Subscribe Twitter
Showing posts with label upset. Show all posts
Showing posts with label upset. Show all posts

Thursday, May 12, 2011

LI. Tak indah yang dijangka. Junior, please spend your holiday wisely!

Banyak yang nak di cerita.
Tapi peh.

Isnin- Sabtu kerja der.

Macam mana tu?

Cepat lah 8 july!~~~

Wednesday, April 27, 2011

Otak dah STUCKED

Assalamualaikum.

Hampir hampir terlupa aku ada dua blog untuk diupdate.Hehe Dah sebulan tak update. Hebat tak hebat lah kan. Memang super duper BUSY. Maaf ya. Blog lagi satu, after balik rumah insyaAllah update lepas shoot shoot dan shoot.

Sangat sangat busy sem ini. Baru je habis paper ke lima, dan yet ada lagi satu paper Jumaat ni. Minggu lepas paper hari Isnin and Selasa. Minggu ni hari Isnin, selasa, rabu, jumaat. PITAM kejap. Rasa macam tiap tiap hari pun nak cakap benda ni sebab tiap tiap hari pun ada paper. And all that paper was terrible. I'm so TIRED. Done the best and now it's time to pray for miracle to happen. Huhu

Jumaat habis paper. Sabtu pulang ke Johor dan Selasa start Latihan Industri. Nampak tak betapa busy?Fuhh~ Otak tak sempat berehat lagi okay. Okay Bye, nak ganti tidur yang tergendala sejak tiga hari lepas. -.-"

Thursday, February 3, 2011

Banjir di Johor + 1st time guna BULB :)









p/s: Banyak assignment(s) & lab report(s). *sigh*

Jom prosperity!

Monday, January 31, 2011

Hadiah Birthday.








Of course la hadiah birhtday dari aku untuk si abang dan si adik.

Tengok gambar je lah.

p/s: Laptop rosak. Stress!

p/s lagi: Stress!

Saturday, January 15, 2011

Emo ni.Emo ni.*macam bunyi ambulans plak*Nenoneno~

Source: google.com


Source: link

1. Bagi yang rasa dia ada kereta, dan konon bajet lampu depan kereta anda paling hot, warna putih or hijau hijau sikit or lampu anda tinggi. Tolong lah consider sikit driver lain terutama kereta yang ada depan anda. Sakit mata ini aduhai. Silau. Kasihan lah sikit kat mata orang lain sebab bukan hang yang kena. 

Cuba pinjam kereta Abang hang sat, drive depan kereta milik anda waktu malam. Rasa silau ke 'best'?Fikir lah sikit! Sebab tu lah lampu yang disediakan manufacturer tu warna kekuningan sikit.Think Think Think.-.-

2. Kalau rasa kerja anda untuk jaga store or kedai tu dah cukup tinggi level ke sampai nak merendah rendahkan orang yang may look like had nothing. Hello. Jangan berlagak sangat boleh?

Apa ingat muka budak budak macam kitaorang ni tak da duit kah? Of course, memang lah muka kami memang muka budak budak. Tak da langsung nampak umur dah masuk 21 tahun ni. Macam 18 je muka dan perangai. Nonsense je 21 tu. Angka je pun. *ahem*

Okay okay sambung emo. Alah, aku ada lah duit kalau setakat nak beli apa yang kau jual tu, tapi aku tak nak. So tak payah lah nak berlagak sangat, layan kitaorang macam sampah bila kitaorang datang.Deyyy, boleh blah. -.- lagi.

Dah, cukup lah dua dulu. Silau mata tadi tak habis lagi beb. Terasa rasa woo. I wish I could have one 'driver' for my whole life.

p/s: Rasa macam dah penat bebel pasal YPJ masuk lambat. Benda yang sama je. Klik je lah enty semester lepas. Memang sangat papa kedana sekarang, kalau ada orang ajak kahwin sekarang pun, mungkin tanpa berfikir boleh jawab 'YES'. -.-

p/s lagi: btw, tadi from 9am-6pm tak da electric current. Sick huh. Panas wooo. Tu yang merayap tu. Kan best kalau.......*sigh lagi*


Friday, December 31, 2010

Please Take Note!


Assalamualaikum :)

Annoying. :)

Bayangkan situasi ni.

1. Kau tengah memandu di lorong kanan highway dengan kelajuan 110-120km/j dengan kereta yang agak comel, Myvi contohnya dengan tujuan untuk memintas*wahhh ayat* kereta depan yang terhencut hencut cara pemanduan kan. 

Tiba-tiba *bunyi cengkerik*, datang kereta dari arah belakang yang sangat laju dengan lampu besar sebesar kepala dia dan keretanya. Mak aih, dalam hati, ek eleh sabar arh sat kan. Aku baru nak potong sebiji, dah nak flash flash bagai.

Annoying okay orang macam tu. Tahu lah kereta kau mahal. Alah tapi kadang kadang kereta cikai je, bunyik ekzos pun macam bunyi kentut je, berlagak gila nak tekan tekan minyak. Hello, sedar diri sikit boleh?

Tapi kadang kadang memang arh, kita tengah laju ni, tiba tiba kereta depan nyelit je depan kita nak memintas rumput kereta jugak. Dah tahu kita laju ni bhai, duduk tempat tu diam diam je lah dulu. Tak pun jenis yang tak reti nak duduk kiri kalau tak nak memotong. Mak aih, lepas tu bawak around 90km/j, lagi baran kan? Heeee Sabar sabar. Baru comel sikit.

Tapi, aku tak boleh sabar waktu drive. Mesti nak membebel punya. Siapa suruh drive berhemah sangat. Diaorang kata aku gangster waktu drive. -.- 

2. Membebel tak tentu pasal atau buat lawak tak tentu pasal yang agak hyperbola. Hello, do I know you?

3. Interrupt when you know nothing. Pissed OFF.

4. Jujur aku tak suka baca blog yang ada ramai penulis. I mean lebih dari satu. Kadang kadang kita follow one blog sebab kita suka baca cara penulisan the author kan? Bila blog tu dah ramai sangat yang tulis, sorry, memang dah tak da minat nak baca. Biar lah blog tu tak berupdate selama mana pun, at least pembaca memang tunggu update dari author tu. Sebab diaorang tahu penantian diaorang tak sia sia. Exclude blog yang memang dari awalnya untuk satukan ramai penulis. Itu awesome, bukan annoying. Please take note.


p/s: Just My 2 cent. Kalau rasa terasa, maafkan saya.

p/s: yES. Saya sombong dan garang. Puas hati?

p/s: jArang blogwalking sebab guna wireless. Laptop tak dapat detect internet guna cable.-.- Nak upload gambar pun berkurun.

p/s: Do you know that
        I am that woman?
       You don't do you?
       Because you are just a fool.
       Baek Ji Young- That Woman.



Wednesday, December 22, 2010

Speak Now



Assalamualaikum. :)

Lama gila tak membebel. Huh. Nak bebel pun dah tak reti dah. -.-

Sangat penat, sekarang tengah tunggu kek marble masak and ada lagi satu untuk ditunngu. 4 done untuk malam ni!

Tiba tiba fikir, eh bagus la pandai buat kek, nanti kalau balik raya lewat kat rumah mertua, bawak balik je kek homemade yang dia suka, boleh sogok sikit dia. (?)

Ouh my, kenapa Aiman Kamilah Bintang tu sangat menggoda hati?Hahahaha~

Rampas belon tu daripada budak budak. *jakun*

p/s: They called it as nice thing, but I called it as flirting.

Sunday, December 5, 2010

Malam saya tak seindah ini.

Souce: Here

Kan seronok kalau kita dapat tengok bintang, bulan macam ni? Tapi tu harapan saya yang dulu, sekarang tak lagi. 

Sebab saya dah jumpa bintang saya. Ada dalam bilik Mak saya. Malam-malam saya bukak lampu lama sikit, lepas tu OFF,dah feel macam menggapai bintang dah.Hahaha

Eh, saya tak da bilik, suka hati saya lah kalau nak tumpang bilik Mak saya ke ruang tamu ke.Lalalalalala~

Merepek merepek merepek.

Tak, cuma nak cakap, saya DEMAM sejak kelmarin. Maka, tak da mood.

Buhbye!

p/s: Tak payah ambik tahu. Silent mode ON.

Saturday, November 20, 2010

Why does every moment have to be so hard?



Assalamualaikum~
Lama menyepi. :)

1 paper to go. Yang terakhir ini menguji mental. The toughest one. Susah nak pujuk hati supaya kembali study lepas dah berfoya foya beraya di Johor.

Oh hati!Cepat sedar sebelum terlambat.

Final paper on 23/11/10.

Wish me luck!!

:)
p/s: Jangan mengada-ngada, pakai je apa yang ada.*monolog dalaman*

Thursday, November 11, 2010

World Crying Day

If you don't mind, let's cry with me.

:(

p/s: sangat kecewa dengan paper tadi. T-T

*pergi katil nangis puas puas*

Thursday, November 4, 2010

Langkawi Part 1

what this supposed to be?
Look!Glow in the dark~

Assalamualaikum.
There are too much for me to elaborate, on the topic.

Unfortunately, time passes. :)

Wait for more!

Tuesday, October 26, 2010

Maaf, kesempurnaan tu tak datang bersama saya.

Assalamualaikum pembaca(jika ada).

Akhirnya, boleh jugak upload gambar. Asyik terbantut nak update sebab tak boleh upload gambar.

Maaf ya, kesempurnaan itu memang tak datang bersama saya.

Pasal kisah yang lepas, malas nak ulas lagi. Biar yang terdekat sahaja tahu apa ceritanya, siapa dan bagaimana diselesaikan. Biarlah yang itu, tak mahu mengaibkan makanya tidak bercerita lanjut di sini. Nak menuduh saya juga, silakan. 

Ouh ya, bercerita pasal topik di atas. :)

Mana datang si sempurna kalau tak da usaha. Perempuan sempurna yang bagaimana yang lelaki maksudkan? Lelaki sempurna yang bagaimana pula yang perempuan dambakan? Tepuk dada tanya iman. :)
Tak da cerita sangat pun sebenarnya. Ngeeeee~

Doakan saja, esok ada presentation, lusa ada test, tulat juga ada test. Dan minggu depan....:)

Selamat menempuhi study week~Maaf untuk semuanya.
 
 

Wednesday, October 20, 2010

Hoy Hoy. I'm too young to involved with this.Blah!

Salam roslinda, sy is3 01237245** juz nk bgtau awk spaya x brhbung ngan my husband lg..awk cri la llaki yg lbih sesuai ngan awk tp xtau la sy klu2 awk mmg cr suami org sbg psangn..fikir la jika awk d tmpt sy,

 *kesinambungan entry yang lepas*

Kau tak rasa nak mengamuk ke bila baca?T-T

Kau tahu apa aku jawab?Ahahaha~ 

Aku jawab,

Hey perempuan. Cakap jangan sebarang cakap. Kita hidup penuh adab, make sure you are not excluded. Apa bukti kau nak tuduh aku kacau laki kau.Ada?Mintak maaf lah nak cakap kan, apa kelebihan yang laki kau ada untuk aku ambil dia?Kalau kau isteri yang bagus, jaga suami kau la weh. I'm too young to get involved with this,get off to your real life.Blah~
The problem is, aku tak da bagi respon pun kat laki dia. And MMS tu Dania yang send okayyy. Plus, aku mana ada nombor laki dia or bini dia or what so ever. Dia sms kat Mak aku, which is nombor yang Dania guna tu.

Maaf lah kak. Gerun saya untuk menghancurkan atau merosakkan masjid orang lain. Apatah lagi saya juga perempuan seperti anda. Saya tak tahu apa LELAKI itu bagitahu kat akak, tapi saya rasa akak lagi kenal siapa suami/bekas suami akak sendiri. Tak kisah lah anda memang isteri/bekas isteri dia. Berdosa lah saya kalau menganggu rumah tangga orang lain. Tuduhan menganggu suami orang sangat besar. Nauzubillah~LELAKI tu, kalau aku tahu kau bagitahu benda yang sebaliknya atau kau menyamar dalam kes ni, memang aku ******* kau habis-habisan. Jangan kacau hidup aku sebab aku tak pernah kacau hidup kau.*awww garang tak*

Kalau Sheikh Muszaphar Shukor ke, takpa lah jugak kan. Berbaloi sikit.Hahaha~

Ouh, hadapi masalah dengan senyuman kan?:)

Banyak hero yang murah hati nih. Terharu terharu! *lap air mata sebentar.sob3*

p/s: Benda yang benar adalah benar belaka, buat apa nak takut.


nuffnang_bid = "8a7e067be7456f93539e3b334c1c8d89";

Monday, October 18, 2010

Jom Denda Dania~~~

Nampak je comel, tapi nakal Nauzubillah Fuhh3*gaya org nk bersalin*


model brownies cheese cake yg setia :)
Ni gambar yang disuspek


Assalamualaikum~

Tengok tengok,daripada tak nak update blog sebab tak da idea, Dania dah bagi satu penyebab untuk update..Hahahaha

Mak call hari tu..

"Siapa Adi, dia ada MMS satu gambar tu, tapi tak keluar gambar dia. Lepas tu dia call nak cakap dengan Roslinda. Dia kata ada dapat satu gambar orang pakai tudung, muka macam budak-budak. Mak cakap mana tahu tu anak saya, MMS la balik gambar tu.Tapi dia kata dah buang."

Aku waktu tu. Erk,apakah? Bila masa pulak ak send kat dia? Kenal pun tidak, nombor p0n tidak ada. Jadah haram apa kau merepek ni bro..Dah nak barrran gak lah kan.Huh

For information, laki tu customer rempah mee bandung mak.

Last last mak call mak cakap Dania yang MMS gambar . Dahlah 2-3 keping.Whatttttttttttttttt?Daniaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~Kalau dia ada depan mata ni, habis aku kerjakan dia. Kerjakan cium dia~ngeeee

Telefon Mak suruh bagi kat Dania, nak bebel kat dia. Dia bukan dengar pun. Dia lari lari bawak handphone je. Hampeh punya NiA. Sanggup jual Ummi~Sob3

And then dapat message kat facebook. Hahahahaha~

p/s: Jangan bagi budak budak main handphone. Bahaya bahaya. wuuuuu2~

p/s: 2  test, 1 presentation left~

Thursday, October 14, 2010

Tests+Presentations+Straight Xm Schedule=Death.~T.E.N.S.I.O.N~

Aloh aloh comel je dia



 Assalamualaikum kembali.

Hai untuk yang membaca(jika ada dan sedang membaca tanpa scroll ke bawah laju laju). Di sini saya ingin menyampaikan kekecewaan yang amat sangat kepada diri sendiri. Sem ni nampak kelam je, suram jah. Semua test macam menanti ajal di hujung jalan. Soalannya MasyaAllah, jawapannya apatah lagi.

Macam ni lah tiap tiap hujung sem, semua berlumba lumba nak buat. Dengan presentation-presentation nya lagi, test lagi untuk semua subjek, rasa macam dah lelah dah. *ecey* Sunnguh, even kau bukan lah top student or bukan jenis yang study je kan, even kau sambung tengok movie lepas tulis entry ni, kau tetap rasa 'stress' tu. Ngeeeee~

Baguslah, dengan jadual exam yang straight seminggu, hadapilah! T-T

Langkawi, come to me please. 2 November cepatlah datang please. Oh dah tentu sebelum itu datang, banyak lagi yang kena kau tempuh. 

Be strong, be patient, don't give up. :)

Good Luck untuk semua semua semua student even universiti lain jua. Minta maaf untuk semua kekhilafan, halalkan semuanya. Ganbatte.

p/s: Dapat 2 anak saudara lagi tahun depan. Pandai kan mereka nak keluar ramai-ramai before Ummi dia Grad, habis lah 1st gaji Ummi nanti ramai yang pow~Hahahaha

p/s lagi: Fb deactivate seketika cuma. Esok lusa activate kembali~

p/s lagi dan lagi: Kalau satu ketika saya tiada, tak kan ada siapa yang tahu. Sebab.....jauh mungkin?


Monday, August 9, 2010

Sabar itu sebahagian daripada Iman.

Assalamualaikum!

Ya, sabar itu sebahagian daripada iman. Saya memang sangat sabar sekarang ni ye. Tiap-tiap hari log in Bank Islam online banking, total amaun dalam tu tak berubah. 

Hey bukan-bukan. Bukan masuk saham mahupun duit kutu. Duit pinjaman YPJ ni bila nak dapat ni?

Kalau tak da duit simpanan and duit hulur-hulur time balik hari tu, mesti aku dah terduduk dah. Speechless! 

Hari tu mak called, orang tu cakap Cheque tak sign lagi, orang atas tak sign lagi. 

Hello people, boleh tak kau fikir sikit tentang orang yang nak dapat duit tu. Kami student, bukan dah bekerja. Susah sangat ke nak sign 1 cheque tu? Berat sangat ke pen tu? Angkat cawan kopi 2,3 kali waktu kerja boleh je, kenapa angkat pen dan sign cheque pun dah azab?

Ini pinjaman, bukan scholarship. Kalau scholarship tak pe jugak, berbaloi menunggu. Huh!

Bersiap-siap untuk apply scholarship lagi, hopefully berjaya untuk kali ni. Letih la macam ni. Tuhan, perkenankan doa hambamu kali ini. Usaha itu tangga kejayaan, tak lupa juga tawakal dan doa. :)

_____________________________________________

Okay, tukar story. Ini saya nak cerita or cakap mana-mana lah.

Saya kawan anda, so I do care for you. Tak boleh ke sekali tu ambil hati saya, tipu saya dengan tunjuk yang anda hargai cara saya, bukan dengan beri jawapan yang negatif sahaja. 

Walaupun tak ikhlas, tapi cuba lah. Saya teringin. Suka hati anda lah~Saya dah tak da hati untuk ambil kisah lagi, dah kalau itu penerimaan anda. Buat, cakap lah apa yang anda mahu. Nak terus binasakan diri, go on lah. Saya tak da hak nak halang.

Friday, July 30, 2010

Saya Stress!

Assalamualaikum!

Dosa tahu tak jawab. Ecey nak cakap jawab kat dalam hati la tu.

Maaf, entry ni sebenarnya tiada motif dan tujuan. Untuk menyampaikan rasa saja. Kelas sangat hectic! Terutamanya hari Rabu and Khamis. Memang heaven gila. Tsk Tsk

Hari rabu kelas start pukul 9am-11am. 2pm start lab sampai pukul 5++pm. Dan malam pukul 8-11pm kelas engineering management. Heaven kan? 

Khamis lagi heaven.Syok gila :) Daripada pukul 9am-12pm kelas. then 1pm-6pm. Heaven-heaven. Solat pun terkejar-kejar.Tsk Tsk. Orang kata ini jihad. Ya, jihad untuk ilmu yang dipinjam. *teruja plastic*





 *kalau ada kereta ni,jual best gak*


tahu tak, pinjaman YPJ tak masuk-masuk lagi? Dah nak dekat sebulan ni tahu. Tsk Tsk Ni yang nak nangis ni. :( 

Erm,siapa yang bermurah hati sila derma.Hohoho Terutama Him ye~Hahahaha Anda diwajibkan!Bhahahaha~

Doakan je lah bisnes berjalan dengan lancar. Harap-harap Sumber rezeki. Huu~

Monday, July 12, 2010

Nuffnang cheque~New sem,new spirit kah?


New sem,new spirit kah?

Tak pun.

Awal-awal sem lagi dah kena buli.Cehhhh!

Suruh member tengokkan nombor bilik pun tak boleh,apalah.Dah tu budak-budak jauh yang balik tengah malam nak merempat mana lah haih?Pernah fikir ke tak ni?Haih~

 Baru siap kemas tadi tengahari.Penat nya tak usah cakap lah,mengangkut barang dari tingkat 3 g tingkat 1.Rasa macam nak baling je~Haih takpe-takpe,nanti final year baling je!Hahaha

3rd year?Hish.Lambatnya nak habis belajar.:P

Nak urut nak urut~huu
Dania dah alhamdulillah bertambah baik.dah sangat-sangat sihat.:)



Wednesday, May 19, 2010

Anonymous ;)


Assalamualaikum!

Haih. Keluhan berat sebelum bermulanya bicara hari ni. Bila saya menulis dengan sedikit kata-kata pengajaran diselitkan, anda kata saya berlagak baik. Bila saya bercerita tentang review drama pun , anda kata pula nilailah diri saya .

Semuanya salah. Sebenarnya apa lagi yang anda mahukan? Tulis begitu pun salah. Tulis begini pun salah. 

Ya, saya sangat tahu yang lelaki yang baik memang untuk perempuan yang baik dan juga sebaliknya..Sebab tu saya ulas pendapat saya kat link ini . Bacalah dahulu.

Saya terima segala nasihat/komen anda, saya ambil dari segi postifnya meskipun ada yang 100% negatif je komen tu. Mintak maaf, saya memang tak sempurna. Kalau penulisan saya mengundang marah, ketidakpuashatian anda-anda, sepuluh jari saya pohon. 

Saya menulis bukan untuk memuaskan hati sesiapa. Saya menulis untuk kepuasan sendiri. Kalau sendiri pun rasa dah terbatas bila menulis, apa gunanya menulis lagi? Baik delete je blog dah kalau macam tu. *merajuk lah konon*

Kadang-kadang cukup terasa bila ada anonymous yang tak hormat langsung pada tuan blog sendiri. Lantak pi lah kat hang dah hani.

Kalau dah memang benci tahap maksimum, tak payah datang blog ni lagi lah. Sungguh.

Sekian.

p/s: Maaf di atas title itu. Dah lama pendam kecewa sejak dulu. Ampun, blog ini bukan untuk memuaskan hati manusia di luar sana sahaja.

Salam ;)


Tuesday, April 20, 2010

investigation starts here.pictures of Myvi

1.benda ni bukan jadi kat pintu sebelah kanan sahaja.ada dalam 1,2 calar dekat belakang,pintu kiri and bonet depan kereta.so,macam dia buat dari semua arah.and yang pintu kanan paling obvious,maybe untuk bagi aku nampak.maybe.

2.aku parking kereta bukan dekat foyer,dekat tempat parking yang memang betul-betul tempat parking,bukan tepi jalan.dan siap reverse lagi.and then,dekat tengah-tengah parking lot.buka tepi.

3.bukan kesan geseran dengan kereta lain,sebab cat tak terjejas.

4.orang yang buat ni mesti tahu aku tak da kat kampus 3 hari,so dia ambik peluang ni untuk buat benda tu kat kereta.so,mesti dia baca blog aku.aku tahu sangat.tunggu je lah.


aku tak faham apa motif dia.

aku ada musuh?

tanya lah mereka-mereka.siapa je yang tak puas hati dengan aku.mereka tahu sedangkan aku tak da syak sesiapa.dan aku pun dah listkan.so,investigation starts here.

buruknya hati manusia.nauzubillah.

tak mungkin ada geng calar kereta yang tak ada kerja buat semua ni.

takpe2.aku bagi kau masa untuk gelak-gelak dulu kat bilik.kalau sampai aku tahu benda ni sendiri,aku tak kan teragak-agak report even ko kawan aku.better kau mengaku sebelum aku buat yang bukan-bukan bila aku dah tahu.

sekian.

p/s: once again.dugaan datang bertimpa-timpa,hati kena kuat.Allah sayang,sebab tu selalu diuji.;)