Assalamualaikum!
salam pembuka bicara.
3 paper dah pun selesai.Alhamdulillah.walaupun..heee takpelah,tak payah fikir.ada lagi 4 paper untuk diharungi,doakan kami!
Post aku yang lepas menimbulkan seorang anonymous.Maaf kalau ada kekhilafan yang aku tulis yang buat kau terasa atau tak setuju.Aku bukan sempurna.Aku tak boleh puaskan hati semua orang. Sebab tu berkali aku cakap, kalau tak suka blog aku,jangan datang blog aku. Tapi aku terima nasihat kau,aku ambik yang positifnya. Buang yang keruh,ambik yang jernih.
Tapi satu je aku mintak, aku tahu kau siapa. Dan aku rasa kau pun tahu aku tahu kau siapa.*apasal berbelit-belit ayat ni*haha. Kau belum cukup kenal aku lagi,so tolong jangan judge aku. Itu je. Tapi terpulang pada kau kalau kau rasa aku begitu dan begini. Aku tak ada hak untuk halang pemikiran kau.
ouh ya.Dah 2 hari berturut-turut dapat call daripada unpredictable person.Semalam orang lain lah.Hari ni orang lain.;) Yang semalam tu, macam tahu-tahu je aku teringat kat dia,tiba-tiba called pulak. Terharu okeh.Yang tadi called pulak,dah lama tak dengar berita dia. Pernah ada namanya dalam blog ni. Aku selesa dengan dia. Sangat! Dia lagi faham siapa aku & aku suka cerita masalah kat dia. Tahu je kalau aku ada nak sorokkan something. Yang tak boleh blahnya. Aku selalu ulang ayat ni walau siapa-siapa called "hah,apa dia..tak dengar"
So,aku cakap lah "maaf,pekak lah sekarang..ke daripada dulu lagi dah?"
ada ke dia jawab "Memang daripada dulu lagi dah pekak.." haha.tak mengambil hati aku langsung!buang **** karang~;D
ish2.Siapa yang tanya soalan merapu kat formspring ni. Hah,hari tu ada orang tanya yang tidak-tidak kat formspring.Hampeh la kau. Kalau berani sangat, tunjuk lah siapa kau. Nanti aku boleh balas balik soalan tidak-tidak kat kau pulak. Hari ni lagi best. Siap propose lagi kat formspring kan. Hahahaha Propose bukan jadi kawan/musuh dah lagi, terus propose untuk jadi isteri yang solehah. Tak romantik langsung tanya kat formspring.haha Siapa la nih yang kekurangan kerja..sian dia,bosan study ye kawan?Meh sini aku ajar cara untuk release tension..Tengok lah cerita korea ke,Adamaya ke,Asmaradana ke.Confirm masyuk. Tak gatal lagi dah.;p Err,maksud aku tak gatal nak tanya yang bukan-bukan.;D
okeh.itu sahaja bebelan hari ini ye.dah baca harap balas komen.;p
Doakan aku untuk 4 paper itu lagi.3 mei habis~Lambat lagi.Paper last kat kampus lah katakan.*Sigh*
p/s: nak masuk contest hari ibu itu.tapi 1 day before tarikh tutup baru saya join sebab apa yang saya nak cerita,saya tak mahu diketahui ramai.private.;) boleh?dah follow dah,tapi belum publish je entri contest tu.tunggu arh.hee hadiah dia RM100.aku memang teruja kalau hadiah dia duit ni.mata duitan lah katakan kan.haha