said...

Tuhan tu punya rancangannya yg tersendiri,kami percaya & pegang itu..walsu dy da xde,ingatan kami akan tetap utuh utknya..kerana dy lah anugerah plg indah buat kami semua...mulut dy mmg petah,mcm mana lah kami blh lupakan semua tu...mcm br smlm dy lahir,tp dy dah tinggalkan kami..kami redha tp it takes time to heal...

putra87­™ said...

Al-fatihah...

Takziah diucapkan.. Be strong n tough k hani...

Aisyah said...

Salaam Roslinda Hani,
Still remember me? Saya tahu saya dah jarang jenguk blog awak sebab saya sendiri dah pindah blog. Dulu oktobertigasatu now dah pindah www.aisyah-aisyah-aisyah.blogspot.com

Saya sendiri terkejut dengar kepergian nia. Saya dah baca blog awak dari dulu, awak sangat sayangkan nia macam anak awak sendiri.

Jelasnya Tuhan lebih sayangkan Nia. Awak tabahkan hati dan kuatkan semangat. Saya harap rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

~roslinda~ said...

Wslm aisyah...yes,mmg dia anak sy...syg sy pd dia mmg dalam...mmg tpt dia di syurga aisyah..

♥iDaYu aYu♥ said...

sorry to hear that. ayu tumpang ucap takziah. arwah nia sgt chumeyl. insyAllah, dye akn bwk bonda ksygn dye ke syurga. mudah2an~~~♥

al-fatihah